SJ-2197: [U] Adakah juga dikira Onani

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2197: [U] Adakah juga dikira Onani

:salam

Semasa bersetubuh si suami tidak melepaskan ke dalam. sampai ke satu tahap, suami keluarkannya (mani) dan dilepas di luar (faraj) dgn menggunakan tangan.
Adakah ini dikira onani juga. Buat begitu krn utk merancang keluarga.
:wassalam

Re: SJ-2197: [U] Adakah juga dikira Onani

:wassalam
Sedikit komen:
Kami perhatikan sdr ADN sering menulis soalan dalam CAPITAL letters. Dalam konteks email language, bila kita menulis dalam block letters membawa banyak meaning atau maksud. Biasanya maksudnya berunsur negatif, maka kami syorkan tulislah dalam hurup kecil.

Jawab:

Perbuatan menumpahkan mani di luar faraj isteri dinamakan 'Azl. Ia amalan sejak zaman dulukala, bahkan dipraktiskan di zaman sahabat. HR Bukhari-Muslim dari Jabir ra," Kami pernah melakukan zal pada masa RasuluLlah saw padahal alQur'an sedang diturunkan." Kebanyakan ulama' dan rumah fatwa membolehkan, jika alasananya (adalah) family planning (keluarga berencana) bukannya Birth Control (pembatasan kehamilan), (Masfuk Zuhdi, Masail Fiqhiyah, Jakarta, 1990), Qardhawi (halal dan Haram) Kalau ikut kitab Fiqh Sunnah, dgn syarat izin isteri. Ia dikategorikan sebagai metod klasik dalam family berencana (Masfud Zuhdi, ibid)

Jika azal diharuskan, bagaimana tekniknya?
Istilah azl ialah menumpahkan mani di luar faraj setelah ada nya aktiviti jima' secara sah. Adapun perbuatan menyudahkan penumpahan mani itu samada mencabut di sa'at inzal (klimaks) atau menyudahkan dgn tangan beberapa sa'at sebelum pancaran mani itu bukanlah Onani. Ini kerana onani ialah perbuatan yg berasingan dan selalunya dilakukan seseorang terhadap kemaluannya sendiri (tanpa ada pasangan). Onani dinamakan juga seks secara sendirian . WA