SJ-2258: Photostat

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2258: Photostat

Assalamu'alaikum

Saya ada terbaca di al-ahkam tentang dibolehkan memfotostat buku. Bagaimana sekiranya kita menjual buku yang kita fotostat itu kpd org lain hanya utk mendapat balik modal fotostat tanpa keuntungan, malahan lebih murah dari harga fotostat?

Terima kasih, wassalam

Re: SJ-2258: Photostat

:wassalam
Jawab:
Benar, kita sudah menjelaskan isu ini beberapa kali di bawah tajuk Hukum Hakcipta (copyright law) atau intelectual property yg dilindungi oleh Konvensyen Geneva.
Kita juga menjelaskan bahawa mengikut hukum uruf, fotostat untuk kegunaan peribadi dibenarkan. Dalam masalah anda ini dibawakan pula istilah `menjual'. Menjual kepada orang lain itulah yg dibahaskan di bawah hukum hakcipta. Kerana antara perkara yg dilarang keras dalam copyright law ialah "dilarang menjual" tak kiralah menjual utk mendapat untung atau balik modal. WA