SJ-03-0115 : Kenajisan Babi dan Anjing

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-03-0115 : Kenajisan Babi dan Anjing

:salam

Yg dihormati Ustaz-ustaz,

saya ada penyakit was-was. setelah saya membaca dan menanya dalam forum ini banyak yang sudah berkurangan dan mudah dalam kerja harian saya tidak seperti dulu. was-was saya banyak dalam hal babi dan anjing.

saya ada membaca dalam forum ini dan juga membaca di tempat lain bahawa babi itu yang najis dan haram hanyalah dagingnya. Ini bermaksud tidak boleh makan daging. Ini jelas.

Saya ada juga terbaca, sekiranya terpegang kulit babi atau bulu babi dalam mazhab syafie sendiri pun tidak menyaran disertu (saya suka merujuk pada perkataan sertu berbanding perkataan samak kerana boleh memberi 2 makna) iaitu membasuh 7 kali air yang mana satu kali air tanah. Ini bermakna membasuh seperti biasa sahaja yang diamalkan seharian untuk menjaga kebersihan diri.

saya ingin penjelasan lagi adakah ini termasuk babi yang hidup? keadaan kulit dan bulu babi yang basah?

saya ada menghadapi masalah baru-baru ini. saya ada berjalan dikedai makan bukan muslim. timbul was-was tempat jalan saya kemungkinan sudah dipercik oleh minyak masak kedai masak non muslim itu. Ye lah nampak kekotoran atas lantainya yang logik pada akal dengan berdekatan tempat memasak kedai tersebut pastinya minyak-minyak masak yang terperecik dari tempat masaka atau bahan makanan di kedai yang tidak diketahui tetapi berat memikirkan bahan yang najis. Diketahui juga minyak babi juga digunakan untuk memasak. Jadi kasut / sandal saya saya letak tepi dahulu bagi memikirkan was-was ini. nak dibuang..... sayang dan takut dikategori membazir.

pada pandangan saya juga, selain dari itu..saya menunggu tapak sandal / selipar itu kering supaya zat-zat najis tersebut hilang boleh digunakan semula.

Selain dari ini saya ingin penerangan tentang anjing...anjing yang najis hanyalah jilatannya (air liur) dan yg lain adalah bersih dan tidak perlu disertu. adakah ini termasuk tahi dan kencing anjing.

saya pohon penjelasan dan adakah betul pandanagn saya dalam hal ini.

Minta maaf kerana persoalan ini panjang dan saya doakan semua ustaz-ustaz yang menjayakan al-ahkam ini secara khusus dan semua muslimin secara am di berkati dan dirahmati Allah sentiasa.

:aklam

SJ-03-0115 : Kenajisan Babi dan Anjing

Bismillah
Wassolatu wassalam 'ala Rasulillah SAW,

Was-was adalah bisikan syaitan untuk menyesatkan umat manusia. Orang-orang yang was-was hendaklah selalu berdoa kepada Allah SWT supaya diselamatkan, dilindungkan dan dijauhkan dari bisikan syaitan ini.

Ramai ulama telah mengarang kitab-kitab yang memberi peringatan dan mengutuk perbuatan-perbuatan orang yang ada penyakit was-was ini. Mereka telah menjelaskan bahaya was-was, sebab-sebabnya dan cara untuk mengatasinya. Antaranya kitab "Ighathatul Lahfan Min Masaid as-Syaitan" oleh Ibnul Qayyim dan "Zammul Muwaswisin" Ibnul Jauzi.

Quote:
Saya ada juga terbaca, sekiranya terpegang kulit babi atau bulu babi dalam mazhab syafie sendiri pun tidak menyaran disertu (saya suka merujuk pada perkataan sertu berbanding perkataan samak kerana boleh memberi 2 makna) iaitu membasuh 7 kali air yang mana satu kali air tanah. Ini bermakna membasuh seperti biasa sahaja yang diamalkan seharian untuk menjaga kebersihan diri.

saya ingin penjelasan lagi adakah ini termasuk babi yang hidup? keadaan kulit dan bulu babi yang basah?

Tidak perlu sertu sekiranya terpegang kulit babi atau bulu babi samada yang basah atau tidak kerana tidak ada dalil jelas yang menyatakan kenajisan babi hidup, sehingga Imam Nawawi berkata:

æáíÓ áäÇ Ïáíá æÇÖÍ Úáì äÌÇÓÉ ÇáÎäÒíÑ Ýí ÍíÇÊå

"Dan kami tidak mempunyai dalil yang jelas atas penajisan babi semasa hidupnya". (al-Majmuk: 2/568)

Quote:
saya ada menghadapi masalah baru-baru ini. saya ada berjalan dikedai makan bukan muslim. timbul was-was tempat jalan saya kemungkinan sudah dipercik oleh minyak masak kedai masak non muslim itu. Ye lah nampak kekotoran atas lantainya yang logik pada akal dengan berdekatan tempat memasak kedai tersebut pastinya minyak-minyak masak yang terperecik dari tempat masaka atau bahan makanan di kedai yang tidak diketahui tetapi berat memikirkan bahan yang najis. Diketahui juga minyak babi juga digunakan untuk memasak. Jadi kasut / sandal saya saya letak tepi dahulu bagi memikirkan was-was ini. nak dibuang..... sayang dan takut dikategori membazir.

pada pandangan saya juga, selain dari itu..saya menunggu tapak sandal / selipar itu kering supaya zat-zat najis tersebut hilang boleh digunakan semula.

Perasaan was-was itu hanyalah bisikan syaitan yang tidak patut ditaati. Kasut itu masih dalam keadaan bersih. Kemungkinan yang dibayangkan hanya andaian semata-semata yang tidak pasti keujudannya.

Sekiranya ada nampak kotoran pada kasut itu, tetapi tidak pasti adakah ia najis atau tidak? Hukumnya ialah tidak najis sehingga dikenal pasti ada najis, segala syak dan was-was tidak mengubah hukum bersih yang asal.

Quote:
Selain dari ini saya ingin penerangan tentang anjing...anjing yang najis hanyalah jilatannya (air liur) dan yg lain adalah bersih dan tidak perlu disertu. adakah ini termasuk tahi dan kencing anjing.

Tahi dan kencing anjing adalah najis yang boleh dibersihkan dengan air dan sabun.

Wallahu a3lam

Rujukan:
- al-Majmuk oleh Imam Nawawi