SJ-13-0515 : ceramah & azan

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0515 : ceramah & azan

Askm,

Saya ingin mengetahui kedudukan ceramah di antara waktu maghrib dan isya' yang berlanjutan sehingga selepas masuk waktu, yang mana azan isya' tidak dilaungkan.

Contoh: Ceramah/kuliah bermula jam 7:45 dan tamat jam 9:30 malam setiap hari. Ceramah tidak berhenti untuk azan isya' dilaungkan. Apakah hukumnya?

Terima kasih.
Shah

albaruhiyy (not verified)
SJ-13-0515 : ceramah & azan

Waalaikumussalam…
ÈÓã Çááå æÇáÍãÏ ááå æÈÚÏ :
Masalah yang anda nyatakan ialah berkenaan dengan hukum azan, pendapat yang lebih sahih sebagaimana dinyatakan oleh ulama, azan hukumnya sunat. [RUJUK : al-Nawawi, al-Majmuk 3/8].

Namun ada ulama yang kata ia wajib. Cuma ulama sepakat ia disyariatkan.

Kata Ibn Qudamah [RUJUK: al-Mughni 2/203]
æóÃóÌúãóÚóÊú ÇáúÃõãøóÉõ Úóáóì Ãóäøó ÇáúÃóÐóÇäó ãóÔúÑõæÚñ áöáÕøóáóæóÇÊö ÇáúÎóãúÓö .

Maksudnya : “Dan ummah telah ijmak bahawa azan disyariatkan bagi solat lima waktu”

Ibn Qudamah menjelaskan hukum meninggalkan azan. Hukumnya ialah makruh meninggalkan azan solat lima waktu kerana semua solat Nabi s.a.w. dengan azan dan iqamah, begitu juga solat-solat para imam selepas baginda. Malik bin al-Huwairith merwayatkan bahawa Nabi bersabda kepadanya dan rakannya: “Apabila datang waktu solat maka hendaklah salah seorang dari kamu melaungkan azan dan yang paling tua menjadi imam” [muttafaq alaihi].

Azan adalah sunah muakkad dan tidak wajib, ini pendapat Abu Hanifah, al-Shafie. Mereka berpandangan azan ialah hanya seruan untuk bersembahyang.

Ada setengah berpandangan ia fardu kifayah. Ini pendapat sebahagian besar mazhab hanbali dan sebahagian Maliki.
Manakala pandangan Ata’, Mujahid dan al-Awza’i ialah adlah fardu kerana Nabi s.a.w. memerintahkan Malik bin Huwairith dan sahabatnya serta Nabi juga sentiasa melakukannya. Begitu juga para sahabat2 baginda. Perintah menunjukkan wajib.

Namun begitu, atas pendapat-pendapat ini, jika solat dilakukan tanpa azan, solat masih sah. [RUJUK : al-Mughni 2/229]

Wallahualam.