:salam
1. Boleh Ahli panel menjelaskan tentang hadis di bawah
Ibnu Mas’ud(sahabat Nabi) pernah melalui seorang perempuan yang ada padanya biji-bijian tasbih yang dia pergunakannya untuk bertasbih.Maka,Ibnu Mas’ud memutuskannya dan membuang biji-bijian tasbih itu.Kemudian beliau melewati seorang lelaki yang sedang bertasbih dengan batu-batu kecil lalu beliau menendang dengan kakinya lalu berkata: “Kamu telah mendahului! Kamu telah mengerjakan bidaah/bid’ah yang gelap! Kamu telah mengalahkan ilmunya sahabat-sahabat Muhammad s.a.w.!
2. Adakah perbuatan berzikir dengan menggunakan biji tasbih tidak dibenarkan
ÈÓã Çááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÈÚÏ
Saya telah menaqalkan kalam ulamak tentang masalah ini di dalam buku saya Amalan berzikir antara sunnah dan rekaan manusia seperti berikut.
Berzikir dengan biji tasbih.
Mengenai berzikir menggunakan biji tasbih atau seumpamanya, Syeikh Muhammad Bayumi ketika menuqilkan daripada Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz berkata:
“Lebih baik meninggalkan perbuatan itu kerana sebahagian ulamak tidak menyukainya. Paling afdal, bertasbih dengan menggunakan jari-jemari seperti yang dilakukan oleh Nabi s.a.w.” (Al-Qaulu al-Mubin fi Akhta’ al-Musollin, Muhammad Bayumi, ms: 122)
Majlis Fatwa Tetap berkata:
“Bertasbih dengan tangan lebih afdal. Bahkan, tidak thabit Nabi s.a.w. menggunakan biji tasbih ketika bertasbih kepada Allah”.
Syeikh al-Albani berkata:
“Sunnah menghitung bilangan tasbih, iaitu menggunakan jari-jemari tangan kanan. Oleh itu, menghitungnya dengan tangan kiri, menggunakan kedua-dua belah tangan atau dengan anak batu, semua itu berlawanan dengan Sunnah.”
Namun, terdapat juga hadis-hadis yang menyebut tentang kelebihan mengunakan biji tasbih ketika berzikir. Antaranya:
Hadis Pertama
"äöÚúÜãó ÇáãõÜÐóßøöÑõ ÇáÓøóÜúÈÍóÉó¡ æóÅöäøó ÃÝúÖóáó ãóÇ íóÓúÜÌõÏõ Úóáóíúåö ÇáÃÑúÖõ¡ æóãóÇ ÃäúÈóÜÊóÊúåõ ÇáÃÑúÖõ"
Maksudnya:
“Sebaik-baik alat berzikir ialah biji tasbih. Ini kerana, sebaik-baik tempat untuk sujud ialah tanah dan apa yang tumbuh di atasnya (rumput).” (Silsilah al-Ahadith al-Dho’ifah, al-Albani, no: 83)
Hadis ini diklasifikasikan sebagai maudu’ (palsu) kerana perawi-perawinya majhul (tidak dikenali). Sebahagian mereka dikritik oleh ulama hadis. Antara perawi yang majhul tidak dikenali oleh para ulama hadis ialah Ummu al-Hasan binti Ja’afar bin Hassan. Sementara Muhammad bin Harun bin Isa bin Mansur al-Hasyimi dituduh sebagai (íÊåã ÈÇáæÖÚ ) pemalsu hadis. Imam al-Daraqutni berkata: ( áÇ ÔíÁ ) tidak ada apa-apa. Ibn ‘Asakir menyatakan: ( íÖÚ ÇáÍÏíË ) pemalsu hadis. Al-Khatib selepas meriwayatkan hadis ini menyatakan: dan Hasyimi dikenali sebagai al-Burayyah dituduh sebagai pendusta.
Syeikh al-Albani menyatakan hadis ini jika ditinjau dari segi maknanya juga adalah batil ini disebabkan tasbih merupakan bid’ah yang tiada pada zaman Nabi s.a.w. dan ianya muncul selepas zaman baginda. Jadi bagaimanakah Nabi s.a.w. menyatakan sesuatu yang tidak ada pada zaman baginda. Dalil yang menunjukkan atas apa yang aku (al-Albani) katakan seperti yang telah diriwayatkan oleh Ibn Waddhah al-Qurtubi dalam Al-Bida’ wa al-Nahyu anha daripada al-Salat bin Bahram:
"ãÑ ÇÈä ãÓÚæÏ ÈÇãÑÃÉ ãÚåÇ ÊÓÈíÍ ÊÓÈÍ Èå¡ ÝÞØÚå æÃáÞÇå¡ Ëã ãÑ ÈÑÌá íÓÈÍ ÈÍÕì¡ ÝÖÑÈå ÈÑÌáå Ëã ÞÇá: áÞÏ ÓÈÞÊã! ÑßÈÊã ÈÏÚÉ ÙáãÇð! æáÞÏ ÛáÈÊã ÃÕÍÇÈ ãÍãÏ Õáì Çááå Úáíå æÓáã ÚáãÇð!".
Maksudnya:
Ibn Mas’ud telah melalui seorang wanita yang bersamanya tasbih yang digunakan untuk bertasbih, maka beliau menghalangnya dan membuang tasbih tersebut, kemudian selepas itu beliau lalu di hadapan seorang lelaki yang bertasbih dengan anak batu, lalu Ibn Mas’ud menendangnya lalu berkata: Sesungguhnya kamu telah mendahului (Allah dan Rasul)!, Kamu telah melakukan suatu bid’ah secara zalim!, dan kamu telah mengatasi ilmu para sahabat Nabi s.a.w.!.
Riwayat ini sanadnya sahih sampai kepada al-Salat bin Bahram dan al-Salat ini seorang thiqah dari kalangan atba’ al-Tabi’in.
Hadis ini juga bertentangan dengan petunjuk Nabi s.a.w, Abdullah bin Amr r.hu. meriwayatkan
"ÑóÃóíúÊõ ÑóÓõæáó Çááøóåö þþÕóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó íóÚúÞöÏõ þþ ÇáÊøóÓúÈöíÍó þÈöíóãöíäöåö"
Maksudnya:
“Aku melihat Rasulullah s.a.w. mengira tasbih dengan tangan kanannya.”
Juga bertentangan dengan arahan Nabi s.a.w., ketika baginda bersabda kepada sebahagian wanita:
" Úáíßä ÈÇáÊÓÈíÍ æóÇáÊøóåúáöíáö æóÇáÊøóÞúÏöíÓö æáÇ ÊÛÝáä ÝÊäÓíä ÇáÊæÍíÏ (æÝí ÑæÇíÉ: Úä ÇáÑÍãÉ) æÇÚúÞöÏúäó þ þÈöÇáÃóóäóÇãöáö ÝóÅöäøóåõäøó ãóÓúÆõæáÇóÊñ æãõÓúÊóäúØóÞóÇÊñ"
Maksudnya:
“Hendaklah kamu bertasbih, bertahlil dan taqdis, dan jangan kamu lalai maka kamu akan melupakan tauhid (dalam riwayat lain: rahmat) dan hitunglah dengan jari-jemarimu. Ini kerana, jari-jemati itu akan bertanggungjawab dan berkata-kata di hadapan Allah”.
Hadis Kedua
Sa’ad bin Abi Waqqash r.hu.:
"Ãäå ÏóÎóáó ãÚó ÑóÓæáö Çááå Úáì ÇãÑÃÉò¡ æÈóíúäó íÏóíúåóÇ äóæì Ãæ ÍóÕóì ÊõÓóÈøöÍõ Èöåö¡ ÝÞÇá: ÃÎÈÑßö ÈöãÇ åæ ÃíúÓóÑõ Úóáóíßö ãöä åÐÇ Ãæ ÃÝÖóá¿ ÝÞÇá: ÓõÈúÍóÇäó Çááåö ÚóÏóÏó ãÇ ÎóáóÞó Ýí ÇáÓãÇÁ".
Maksudnya:
“Ketika aku bersama Rasulullah s.a.w., baginda telah bertemu seorang wanita pada tangannya terdapat anak-anak batu untuk bertasbih. Lalu baginda bersabda: Mahukah aku beritahu kepadamu amalan yang lebih mudah atau lebih baik daripada perbuatanmu ini? Sabda baginda: Subhanallah ‘adada Ma Khalaqa Fi al-Sama’.”( Ibid, ms: 188)
Sanad hadis ini tidak terlepas daripada dua kritikan, iaitu al-Jahalah (rawinya tidak dikenali) dan al-Inqitho’ (sanadnya terputus). Oleh itu, ia tidak boleh dijadikan hujah.
Hadis Ketiga
Sofiyyah r.a berkata:
"ÏÎá Úáíøó ÑÓæá Çááå æÈíä íÏí ÃÑÈÚÉ ÂáÇÝ äæÇÉ ÃÓÈÍ Èåä¡ ÝÞÇá: íÇ ÈäÊ Íííø! ãÇ åÐÇ¿ ÞáÊ: ÃÓÈÍ Èåäøó. ÞÇá: ÞÏ ÓÈÍÊõ ãäÐ ÞãÊõ Úáì ÑÃÓß ÃßËÑ ãä åÐÇ. ÞáÊ: Úáãäí íÇ ÑÓæá Çááå! ÞÇá: Þæáì ÓÈÍÇä Çááå ÚÏÏ ãÇ ÎáÞ Çááå ãä ÔíÁ"
Maksudnya:
“Rasulullah s.a.w. menemuiku ketika aku sedang bertasbih menggunakan empat ribu biji tasbih. Nabi bersabda: Wahai anak perempuan Huyai! apakah ini? Aku berkata: Aku bertasbih dengannya. Jawab baginda: Aku bertasbih lebih banyak dari ini. Aku berkata: Ajarkanlah aku wahai Rasulullah. Lalu baginda bersabda: Ucaplah Subhanallah ‘adada Ma Khalaqallah Min Syai’.” ( Ibid, ms: 190)
Al-Tirmizi mendoifkan hadis ini, beliau berkata:
"åÐÇ ÍÏíË ÛÑíÈ¡ áÇ äÚÑÝå ÅáÇ ãä åÐÇ ÇáæÌå ãä ÍÏíË åÇÔã Èä ÓÚíÏ ÇáßæÝí¡ æáíÓ ÅÓäÇÏå ÈãÚÑæÝ¡ æÝí ÇáÈÇÈ Úä ÇÈä ÚÈÇÓ".
Maksudnya:
Hadis ini hadis gharib, kami tidak mengetahuinya kecuali melalui hadis Hasyim bin Said al-Kufi, dan sanad hadis ini tidak dikenali, dan dalam bab ini juga terdapat riwayat dari Ibn Abbas r.hu.
Ibn Ma’in berkata: ( áíÓ ÈÔíÁ) tidak ada apa-apa, Ibn Adiy berkata: Periwayatannya (Hasyim) tidak diikuti. dan disebabkan ini Ibn Hajar telah mendoifkan hadis ini.
Antara perkara yang menunjukkan kedua-dua hadis di atas iaitu hadis kedua dan ketiga doif (lemah) ialah hadis yang diriwayat dari Ibn Abbas tidak menyebutkan berzikir dengan menggunakan anak batu. Lafaznya seperti berikut:
"Úä ÌæíÑíÉ Ãã ÇáãÄãäíä ÑÖí Çááå ÚäåÇ Ãä ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã¡ ÎÑÌ ãä ÚäÏåÇ ÈßÑÉð Ííä Õáì ÇáÕÈÍ æåí Ýí ãÓÌÏåÇ¡ Ëã ÑÌÚ ÈÚÏ Ãä ÃÖÍì æåí ÌÇáÓÉ ÝÞÇá: ãÇ ÒöáúÊö Úáì ÇáÍÇá ÇáÊí ÝÇÑÞÊßö ÚáíåÇ¿ ÞÇáÊ: äÚã. ÝÞÇá ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã áÞÏ ÞáÊ ÈÚÏß ÃÑÈÚ ßáãÇÊ¡ ËáÇË ãÑÇÊ áæ æÒäÊ ÈãÇ ÞáÊö ãäÐ Çáíæãó áæÒäÊõåõäøó¡ ÓÈÍÇä Çááå ÚóÏóÏó ÎóáúÞöåö¡ ÓÈÍÇä Çááå ÑÖÇ äÝÓöåö¡ ÓÈÍÇä Çááå ÒöäóÉó ÚÑÔöåö¡ ÓÈÍÇä Çááå ãÏÇÏó ßáãÇÊåö".
Daripada Juwairiyyah ummil Mukminin r.ha. bahawasanya Nabi s.a.w. keluar pada waktu pagi ketika solat subuh dan dia (juwairiyyah) juga di masjid. kemudian nabi kembali selepas dhuha sedangkan dia masih berada disitu. maka nabi bersabda: Engkau masih berada di sini. dia menjawab: ya. Maka Nabi s.a.w. bersabda: sesungguhnya aku telah mengucapkan empat kalimah sebanyak 3 kali sekiranya ditimbang dengan apa yang engkau ucapkan setakat hari ini nescaya ia akan menyamai timbangannya. Subhanallahi adada khalkihi, subhanallahi ridha nafsihi, subhanallahi zinata arsyihi, subhanallahi midada kalimatihi. (Muslim no. 2726)
Al-Albani berkata lagi hadis sahih ini menunjukkan dua perkara:
Pertama: Sesungguhnya perawi kisah ini ialah Juwairiyyah bukannya Sofiyyah seperti di dalam hadis ketiga. (Silsilah al-Doifah, ms: 191)
Kedua: Sesungguhnya riwayat yang menyebutkan berzikir dengan anak batu ialah riwayat yang mungkar dan ini disokong oleh tindakan Abdullah Ibn Mas’ud r.hu yang mengingkari mereka yang berzikir dengan menggunakan anak batu.