SJ-1659: hukum pewarna rambut dan fiqh tarjih

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1659: hukum pewarna rambut dan fiqh tarjih

Assalamualaikum :
1. Hukum mewarnakan rambut dengan pewarna rambut yang ada di pasaran sekarang
2. hukum perkahwinan khunsa adakah sah, sama ada khunsa mengahwini lelaki atau perempuan.
3. Bagaimana dengan masalah tarjih yang berbeza pada satu-satu masalah. Maksudnya pada satu masalah khilafiah ada beberapa tarjih yang berbeza daripada beberapa pertarjih. Bagaimana boleh berlaku masalah seperti ini.
4. Apakah buku rujukan yang sesuai untuk dijadikan sebagai rujukan dalam masalah talfiq dan fiqh muqarran. Kalau boleh pihak Al Ahkam kemukakan bahan rujukan terkini, penulis jurnal dan syarikat yang mencetak.

WASSALAM

Re: SJ-1659: hukum pewarna rambut dan fiqh tarjih

Jawab:

1. Isu dye rambut yg dibahaskan fuqaha' ialah apakah boleh mendye rambut yg uban bagi lelaki? Manakala isu mewarnakan rambut bagi orang muda tidak ada perbahasannya kerana ia isu yg baru muncul. Hukum kaum lelaki mewarnakan rambutnya yg uban mengikut jumhur adalah harus asalkan bukan dengan warna hitam. Dalilnya HR alJama'ah dari Jabir ra mengenai larangan Nabi saw supaya Abi Qahafah (ayahnya Abu Bakar ra) tidak didyekan rambutnya dengan warna hitam. Inilah juga pendapat anNawawi. Pendapat jumhur ini disahkan oleh Fatwa alAzhar (S Atiyah Saqr) dan Fatwa Mufti Wilayah (SS Dato' Hashim Yahaya. Pentahqeeq Nusantara, Prof Hasbi Siddiqiey (Hukum Fiqh Islam Jld 1) berpendapat pendapat yg rajih ialah makruh sahaja hukumnya.
1.b) Apakah boleh isteri dye rambutnya untuk menyukakan suaminya. kebanyakan rumah fatwa mengharuskan asalkan ia diredhai suami dan pewarna itu halal dan tidak menghalang air (Rumah Fatwa alAzhar dan Mufti Wilayah)
1. c) Apakah boleh remaja (anak gadis dan pria) mendye rambut2 mereka dengan pelbagai warna dan menunjukkan kepada masyarakata. Ini suatu perbuatan yg menyalahi illat (sebab) dye rambut yg disebut Nabi saw HR alJama'ah dari Abi Huraira ra," Orang Yahudi dan nasara tidak dye rambut, maka lainlah dari mereka dan dyelah rambut kamu." Illat di zaman dulu, dye rambut ini untuk membedzakan dengan seteru ketat orang Islam. Hari ini mereka dye rambut mereka, maka reverse (lawan) kpd perbuatan itu, umat Islam hendaklah tidak mewarnakan rambut mereka. Apatah lagi gadis-gadis Islam yg tidak bertudung dan memperagakan rambut mereka yg berwarna-warni sungguh telah derhaka dan melampau. Allahu a'alam

2. Perkahwinan khunsa.
Sebelum mereka dibenarkan berkahwin, jantina mereka hendaklah dibereskan terlebih berdasarkan fitrah (semulajadi) mereka yg hakiki. Pakar genetik dan perubatan hendaklah mengesahkan status mereka samada lelaki atau perempuan. Jika sudah pasti mereka dibenarkan menjalani rawatan hormone dan pembedahan jantina. Selepas alat kelamin itu berfungsi dengan baik, maka mereka boleh melansungkan perkahwinan seperti biasa. Inilah fatwa alAzhar, Syaikh Ali Jadul Haq.

3. Khilaf dalam tarjeeh.
Ini suatu yg lumrah dalam Islam bahkan di kalangan sahabat sekalipun berlaku khilaf, misalnya Ibn Umar di Medinah, Mu'awiyah di Syria, Ibn Mas'ud di Kufah. Seterusnya di kalangan mujtahid mutlak spt Imam Hanafi, Maliki, Syafi'iy dan Imam Ahmad ibn Hanbal. Bahkan di kalangan sesama madzhab, misalnya dalam madzhab Syafi'iy ada khilaf dikalangan pentarjihnya (Imam Nawawi dan Imam Rafi'iy; Syaikh Rimli di Mesir dan Syaikh Ibn Hajar alHaithami di semenjanjung Arab. Oleh itu ahli tarjih dan ahli tahqiq dalam fiqh muqarran juga berselisih dalam tarjihan mereka dan tahqeeqan mereka kerana mereka adalah manusia biasa dan unsur-unsur yg menimbulkan khilaf ini banyak sekali, antaranya zaman (masa), tempat, ilmu, latarbelakang akademik, pengkhususan (misalnya Qardhawi dan Nasiruddin Albani), Imam Ibn Qayyim kekadang mengeluarkan hukum menyalahi gurunya Ibn Taymiyah. Allahu a'alam (Prof Hasbi Siddiqiey, Pengantar Ilmu Feqah, Pustaka Rizki Putra, Semarang)
4. Sila lihat kembali jawapan kami pada SJ 1641

Back to top