assalamualaikum warahmatuLlahi wabarakaatuh,
ahli panel yg dikasihi,
ana ada soalan yang sgt rumit, harap maaf sekiranya masalah ini membebankan ahli panel, tapi ia sgt penting bg saya:
ana nak tau batas aurat isteri dgn bapa mertuanya (bapa kandung suami), dgn datuk suami belah ibu (bapa kpd ibu kandung suami), dan moyang saudara (adik kpd ibu datuk tadi).
sekian, terima kasih,
wassalam.
ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ
Panduan dalam perkara ini ialah firman Allah Taala:
æáÇ íÈÏíä ÒíäÊåä ÅáÇ áÈÚæáÊåä Ãæ ÂÈÇÆåä Ãæ ÂÈÇÁ ÈÚæáÊåä Ãæ ÃÈäÇÆåä Ãæ ÃÈäÇÁ ÈÚæáÊåä Ãæ ÅÎæÇäåä Ãæ Èäí ÅÎæÇäåä Ãæ Èäí ÃÎæÇÊåä Ãæ äÓÇÆåä Ãæ ãÇ ãáßÊ ÃíãÇäåä Ãæ ÇáÊÇÈÚíä ÛíÑ Ãæáí ÇáÅÑÈÉ ãä ÇáÑÌÇá
Maksudnya: Dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. (Al-Nur:31).
Anggota-anggota yang boleh menerima perhiasan seperti rambut, tangan, kaki, betis, bahagian atas dada, harus didedahkan kepada mahramnya selagi tidak membawa fitnah lain. Manakala anggota yang tidak boleh menerima perhiasan, ia hanya khas untuk suaminya sahaja.
bapa mertua termasuk dalam ayat di atas. Maka harus diperlihat anggota yang boleh menerima perhiasan.
datuk (ayah kepada ayah sehingga seterusnya, dan ayah kepada ibu), hukumnya sama dengan ayah dalam banyak perkara termasuklah dalam perkara mahramiyyah.
Adik beradik kepada datuk, sama hukumnya dengan bapa saudara (adik beradik ayah). Tiada mahramiyyah antara isteri anda dengan bapa saudara anda atau datuk saudara anda. Maka had auratnya sama seperti ajnabi lain.
Wallahu A'lam.
http://abuumair1.wordpress.com