SJ-13-0372 : Bulan dan Bintang lambang Islam???

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0372 : Bulan dan Bintang lambang Islam???

Assalamualaikum..
ustaz,...
sebab pa bulan dan bintang ni slalu dikaitkan dgn islam??
waktu zaman bila diperkenalkan bulan dan bintang atas masjid nih??
zaman nabi da ker???

hope ustaz dapat membantu... ::roll:

SJ-13-0372 : Bulan dan Bintang lambang Islam???

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan adi_wahab dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Simbol bulan sabit dan bintang tidak pernah digunakan pada zaman Nabi :saw dan para sahabat. Para ahli sejarah tidak sependapat mengenai bilakah bulan dan bintang menjadi simbol kepada 'Islam' atau binaan masjid. Ada dikalangan para ahli sejarang mengatakan bahawa simbol ini timbul semasa Islam menakluki negara-negara barat, dimana gereja-gereja yang mempunyai lambang salib dibumbungnya diganti dengan bukan sabit dan bintang.

Anak bulan memang begitu signifikan didalam agama Islam. Sebagai contoh didalam firman Allah swt :-

íóÓúÃóáõæäóßó Úóäö ÇáúÃóåöáøóÉö Þõáú åöíó ãóæóÇÞöíÊõ áöáäøóÇÓö æóÇáúÍóÌøö æóáóíúÓó ÇáúÈöÑøõ ÈöÃóäú ÊóÃúÊõæÇ ÇáúÈõíõæÊó ãöäú ÙõåõæÑöåóÇ æóáóßöäøó ÇáúÈöÑøó ãóäö ÇÊøóÞóì æóÃúÊõæÇ ÇáúÈõíõæÊó ãöäú ÃóÈúæóÇÈöåóÇ æóÇÊøóÞõæÇ Çááøóåó áóÚóáøóßõãú ÊõÝúáöÍõæäó
dir="ltr">"Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (peredaran) anak-anak bulan. Katakanlah: (Peredaran) anak-anak bulan itu menandakan waktu-waktu (urusan dan amalan) manusia, khasnya ibadat Haji dan bukanlah perkara kebajikan: Kamu memasuki rumah dari bahagian belakangnya (ketika kamu berihram) akan tetapi kebajikan itu ialah perbuatan orang yang bertakwa dan masuklah ke rumah (kamu) itu melalui pintunya, serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya. " [Surah al-Baqarah : 189].

Ibn Kathir rh didalam tafsirnya mengatakan bahawa Allah telah menjadikannya (bulan) sebagai tanda menetapkan masa bagi permulaan puasa dan berbuka, mengira iddah bagi wania dan juga masa membayar pinjaman atau hutang. Imam Qurthubi pula mengatakan bahawa mengira bulan lebih mudah dari mengira hari.

Bintang pula menurut ulama' dijadikan Allah melambangkan syurga, menjauhkan syaitan dan bintang sebagai penunjuk jalan.

Kemungkinan ada yang mengatakan kenapa tidak menjadian Ka'bah sebagai simbol Islam? Bagi Islam, tidak wujud sebarang simbol yang wakili agamanya. Orang Kristian mempunyai Salib, sebagai lambang kesucian dan simbol yang melindungi mereka. Islam hanya memohon pelindungan dari Allah swt.

Berkata Ibn Utsaimin rh mengenai simbol bulan dan bintang ini :-"adalah mencukupi bagi masjid agar tidak mempunyai simbol Kristian padanya. Simbol mungkin sesuatu yang boleh diwujudkan, atau sesuatu yang tidak perlu wujud. Jika orang Kristian mempunyai smbol, iaitu salib, maka hakikatnya orang Islam tidak mempunyai simbol, dan identiti tidak mempunyai simbol itu merupakan simbol orang Islam"

Jelas maksud beliau, tidak mempunyai simbol itu merupan simbol orang Islam. Bulan dan bintang merupakan salah satu identifikasi bahawa disana adalah tempat orang Islam. Logo-logo ini amat membantu, lebih-lebih lagi memudahkan orang Islam dinegara kuffar mencari kedai kepunyaan orang-orang Islam. WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين