SJ-13-0445 : peha lelaki aurat?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0445 : peha lelaki aurat?

:salam

dulu saya ada baca artikel dlm AAN, "aurat lelaki menurut neraca hadis", dalam tulisan tu, macam nak kata tiada dalil sahih yg kata peha tu aurat.

tapi kemudian saya terjumpa satu tulisan yg kata ada hadis berbunyi: "peha itu aurat" dan ditulis Hadits shahih: Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi (no. 2796, 2797) dari Ibnu ‘Abbas dan Jarhad al-Aslami radhiyallaahu ‘anhum. Lihat Shahiih al-Jaami’ish Shaghiir (no. 4280).

mohon ahli panel kemukakan hadis tersebut dlm bahasa arab, dan jika ia benar sahih, bagaimana nak memahami percanggahan ini? adakah dakwaan dalam artikel di atas ditolak?

sekian, terima kasih.

:wassalam

SJ-13-0445 : peha lelaki aurat?

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Hadis-hadis yang menunjukkan paha adalah aurat:

ÃóãóÇ ÚóáöãúÊó Ãóäøó ÇáúÝóÎöÐó ÚóæúÑóÉñ

Maksudnya: "Tidak kamu ketahui bahawa paha itu adalah aurat?" (Ahmad, Abu Daud, Tirmizi)

ÇáúÝóÎöÐõ ÚóæúÑóÉñ

Maksudnya: :"Paha adalah aurat". (Tirmizi)

áÇ ÊõÈúÑöÒú ÝóÎöÐóßó ¡ æóáÇ ÊóäúÙõÑóäøó Åöáóì ÝóÎöÐö Íóíøò æóáÇ ãóíøöÊò

Maksudnya: "Jangan kamu dedahkan paha kamu, dan jangan melihat kepada paha orang hidup atau orang mati" (Abu Daud, Ibn Majah)

íóÇ ãóÚúãóÑõ ¡ ÛóØøö ÝóÎöÐóíúßó ÝóÅöäøó ÇáúÝóÎöÐóíúäö ÚóæúÑóÉñ

Maksudnya: "Wahai Makmar, tutupkan dua paha kamu, sesungguhnya dua paha adalah aurat". (Ahmad)

Di dalam Fatwa Lajnah Daemah: "Hadis-hadis ini, walaupun setiap satu itu tidak terlepas daripada pertikaian pada sanadnya seperti tidak bersambung sanad, atau kedhaifan sesetengah perawi, tetapi ia saling menguatkan antara satu sama lain. Secara keseluruhan, ia boleh dijadikan hujah". (6/165).

Adapun yang dikatakan percanggahan antara hadis-hadis ini dengan hadis Sahih Muslim tentang Nabi SAW membuka pahanya di hadapan para sahabat, jawapannya:

1) Dalam hadis tersebut ada syak perawi adakah yang terdedah itu paha ataupun betis. Kata Imam Nawawi: "Tidak ada hujah mengatakan paha adalah aurat, kerana diragui adakah yang terdedah itu paha baginda ataupun betis baginda".

2) Hadis tersebut adalah hadis perbuatan, manakala hadis yang mengatakan paha adalah aurat adalah hadis perkataan. Kaedah mengatakan: Hadis perkataan lebih kuat daripada hadis perbuatan, kerana perbuatan baginda berkemungkinan khas untuk baginda.

Wallahu A'lam