SJ-08-0111 : makanan dan puasa

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-08-0111 : makanan dan puasa

assalamualaikum ... sayer ader soalans

1. jika makanan masuk sengaja tak sengaja ke bahagian belakang anak tekak.. adakah batal menelannya? sejauh manerkan makanan masuk secara tak sengaja boleh ditelan?

2. jika habuk masuk ke dalam hidung.. perlukah kita menghembuskan? adakah batal puasa jika terus membiarkannye dalam hidung?

terima kasih

SJ-08-0111 : makanan dan puasa

Salam ,

1. Makanan yang masuk ke dalam mulut secara sengaja kemudian di telan adalah membatalkan puasa.Manakala maksud makanan yang masuk secara tak sengaja ialah memasukkan makanan kedalam mulut dalam keadaan lupa dan dimasukkan oleh orang lain secara tidak sengaja.

Dalam hal ini , sekiranya ketika makanan tersebut masuk kedalam mulut dan kita telah sedar dan tahu bahawa kita sedang berpuasa sebelum sempat menelannya , maka wajiblah makanan tersebut dikeluarkan kembali dan tidak ditelan.Sekiranya kita terus menelannya dalam keadaan kita sedar dan tidak lupa , maka batal puasa pada hari tersebut.

2. Bagi soalan ini , jawapan Al-Fadhil Ustaz Abu_Umair sudah memadai : Sila klik url dibawah :

http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=36819&sid=cdb5a7087c3eee3eece616546a906e3b

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com