SJ-2111: Solat Jamak - bercakap diantaranya (Bah 2)

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2111: Solat Jamak - bercakap diantaranya (Bah 2)

Asalamualaikum,

Berkaitan dgn soalan 2094 berkenaan dgn solat jamak dan bercakap diantaranya, Ustaz THTL menyatakan tidak boleh bercakap diantaranya solat yg pertama dan kedua....saya ada terdengar pendapat yg membolehkanya tetapi sudah lupa sumbernya, pendapat tersebut membolehkan tetapi bukanlah dgn kadar yg lama.....

1. Bagaimana tu Ustaz, ada atau tidak ada sedikit 'gap' (ruang) antara keduanya.

2. Jika kita bercakap adakah sembahyang kita tidak sah?

3 Jika ada, berapa lamakah kadarnya? Percakapan yg bagaimana yg boleh dituturkan?

4 Bagaimana dgn pendapat mazhab selain dari Syafie adakah tidak dibolehkan juga, bagaimana dgn pendapat Al-Fiqh Al-Muqaran?

5. Jika ianya tidak dibolehkan perlukah diqada sembahyang yg sebelum ini?

Wallahualam...Terima Kasih :bubble0

Re: SJ-2111: Solat Jamak - bercakap diantaranya (Bah 2)

:wassalam
Jwb:
Kema'afan dipinta kerana tidak perasan ada soalan susulan.
Gap di antara dua solat yg akan dijama' itu disebut di bawah hukum muwalat (berturutan atau continuity), jarak di antaranya hendaklah tidak terlalu lama yg disukat melalui uruf (kebiasaan). Tidak ada dalil yg mengatakan tidak boleh bercakap langsung. Tidak pernah kita lihat ada orang musafir yg berhenti dan bersembang antara dua solat yg akan dijama'kan, bahkan musyaqqah (kesulitan) si musafir ialah menyegerakan solat jama'nya dan meneruskan perjalanan.
Jika masih ada masa untuk bersembangsembang sebelum menjama' solat, itu lah maksud saya dalam SJ-2094 (amalan salaf ialah mereka tidak ada pemutus antara dua solat bahkan meneruskan serta merta dengan tidak ada masa untuk bersembang. jadi maksud percakapan itu ialah sembang2)

Jumhur termasuk ahli Tahqeeq hanya menyebut muwalat, tidak terlalu lama menurut sukatan uruf (kebiasaan), konsep muwalat ini terpakai untuk wudhu', janabah, aqad, dll juga, misalnya dalam wudhu', muwalat bermaksud ada continuity dari satu basuhan ke satu basuhan yg lain. Masalah nak bercakap jika ada keperluan tidak membatalkan (nullify) muwalat itu. Inilah penjelasan Syaikhul Islam Ibn Taymiyah dalam Majmu' Fatawa mengenai muwalat. WA