SJ-14-0167 : pengajaran dari atsar Abu Bakr

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-14-0167 : pengajaran dari atsar Abu Bakr

:salam
apabila (abu bakar r.a.) hendak memutuskan suatu hukum, beliau akan mencari didalam Al-Qur'an . apabila tidak ditemui ketentuan itu didalam Al-Qur'an, beliau akan mencarinya didalam Sunnah Al-Rasul, sekiranya masih belum ditemui, beliau akan bertanya kepada Sahabat Sahabat Nabi yang pernah mengetahui ketentuan yang telah diambil oleh Baginda
S.A.W. berhubung kes seumpama itu. Jika masih belum ditemui ketentuannya beliau beliau akan menghimpunkan tokoh tokoh Sahabat untuk bermusyawarah dengan mereka.

SJ-14-0167 : pengajaran dari atsar Abu Bakr

Salam ,

Ringkasnya , kenyataan di atas menceritakan kepada kita semua tentang ketelitian dan kesempurnaan Saidina Abu Bakar As-Siddiq dalam usaha mencari sesuatu hukum atau penyelesaian terhadap permasalahan umat Islam ketika itu.

Ia juga merupakan dalil tentang kehujahan Ijmak dalam menjadi sumber hukum syarak terhadap kemusykilan dan permasalahan yang tidak terdapat dalam Al-Quran dan As-Sunnah Rasulullah saw.

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com