:salam
Saya nak tahu, bagaimanakah pendekatan Islam dalam menyuruh penganutnya menghentikan maksiat yang boleh dikatakan sudah sebati dengan dirinya. Contoh, katakan ada seorang mu'allaf yang sebelum keislamannya pernah kuat minum arak dan main judi, adakah dia setelah Islam wajib menghentikannya serta-merta atau perlahan-lahan?
Sebab pertanyaan saya ni adalah sebagai satu analogis kepada orang-orang Islam yang merokok (mengandungi bahan-bahan yang jelas haram, termasuk chemical/liquor contents). Bila disuruh berhenti, mereka pasti akan kata 'beransur-ansur'. Camana tu?
shukran (Maaf jika soalan melampau..)
Al-hamdulillah..
Al-jawab :
Hukum Islam telah menetapkan bahawa setiap penganutnya wajib untuk mentaati segala perintah Allah swt dan menjauhi segala larangannya.Tidak ada sebarang alasan untuk kita melakukan perbuatan maksiat dan kemungkaran apatah lagi dengan hanya beralasankan bahawa perbuatan maksiat tersebut telah menjadi sebahagian dari tabiat yang sukar ditinggalkan.
Renunglah Firman Allah swt ini :
íÃóíøõåóÇ ÇáøóÐöíäó ÁÇãóäõæÇú ÞõæÇú ÃóäÝõÓóßõãú æóÃóåúáöíßõãú äóÇÑÇð
“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka”( Al-Tahrim : 6 )
Ayat al-Quran di atas jelas menunjukkan kepada kita bahawaumat Islam amat dituntut untuk memelihara diri mereka dan keluarga mereka daripada dibakar oleh api neraka di atas sebab melakukan perbuatan maksiat dan kejahatan.
Masalah pendapat sesetengah masyarakat yang mengatakan bahawa jika mahu berhenti merokok hendaklah secara beransur-ansur adalah pendapat yang tidak dapat diterima sebenarnya.Ini kerana saya telah banyak berjumpa dengan golongan yang dahulunya perokok majal , tetapi akhirnya ia boleh berhenti hanya dengan sekali gus dan tidak perlu kepada ansur-ansur.Pokok pangkal : TEPUK DADA TANYALAH IMAN.
WA
الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com