SJ-12-0360 : Penetapan Wali Anak Luar Nikah

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0360 : Penetapan Wali Anak Luar Nikah

Assalamualaikum,
saya mempunyai persoalan yang perlu dijawab kerana salah seorang kawan saya akan berkahwin dalam masa terdekat.
Kawan saya dilahirkan diluar nikah iaitu emaknya telah mengandungkan beliau sebelum nikah. Emaknya kemudian telah berkahwin dengan lelaki yang tertanggungjawab mengandungkan anak tersebut. Kawan saya dibintikan dengan lelaki tersebut. hasil perkahwinan emak kawan saya dengan lelaki tersebut secara sah , lahir seorang bayi lelaki. ini bermakna kawan saya mempunyai adik lelaki seibu.( malangnya selepas melahirkan anak lelaki tersebut, lelaki itu kembali ke agama asal iaitu murtad)

persoalannya: bolehkah adik lelaki kawan saya itu mewalikan perkahwinan kawan saya kerana adik lelaki itu merupakan nasabnya yang terdekat atau hanya wali hakim saja yang layak?

harap persoalan ini dapat dijawab dengan segera demi menyelamatkan sebuah keluarga Islam. Terima Kasih

Re: URGENT: PENETAPAN WALI ANAK LUAR NIKAH

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

1) Kes perempuan itu (kawan saudara) dibintikan kepada lelaki tersebut adalah satu permasalahan. Jika tidak disahihkan nasabnya dengan lelaki tersebut, maka tidak boleh dibintikan kepadanya.

2) Jika tidak sahih nasabnya dengan lelaki tersebut, maka hubungannya dengan adiknya yang lahir selepasnya dari ibunya dan lelaki itu, adalah hubungan adik beradik seibu.

Adik beradik seibu tidak ada hak menjadi wali untuk perempuan tersebut. Ia berpindah kepada wali hakim.

Wallahu A'lam.

Re: SJ-12-0360 : Penetapan Wali Anak Luar Nikah

Info Tambahan:Undang-Undang Keluarga di Malaysia.

Untuk pernikahan wali hakim (anak tak sah taraf@sebab -sebab lain ) memerlukan perintah dari Hakim Syarie.Prosiding permohonan walihakim ini boleh dipohon untuk didengar secara in camera(dalam kamar).Pihak penting boleh memberi keterangan secara berasingan jika dirasakan ada maklumat/fakta kurang sesuai untuk didengar oleh anak tersebut .

WA