SJ-1675: Konsep Maaf

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1675: Konsep Maaf

Assalamualaikum, Ustaz,
Terima kasih kerana menjawab soalan saya yang lalu "Suami, Isteri & Poligami" walaupun jawapannya bagai tidak menepati soalan saya. Tapi tidak mengapalah. Di sini ingin saya bertanya tentang konsep maaf di dalam Islam.
Kita dituntut sentiasa bermaafan sesama Islam. Saya bagi contoh permasalahan :
A telah ditipu & dianiaya oleh B (bukan saja B malah ibu bapa dan kaum keluarga B). B juga ada berhutang wang dengan A. Kerana rasa sedih dianiaya, A rasa macam tak boleh lagi nak memaafkan B dan keluarganya. Hinggakan A berdoa pada Allah, kalau betul dia dipihak yang teraniaya, dia tidak rela melihat B hidup senang. Kemudian ditakdirkan, B betul2 mengalami kesusahan yang amat sangat. Sebagai manusia, A berasa simpati dengan B, tetapi masih tidak dapat memaafkan dan menghalalkan hutang B. Dalam kontek ini, adakah A bersalah dan berdosa jika sampai akhir hayat dia tidak dapat memaafkan dan menghalalkan hutang B ( B & keluarganya pun tidak pernah meminta maaf pada A). Sungguhpun begitu dia tidak berdendam dengan B atau berkeinginan membalas segala perbuatan B.

Re: SJ-1675: Konsep Maaf/Poligami

Jawab:

1. Isu Poligami antara A,B dan si C (SJ - 1669)
Kami akan cuba menjawab sekali lagi untuk memberi jawapan yg benar2 memuaskan hati anda. Dasar kami di Ahkam ialah kami akan terus mencuba menyelesaikan masalah anda sedaya mungkin sehingga anda merasa puas.
a) apakah suami itu dayus kerana menceraikan isteri barunya (si C) atas arahan isteri tua (B)? Jawabnya: Ya. Definasi suami yg dayus atau ayah yg dayus ialah bila ia tidak dapat menghalang maksiat dalam keluarganya.
b) apakah si B berdosa kerana memaksa suami menceraikan isteri muda? Jawab: Ya, anda sendiri yg menceritakan perangai buruk si B dan perangai sebegini bukanlah ciri2 isteri yg solehah.
c) Hak isteri yg diceraikan. Hendaklah dia memfailkan kes di mahkamah syari'ah untuk rujuk semula kerana hak membubarkan perkahwinan bukan berada di tangan isteri pertama.
---------------------
Sekarang, kita lihat pula isu sengkita antara si A yg didakwa dizalimi oleh si B sekeluarga.
Jawab: Jarang sekali kita dengar satu keluarga sepakat membuli orang lain, menipu dan menganiaya orang lain, melainkan mereka adalah keluarga samseng. Jika benar mereka itu ujud, jauhilah mereka dan tidak usah lagi bermu'amalat dengan mereka. Nabi saw pernah melakukan demikian kepada tiga orang yg amat kejam terhadap baginda, antaranya Wahsyi yg membunuh Hamzah bin Abdul Muttalib ra. Apabila dibawa Wahsyi ke hadapan bagida (selepas Fathul Makkah), baginda mema'afkan Wahsyi tapi dengan syarat Wahsyi tidak boleh kelihatan di hadapan baginda (maksudnya Nabi tidak sudi lagi memandang wajah Wahsyi).
Maka jika si A telah dianiayai sebegitu rupa dan jumlah wang yg ditipu juga besar dan anda tidak mahu mengambil tindakan saman civil, maka ambillah langkah Nabi saw, hindarilah mereka. Hak untuk mema'afkan dan menghalalkan itu sepenuhnya terletak di tangan anda. Jika anda mema'afkan dan menghalalkan itu adalah lambang ketinggian taqwa dan kewarakan anda. Dalil: (ciri-ciri orang bertaqwa)..dan orang2 yg menahan amarahnya dan mema'afkan kesalahan orang lain) maksud AQ 3: 134
Jika anda belum puas hati kembalilah lagi kepada kami. Allahu a'alam