:salam
Apa pandangan ustaz tentang bersembahyang di dalam masjid Syiah? Contohnya seseorang yang melawat negara Iran, kemudian ia mengikuti jemaah yang sedang sembahyang di situ, atau pun keadaan seperti di Baghdad, di mana terdapat ramai Sunni dan juga Syiah. Adakah mereka mempunyai masjid berasingan?
æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã
{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }
(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))
***********************
SJ – 2170 : HUKUM BERSEMBAHYANG DI DALAM MASJID SYIAH ( IRAN )
Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.
Terima Kasih di atas soalan Belut Pisang. Sebenarnya permasalahan Sunni – Syiah ini sudah kerap-kali dijelaskan di dalam web al-Ahkam.online ini . Bolehlah dianggap permasalahan ini merupakan di antara masalah yang agak lama sudah dibincangkan di sini dan ianya juga merupakan satu masalah yang sering dipersoalkan oleh para pengunjung web ini .
Masalah bagaimanakah kita selaku Kaum Muslimin Sunni hendak berinteraksi dengan Kaum Syiah juga sudah sering diketengahkan semenjak awal-awal penubuhan web ini , sama ada ianya disentuh oleh Al-Fadhil Webmaster kita ; Ustaz Zain ys , ataupun disentuh juga oleh Tuan Guru kita , Al-Fadhil Ustaz thtl.
Saya sendiri sudah menjelaskan hal yang semacam ini di dalam : SJ - 2070 : MENGENALI ALIRAN AKTIVIS & HUKUM SEMBELIHAN SYIAH http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=9050
Diharap saudara dapat merujuk ke dalam url berikut supaya persoalan yang akan kita ikuti ini dapat diikuti dengan lebih jelas dan lebih mudah difahami.
***********************************************************
Di dalam url berikut saya telah menyatakan ( saya hanya memetik beberapa noktah penting sahaja , untuk mengikutinya secara penuh , sila lihat url tersebut ) :
Kata saya :
Ertinya secara zahirnya ataupun secara umumnya , kita tetap mengatakan bahawa semua orang Syiah yang mengucap 2 kalimah syahadah itu sebagai orang Islam ( muslim ) .
Namun apabila telah ternyata kesesatan dan kekufuran mereka, sama ada ianya berdasarkan lisan / ucapan mereka ( sama ada yang didengar oleh telinga kita semua , ataupun melalui apa yang dinyatakan oleh mereka sendiri melalui kitab-kitab Syiah mereka ), ataupun sama ada kita mengetahui kesesatan dan kekufuran mereka berdasarkan perbuatan / tingkah-laku dan Aqidah / Kepercayaan mereka , maka sudah pasti pada waktu itu TIADA SEBAB untuk kita bersembahyang di belakang mereka . Mengapa pula begitu ? . Sebab kita sendiri tidak boleh berimamkan seseorang yang telah ternyata sesat , kufur dan murtadnya.
Untuk diketahui asas-asas kekufuran Aqidah / Kepercayaan mereka maka tak dapat tidak , kita mestilah banyak membaca kitab-kitab yang pro-Syiah dan yang anti-Syiah . Namun secara ringkasnya , saya telah menerangkan serba-sedikit mengenai Aqidah / Kepercayaan Syiah yang boleh menyebabkan seseorang itu sesat, kufur dan murtad di dalam url tersebut , iaitu : http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=9050
Aqidah / Kepercayaan mereka yang menyesatkan dan menyebabkan murtad , di antaranya ialah : Al-Bada’ , Ar-Raj’ah , Al-‘Ismah , Kafirnya Majoriti Para Sahabat ( r.a ) , Wujudnya “ Mushaf Sayyidatina Fatimah Az-Zahra’ “ ( r.a ) dan selainnya.
Jadi kalau saudara dan para pengunjung sekalian tetap mahu berkunjung ke Republik Iran dan tidak rela bersembahyang di belakang mereka , maka silalah bersembahyang bersendirian di dalam masjid-masjid mereka.
Tidak mengapa kita bersembahyang di masjid-masjid mereka . Selagi masjid-masjid itu sendiri tidak diasaskan dan ianya memenuhi syarat-syarat sahnya sesuatu tempat sembahyang .
Bagaimanakah caranya untuk mengelak diri daripada sembahyang berimamkan imam-imam Syiah yang saudara/I merasa was-was dengan ‘Aqidah / Kepercayaan mereka ? .
Ada banyak cara , di antaranya ialah dengan tidak hadir ke masjid mereka di saat mereka sedang mendirikan sembahyang , ataupun saudara/I sendiri boleh bersembahyang dengan kelompok para pengunjung yang bersama-sama saudara / I ( yang bermazhab Sunni ) .
Ataupun , saudara / I sendiri boleh boleh mengatakan kepada mereka ( Syiah ) bahawa saudara / I sudah sembahyang di hotel masing-masing secara jamak & qosar .
Ataupun , jangan masuk ke dalam masjid-masjid mereka ( tapi nanti saudara / I merasa rugi pula ) .
Ataupun yang paling mudah ialah jangan pergi ke Republik Iran langsung !!! . Duit dan perbelanjaan yang ada , lebih afdhal ( lebih fadhilatnya ) dan lebih awla ( lebih utama ) menurut Fiqh al-Awlawiyat ( Fekah Prioriti / Keutamaan ) digunakan untuk menunaikan haji ataupun umrah yang wajib . Ataupun disumbangkan kepada saudara-mara yang berada di dalam kesempitan ( contohnya : menolong saudara-mara dengan melangsaikan hutang-piutang mereka ) , ataupun membantu jiran-tetangga . Ataupun wang yang ada itu disumbangkan FI SABILILLAH untuk mengembangkan Islam dan Jihad, seperti untuk para pelajar , anak-anak yatim , mereka yang berperang mempertahabkan Islam , ataupun kalau tak tahu sangat bagaimanakah hendak digunakan wang tersebut di jalan sepatutnya , maka bolehlah disumbangkan kepada Web al-Ahkam. Online ini sebagai dana untuk memastikan web ini terus wujud dan mengembangkan Islam sampai ke hari akhirat . Amin Ya Rabbal ‘Alamin . :smirk:
Adapun mengenai wujud ataupun tidak Masjid Sunni di sekitar Iran , maka kami tidak mempunyai informasi tersebut. Yang kami ketahui daripada pendedahan beberapa orang ulama’ yang insaf ( yang telah mengkaji mengenai mazhab Syiah ini ataupun yang telah melawat Rep. Iran ) tidak dibenarkan sebarang masjid didirikan di sana untuk komuniti Ahlus Sunnah , walaupun komuniti ini berjumlah 10 % daripada keseluruhan penduduk Iran . Namun hairannya , mengapa pula gereja Kristian dan Haykal ( Biara ) Yahudi dibenarkan pula ? . :p
Di zaman pemerintahan Khomeini sendiri , Rep. Iran pernah membunuh beberapa cendekiawan dan ulama’ Sunni seperti Al-‘Allamah Ahmad Muftizadeh ( rh ) dan Dr. ‘Ali Nasher Mudhafrayah ( rh ) . Perkara ini sendiri dilaporkan oleh Majalah Panji Masyarakat ( Indonesia ) No : 764 XXXIV , 19 Sya’aban 1413 H ( 11-20 Feb . 1993 ) .
Orang-orang yang memahami benar-benar mengenai selok-belok Syiah , sudah tentu akan tersenyum dengan soalan mengapakah tidak diizin kaum minoriti Sunni mendirikan masjid-masjid mereka sendiri walhal dibenarkan pula rumah-rumah ibadat kaum Yahudi dan Kristian ? . Sudah pasti , kaum Sunni yang memahami mengenai masalah Syiah ini sendiri pun boleh menjawabnya ! . :grin:
Untuk mereka yang ingin mengikuti beberapa perbincangan terpenting mengenai Syiah ini di dalam web al-Ahkam ini , silalah klik pada url berikut :
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=9300
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=9353
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=8519
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=8035
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=6917
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=5717
Sila lihat pula keganasan dan kesesatan Syiah di url berikut :
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB1&Number=8523
Mudah-mudahan ada manfaatnya daripada jawapan ini .
Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .
**************************************
RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN :
1 – AL-MAUSU’AH AL-MUYASSARAH FIL ADYAN WAL MADZAHIB WAL AHZAB AL-MU’ASIROH ~ WAMY .
2 – AL-KHOMENIYYAH : SYUDUZ FIL ‘AQAID WA SYUDZUZ FIL MAWAQIF ~ Al-‘Allamah Sa’id Hawa (rh ) .
3 – KAMUS ISTILAH SYI’AH IMAMIAH ~ Ibnuraimee Ad-Dimyati .
4 – MAJALAH al-MUSTAQIM ( Bil : 1 , ms 35 – 40 )
æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
11 / Dzulqa’edah / 1423 H
13 / Januari / 2003 M
ISNIN – Bandaraya Kaherah
Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum