:salam
Beberapa hari yg lepas sy berjalan dgn seorg kwn & tiba-tiba die terpijak tahi burung kering di tepi jln.dan pd masa yg sama tlh hujan rintik2.kawan sy kuatir tahi yg di pijak itu terlekat di tapak kasut & akan berjangkit di tempat lain yg di lalui nya.sy myuruh nya menggosok tapak kasut di pasir.dia berbuat demikian selama 5 minit tetapi dia ttp was-was..
soalan sy:
1)apakah jika kita terpijak & ia nya akan berjangkit di tempat lain?adakah betul tindakan sy dgn myuruh dia berbuat demikian.
2)bagaimana jika jln itu tidak basah?adakah ianya boleh berjangkit?
3)adakah Air mani itu najis?adakah perlu di basuh sekira nya tekena cadar & perlu di basuh berasinggan dgn baju lain?
ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ
Masalah adakah najis boleh disucikan dengan selain air? Ada khilaf antara ulama. Ada yang langsung tidak membenarkan. Ada yang mengharuskan. Dan ada yang mengharuskan dengan syarat hajat.
Menurut Ibn Taimiyyah, bahawa jika diteliti sunnah Nabi SAW, didapati bahawa suruhan menyucikan najis dengan air bukan umum kepada semua najis. Ada beberapa situasi yang dibenarkan menyucikan dengan selain air.
Antaranya ialah apabila selipar terkena najis. Maka cara menyucikannya ialah dengan menggosokkan dengan sesuatu hingga hilang kesan najis.
Dalam hadis Abu Hurairah:
ÅöÐóÇ æóØöÆó ÃóÍóÏõßõãú ÈöäóÚúáóíúåö ÇáÃóÐóì ÝóÅöäøó ÇáÊøõÑóÇÈó áóåõ ØóåõæÑñ
Maksudnya: Apabila salah seorang kamu memijak kotoran dengan seliparnya, maka sesungguhnya tanah adalah penyuci untuknya.
Direkod oleh Abu Daud (no: 385). Diperselisihkan pada kesahihannya.
Kata Ibn Taimiyyah: Yang rajih dalam masalah ini ialah apabila dapat dihilangkan najis dengan apa jua cara, maka hilang jugalah hukum najisnya (yakni menjadi suci). Kerana sesuatu hukum yang sabit dengan satu sebab, apabila hilang sebab itu, maka hilang jugalah hukumnya. (majmuk fatawa Ibn Taimiyyah).
Jadi, tindakan anda menyuruh supaya dihilangkan najis dengan cara menggosokkan pada tanah -mudah mudahan- adalah betul.
Masalah najis berjangkit, jika kita dapat melihat sifat-sifat najis pada tempat lain, maka wajiblah dihilangkan juga. Jika tidak, maka hukum asalnya ialah tidak ada najis di tempat lain.
Khilaf ulama dalam hukum mani. Abu Hanifah dan Malik kata: ia najis. Cuma Abu Hanifah memberi kelonggaran menyucikan dengan cara mengikis.
Syafie dan Ahmad pula mengatakan ia suci. Dan pendapat ini -Wallahu A'lam- lebih kuat, ditarjihkan oleh ramai muhaqqiqin.
Dalil kesuciannya ialah hadis Aisyah r.a.
æáÞÏ ÑÃíÊäí ÃÝÑßå ãä ËæÈ ÑÓæá Çááå Õáì Çááå Úáíå æ Óáã ÝÑßÇ ÝíÕáí Ýíå
Maksudnya: Dan sesungguhnya aku pernah mengikisnya (mani) dari pakaian Rasulullah SAW, lalu baginda bersolat dengan pakaian itu.
Direkod oleh Muslim (no: 288).
Wallahu A'lam
http://abuumair1.wordpress.com