harakahdaily Lapor.. Oopps Silap.. Sinar Harian Lapor Ada Sejuta Pengikut Syiah Malaysia

Primary tabs

harakahdaily mana mungkin siar berita negatif berkaitan 'intan payung'nya.

Menurut Mohd Kamil Zuhairi, jumlah pengikut Syiah di Malaysia sudah mencecah antara 300 ribu hingga sejuta orang. Wow! Benarkah begitu ramai? Menurut Unit Kajian Syiah ISMA ialah adalah pembohongan bertujuan untuk menarik simpati.

Berikut ini laporan sinarharian:

SHAH ALAM – Ketua Kumpulan Syiah Malaysia, Mohd Kamil Zuhairi Abd Aziz mendakwa jumlah pengikut fahaman itu kini dianggarkan mencecah antara 300,000 dan sejuta orang.

Beliau bagaimanapun tidak dapat memberi anggaran tepat kerana tidak mempunyai data mengenainya.

“Jumlah yang tepat kita tidak ada. Kita hanya mengambil kira jumlah itu berdasarkan pelbagai pandangan dan laporan di media.

“Ada laporan mengatakan 300,000 orang. Paling ramai pernah dilaporkan mengenai jumlah pengikut Syiah di Malaysia ialah sejuta orang,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas jumlah sebenar pengikut ajaran Syiah di Malaysia.

Diminta mengulas mengenai cadangan mewartakan fatwa anti-Syiah di negara ini, Mohd Kamilzuhairi berkata, beliau menyerahkan perkara itu kepada kerajaan.

“Saya tidak mahu komen panjang. Terserah kepada kepada menteri terlibat untuk buat keputusan mengenai Syiah.

“Cuma apa yang boleh saya kata, sesuatu perkara yang salah lambat laun pasti akan musnah. Begitu juga sebaliknya,” katanya.

Media baru-baru ini melaporkan Kerajaan Kedah bercadang mewartakan fatwa anti Syiah selepas dikuatkuasakan sepenuhnya di peringkat kebangsaan sebelum ini.

Menteri Besarnya, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, fatwa anti-Syiah yang bakal digazetkan di Kedah akan dikenakan terhadap mereka yang cuba mengembangkan fahaman tersebut di negeri itu.

Cadangan tersebut turut disambut baik beberapa mufti yang menyifatkan fatwa anti-Syiah perlu diwartakan segera.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad berkata, ini berikutan ajaran itu didapati sudah mula merebak dalam kalangan masyarakat.

Sementara itu, Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid berkata, Selangor sudah lama mewartakan fatwa anti-Syiah dan berharap dapat dilaksanakan di negeri lain.

Anggota kumpulan Syiah ini pernah ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada Disember 2011 kerana didakwa menyebarkan ajaran Syiah.

Dalam serbuan tersebut, seramai 200 pengikut terdiri daripada lelaki dan perempuan termasuk kanak-kanak sedang khusyuk berselawat dan mendengar khutbah daripada seorang lelaki warga Iran.

Manakala pada 26 Ogos 2011, Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) merampas kira-kira 200 naskhah buku yang mengandungi dua tajuk berlainan berkaitan fahaman Syiah dan mengenai pengaruh ajaran itu, dalam satu serbuan di Masjid Paya Redan, Melaka. [sinarharian.com.my]


 

Berikut ini laporan dari web ISMA yang menafikan jumlah yang didakwa oleh Kami Zuhairi:

BANGI, 22 Julai – Ketua Unit Kajian Syiah ISMA, Ustaz Mohammad Ismail menyifatkan angka ahli Syiah yang mencecah 300,000 hingga sejuta orang seperti yang didakwa Ketua Kumpulan Syiah Malaysia, Mohd Kamil Zuhairi Abd Aziz adalah satu pembohongan besar.

“Kamil hanya bermain psikologi untuk meraih simpati supaya Syiah tidak diharamkan dan tidak dikenakan tindakan tegas ke atas mereka.

“Sebenarnya angka yang diberikan sama sekali tidak benar dan tidak sampai pun ke tahap itu, semuanya bohong belaka,” katanya ketika ditemui wartawan ISMA.

Beliau berkata demikian mengulas jumlah sebenar pengikut ajaran Syiah di Malaysia seperti yang dinyatakan oleh Kamil dalam satu portal mediaonline hari ini.

Mengulas hal tersebut ujar Ustaz Mohammad, Kamil berkata demikian sebenarnya adalah isyarat supaya anti Syiah tidak difatwakan di setiap negeri.

“Itu hanya isyarat, tak kan dia mahu cakap jangan ambil tindakan, jangan haramkan Syiah sebab pengikut Syiah kini mencecah sejuta orang.

“Untuk mengatakan jangan menyekat Syiah, mungkin agak kasar.

“Jadi dia menggunakan psikologi angka tersebut untuk mengaburkan pihak bertanggungjawab,” jelasnya.

Dalam pada itu, berdasarkan laporan sebelum ini pada tahun 2010 yang diterbitkan oleh Majalah Najaf yang ditemubual oleh Hadi Asy-Syamri, Hasan Askari memberitahu kepada Ayatullah Sistani Najaf bahawa Syiah di Malaysia hanya sekitar 25,000 hingga 30,000 orang namun angka tersebut juga tidak dapat dipastikan sama ada tepat atau tidak

Ujar Ustaz Mohammad adalah mustahil dalam masa setahun angka tersebut boleh bertambah sehingga mencecah sejuta orang. [ismaweb.net]

 

Kategori Berita: 

Artikel Berkaitan