Debat: Ustaz Zamihan Sedia Mencabar & Dicabar SS Mufti Perlis

MENGAPA HARUS MELENTING?

Oleh Ustaz Zamihan Al-Ghari

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak diucapkan kepada semua umat Islam yang menunaikan kewajipan ibadat puasa dan ibadat selainya. Semoga dengan akidah dan ibadah yang sahih kita berhasil memperolehi ketaqwaan dan keberkatan hidup di dunia dan akhirat. Semoga  semangat perjuangan Ahli Sunnah Wal Jamaah terus bersemarak dalam menentang kebatilan golongan pelampau agama.


Saya tidak terkejut dengan isu taklimat Fahaman yang Mengancam Keselamatan Negara yang dianjurkan MKN pada 25hb Julai lalu di Putrajaya. Ia tugasan rutin bagi MKN untuk membicarakan pelbagai isu keselamatan samada berbentuk fizikal atau intelektual. Taklimat rutin itu disampaikan oleh wakil PDRM dan al-Fadhil Us Dr Muhammad Uthman el-Muhammadiy. Semua para Mufti dan pegawai kanan Jabatan agama dijemput kecuali Perlis yang mana jemputannya dibatalkan pada saat2 akhir disebabkan beberapa komplikasi dalaman. Namun dalam diam, terdapat wakil perlis yang menyamar dan menyusup masuk dalam taklimat sulit berkenaan.

Ada sumber dalaman memberitahu penulis bahawa wakil tersebut mendaftar namanya sebagai Dr Fadhilah. Tetapi wajahnya dipercayai mirip Dr Mohd Fadhlan Othman yang bertugas sebagai pensyarah dari Fakulti Pengajian al-Qur'an dan al-Sunnah UKM. Ada suara lain pula memberitahu saya. Ia memang Dr Fadhlan yang mewakili Mufti Perlis. Jika benar..timbul persoalan kepada kita..untuk apa beliau hadir sedangkan beliau tidak dijemput? Beliau juga bukan kakitangan dari Perlis. Sebaliknya beliau salah seorang dari kalangan 40 ulamak muda UMNO yg dibangkitkan dlm taklimat berkenaan. Manakala Mufti perlis juga dibatalkan jemputannya. Justeru, tidak hairan jika taklimat sulit ini mudah dibocorkan.

Ustaz AizamPihak JAKIM juga turut menghantar wakil iaitu Us Mohd Aizam Mas'od. Tetapi tidak jelas samada ia wakil rasmi atau atas kapasiti peribadi. Kedua-dua wakil ini dikatakan bergegas pulang selepas taklimat berkenaan. Sejam kemudian taklimat berkenaan disiarkan oleh laman malaysiakini dan laman media yang lainnya. Sehingga mengundang campurtangan ahli politik.

Isu ini mirip taklimat keselamatan yang pernah disampaikan oleh tuan blog di Pan Pacific Hotel pada tahun 2009 yang lalu. Apabila pembentangan dibuat secara terbuka.. semua hadirin mendiamkan diri dan bersetuju. Tetapi apabila tamat pembentangan ada pihak lain yang cepat2 membocorkan taklimat berkenaan.Saya tidak menuduh sesiapa yang membocorkannya tetapi kita harus tahu kronologinya.

Bagi saya, kes ini berlaku secara berulang disebabkan beberapa faktor. Antaranya:
1) Wujud orang dalam sendiri yang membocorkan taklimat berkenaan. Samada dari pegawai MKN sendiri atau dari tetamu tidak diundang atau peserta jemputan. Pihak berkuasa perlu menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya kerana ada org dalam cuba  'memanaskan' isu sebenarnya.

2) Acapkali bila kita menyentuh fahaman pelampau Wahhabiy atau Syiah ada je ahli politik yang campurtangan. Ia menjustifikasikan kepada kita bahawa pemikiran jenis ini sudah mempengaruhi ahli politik.

3) Mengapa ada pihak yang melenting bila kita membicarakan tentang fahaman pelampau Wahhabiy? Sedangkan kita tidak mengaitkan mereka pun. Di Arab Saudi sendiri ramai pelampau agama yang ditangkap. Begitu juga di blok Eeropah atau Amerika. Pihak keselamatan mereka bertindak atas kapasiti BOLEH menggugat keselamatan negara. Bukan semata-mata fahaman Wahhabiy. Jadi ia adalah satu tindakan yang biasa dilakukan oleh mana-mana pihak keselamatan negara.

4) Dalam kes menangani keganasan ia sebenarnya berasaskan kepada fahaman dan pemikiran. Pemikiran ekstremis dan radikal perlu dikenalpasti dan dineutralkan supaya ia tidak mencecah tahap terroris. Jadi, isu ini memerlukan pemahaman dan tindakan semua pihak. Iaitu pihak keselamatan, pihak berkuasa agama dan para Mufti serta para alim ulamak. Ia soal dalaman. Bukannya isu umum yang perlu dihebahkan kepada masyarakat. Jadi tindakan Mufti Perlis yang mahukan isu ini dihebahkan kepada masyarakat awam menampakkan sedikit ketidak-cerdikan yang ada padanya.

5) Apa hak Mufti Perlis untuk mencabar Dr Muhammad Uthman el-Muhammadiy untuk berdebat. Sedangkan penganjurnya adalah MKN. Dr Uthman hanya penceramah jemputan yang membentangkan tentang pemikiran pelampau sahaja. Beliau tidak menyebutpun nama individu tertentu. Maklumat ini juga boleh dipertanyakan melalui 2 wakil di atas tadi. Bagi saya, ajkan untuk berdebat hanya menyerlahkan suhu 'kepanasan' yang ada pada dirinya sendiri. Dan beliau dilihat kurang beradab dengan tokoh ulamak kita dan tidak beradab dgn orang yg lebih tua darinya. Sepatutnya Dr Juanda berdebat atau berdialog dgn MKN atau pihak PDRM sebagai penganjur. Bukannya dengan penceramah jemputan.

Kata Ustaz Zamihan: Kalau dengan Us Zamihan..Insya Allah, ana sedia menunggu jemputan dari enta. Atau ana sendiri yang menjemputnya? Jika berminat sila hubungi ana : 012 246 5518. Atau emailkan sahaja : alsalafi76@yahoo.com 6) Layakkah Dr Juanda yang berkelulusan Phd Keluarga Islam utk berdebat dgn pakar pemikiran Islam dan pensyarah ISTAC-UIAM dan pengkaji pemikiran Wahhabiy lebih 20 tahun. Kalau dengan Us Zamihan..Insya Allah, ana sedia menunggu jemputan dari enta. Atau ana sendiri yang menjemputnya? Jika berminat sila hubungi ana : 012 246 5518. Atau emailkan sahaja : alsalafi76@yahoo.com

7) Pandangan YDP Persatuan Ulamak yg mendakwa: mengaitkan Wahhabiuy dgn keganasan umpama langit dgn bumi sebenarnya tidak mempunyai fakta yang kukuh. Tiada kajian dan tidak ada kesudian untuk melakukan kajian. Bahkan lebih bersifat simpatisme politik. Saya akan buktikan terdapat beratus kitab karangan ulamak muktabar yang menjelaskan penyelewengan fahaman Wahhabiy. Saya akan datang kepada anda atau kepada sesiapa sahaja yang berminat dgn kitab-kitab rujukan berkenaan. Insya Allah. Maa salamah. Wa syukran. [al-ghari.blogspot.com]