SJ-05-0411 : Solat sunat, tapi masih ada solat qadha'

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0411 : Solat sunat, tapi masih ada solat qadha'

assalamualaikum,kepada panel al ahkam yang saya hormati.
di sini,saya ada beberapa pertanyaan kepada panel al ahkam.

1.benarkah pendapat yang mengatakan kita tidak boleh melakukan solat sunat seperti terawih dan sebagainya sekiranya kita masih ada solat qada.jika benar,apakah hukumnya jika kita tetap melakukan solat sunat dan adakah pendapat yang mengatakan boleh melakukan solat sunat sekalipun masih ada solat qada?
2.semasa berpuasa,kita melakukan solat lima waktu seperti biasa.masalahnya,semasa solat,air lebihan wuduk di wajah kita akan masuk ke dalam mulut.adakah kita boleh menelan air tersebut dan apakah hukumnya?
3.dalam mazhab syafie,semasa kita membaca tahiyat,kita diminta mengangkat jari telunjuk semasa sampai kepada kalimah 'illa".bolehkah saudara kemukakan dalil daripada hadis perbuatan tersebut?
4.benarkah ada pendapat yang mengatakan kita boleh berniat puasa sebulan Ramadhan dengan syarat berniat pada malam pertama Ramadhan?Dan perlukah lagi kita berniat setiap malam tersebut setelah kita berniat sebulan?

saya mohon pencerahan daripada panel al ahkam.sekian,terima kasih.

SJ-05-0411 : Solat sunat, tapi masih ada solat qadha'

:salam

ÈÓã Çááå¡ æ ÇáÍãÏ ááå¡ æ ÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå¡ æÈÚÏ:

Soalan 1 :

Setakat pencarian kami tidak ditemui dan diketahui akan pendapat yang mengatakan bahawa tidak boleh menunaikan solat sunat sekiranya masih terdapat solat Qadha.Wallahu A’alam… Berkenaan dengan solat terawikh pula , ianya jelas bahawa waktu menunaikan solat Terawikh ialah selepas menunaikan solat Isyak.

Soalan 2 :

Air lebihan wudhuk yang berada di wajah kita tidak boleh ditelan sekiranya ia masuk ke dalam mulut semasa kita menunaikan solat.Ianya sama hukum dengan air liur atau kahak yang telah keluar dari mulut dan berada diluar bahagian mulut samada dibahagian bibir dan sebagainya yang mana pada ketika itu apabila ianya ditelan akan mengakibatkan puasa kita terbatal.

Soalan 3 :

Setakat pengetahuan kami , amalan mengangkat jari telunjuk ketika sampai pada bacaan ‘illallah’ adalah suatu perbuatan yang bersandarkan kepada amalan Mazhab Syafi’e.Tidak diketemui akan nas atau hadis yang menjadi dalil sandaran terhadap perbuatan tersebut… Wallahu A’alam.


Soalan 4 :

Seseorang yang telah berniat puasa dalam bulan Ramadhan bermula pada malam pertama puasa tidak perlu lagi mempperbaharui niat puasanya pada setiap hari pada malam-malam Ramadhan.Walaupun begitu memperbaharui niat puasa pada setiap hari hukumnya adalah sunat menurut pandangan syarak.

Jika dilihat pada pandangan Ulama Mazhab Syafi’ie pula menghukumkan perlu berniat untuk setiap hari puasa kerana ia merupakan ibadah yang berasingan.Manakala menurut pandangan dalam Mazhab Malik , memadai dengan berniat puasa untuk satu bulan pada malam pertama Ramadhan dengan syarat puasanya tidak terhenti dengan sebab uzur , sakit dan sebagainya.Jika itu berlaku maka , seseorang itu perlulah berniat semula untuk menyambung kembali puasanya dalam bulan Ramadhan tersebut..

WA

Ruj :

Majmu’ah Fatawa Islamiah , Asy-Syaikh Kamil Muhammad bin Muhammad Uwaidah.

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com