Al-Sya’rawi, al-Qardhawi, Hassan, Gomma dan al-Awwa ……. siapa yang menghangatkan kemuliaan mereka?
Oleh Najeh Ibrahim
Ada dikalangan pendakwah Salafiyah yang menyerang tanpa berlandaskan kebenaran ke atas Sheikh Mohamed Hassan, di mana beliau telah dianggap sebagai simbol kesederhanaan (moderate), adil, memiliki akhlak yang mulia dan berperikemanusiaan, di mana perkara-perkara ini yang para pendakwah salafi gagal membawanya sejak dahulu lagi, di mana mereka tidak meninggalkan khazanah keilmuan, melainkan hanya menyerang dan memalukannya dengan tuduhan-tuduhan yang buruk tanpa kebenaran.
Al-Sya’rawi yang pernah menghidupkan kembali dakwah Islamiyah pada tahun 70an di Mesir dan dunia Arab, berjaya mendapat tempat dikalangan manusia, telah terdedah kepada pelbagai serangan dan satupun dikalangan mereka tidak mempertahankan beliau, membiarkan daging-daging beliau dimamah didalam ceramah-ceramah dan majlis-majlis ilmu mereka.
Bagi Syeikh Dr al-Qaradhawi pula, bukan sahaja terdedah kepada kritikan dan celaan, akan tetapi beliau menjadi bahan penghinaan yang dahsyat, walaupun beliau merupakan orang ‘alim, pendakwah, fuqaha’ dan merupakan pejuang utama didalam dunia Islam. Keterlibatan beliau selama 40 tahun di dalam projek-projek Islamiyah yang menjadi harapan kepada dunia Arab dan lebih-lebih lagi Mesir. Di sana beliau wujudkan Kesatuan Ulama Muslim, bank-bank Islam, projek mega IslamOnline (IOL), yang merupakan laman Islam pertama di dalam pelbagai bahasa.
Akan tetapi murid-murid mereka mencela dan mengutuk beliau siang dan malam, malah Dr Mohamed Ismail telah dicela dan dihalang dari menjual buku-buku dihadapan masjid, kesemua ini tidak memihak kepada beliau, namun demikan guru-guru Salafi ini tidak menerbitkan buku-buku fiqh kontempari yang melihat dari sudut realiti masakini, tidak sebagaimana yang dlakukan oleh Sheikh al-Qaradhawi dan murid-muridnya. Setiap fiqh mereka merupakan pengulangan cetakan kitab-kitab fiqh lama, akan tetapi sumbangan mereka terhadap isu-isu perundangan baru, pen mereka tidak menulisnya.
Perkara pelik yang berlaku adalah kesemua isu-isu yang di cela oleh kumpulan salafi keatas al-Qaradhawi, kini karya-karya beliau telah menjadi inspirasi kepada parti al-Nur, jika dilihat dari aspek pembentukan parti tersebut, passport kepada politik yang majmuk dan menegakkan keadilan. Keluar dari demonstrasi kepada menjatuhkan pemerintah yang zalim didalam kebanyakkan perkara, lebih-lebih lagi dari aspek perundangan. Isu-isu ini telah menjadi celaan keatas al-Qaradhawi terutamanya fatwa-fatwa beliau berkenaan dengan orang Islam yang tinggal di Negara-negara barat, seperti di Amerika, Eropah, Jepun dan lain-lain, lantas mereka lupa dengan fatwa-fatwa yang menyentuh mengenai isu dalam Negara ini sendiri, yang memerlukan pendekatan yang sederhana dan keterbukaan berbincang, yang lebih diperlukan dari kebanyakkan negara-negara Islam yang lain dan perkara ini sangat panjang perbincangannya.
Aneh sekali, kita tidak mendengar seorang pun dari mereka yang memohon maaf kepada Syeikh al-Qaradhawi keatas tomahan dan celaan yang beliau alami semenjak 30 tahun lamanya. Adalah perlu mereka memohon maaf, termasukan mereka yang mencipta dan mencipta bersama, termasuklah dari kalangan pendakwah dan anak-anak murid mereka.
Tiba pula giliran pendakwah terkenal Amr Khaled, yang berdakwah bagaikan air yang mengalir, yang mementaskan pencapaian yang terbaik dikalangan pendakwah di Mesir dan beliau telah menerbitkan beberapa program dakwah yang cemerlang. Suatu masa berhadapan dengan dakwah yang mengalami kematian klinikal, terdedah kepada serangan yang ganas dan tidak adil, diatas satu kesalahan yang kecil yang boleh berlaku kepada mana-mana pendakwah yang bekerja siang dan malam, sehinggalah kesilapan tersebut dibukukan dalam bentuk celaan dan dijual dihadapan masjid tanpa ada sebarang larangan penerbitannya.
Termasuklah Mufti Besar Mesir Dr Ali Jum’ah (Gomaa), merupakan sebilangan kecil ulama’ yang menguasai bidang Fiqh dan Usul, dimana terdapat beberapa isu yang telah membakar krtikan dan celaan tanpa duduk bersama beliau memahami isu tersebut.
Mereka telah mencela lelaki tersebut (Ali Gomaa) tanpa berlandaskan ilmu, kaedah dan kebaikkannya.... badan “kebajikan Mesir” yang beliau seliakan, membantu hampir satu juta orang-orang miskin sehingga kini, ditaja oleh Yayasan Majdi Yakob yang menyalurkan bantuan kepada pusat pembedahan jantung dan projek saintifik Zewail.
Bagi Dr Salim al-Awwa pula masih lagi dihujani dengan kritikan dan celaan dari kalangan merela... beliau pernah dikatakan sebagai penganut Syiah, atau beliau redha dengan celaan terhadap sahabat atau beliau ingin membawa Iran ke Mesir, maka pemikiran mereka yang tidak mengetahui ilmunya, kelebihan beliau, cinta beliau kepada para sahabat dan mempertahankannya dan malah beliau sentiasa menjadi ulama’ sunnah.
Ini hanyalah contoh mereka-mereka yang menjadi mangsa pencelaan, mereka ini tidak tahu menilainya, sehinggakan mereka melakukan kesilapan dan kesalahan ketika melontarkan celaan.
Ambilah dari sabda Nabi :saw, dimana baginda bersabda “Apabila air telah sampai 2 qullah, tidaklah ia menanggung kenajisan”. Semua ini ibarat air sungai yang mengalir, dimana didalamnya terkandung ilmu, kebaikkan dan keutamaan, dan tidak terganggu oleh buruan dan kesilapan.
(Dipetik dari surat khabar hari ke 7 al-Misriyah, 3 Jan 2012).
Terjemahan kamin, 8 Jan 2012.