Al-Syama'il: Bab 24. Cara Rasulullah Makan (6 Hadis)

Primary tabs

 

No

Tajuk

الموضوع

BAB

24

Cara Rasulullah Makan (6 Hadis)

بَابُ مَا جَاءَ فِي صِفَةِ أَكْلِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

138

1. Kaab bin Malik berkata:

Rasulullah menjilat jari-jari Baginda tiga kali sesudah makan. (Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Muslim)

عَنْ ابْنٍ لِكَعْبِ بْنِ مَالِكٍ، عَنْ أَبِيهِ، «أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَلْعَقُ أَصَابِعَهُ ثَلَاثًا» قَالَ أَبُو عِيسَى: " وَرَوَى غَيْرُ مُحَمَّدِ بْنِ بَشَّارٍ هَذَا الْحَدِيثَ قَالَ: يَلْعَقُ أَصَابِعَهُ الثَّلَاثَ "

139

2. Anas bin Malik berkata:

Apabila selesai makan, Rasulullah menjilat ketiga-tiga jari Baginda. (Diriwayatkan oleh Tirmizi, Muslim dan Abu Daud)

عَنْ أَنَسٍ قَالَ: «كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَكَلَ طَعَامًا لَعِقَ أَصَابِعَهُ الثَّلَاثَ»

140

3. Abu Juhaifah berkata:

Rasulullah berkata, “Aku tidak makan sambil bersandar.” (Diriwayatkan oleh Tirmizi, Bukhari, Abu Daud dan Ibnu Majah)

عَنْ أَبِي جُحَيْفَةَ قَالَ: قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «أَمَّا أَنَا فَلَا آكُلُ مُتَّكِئًا»

141

4.  Muhamad bin Basyar telah menceritakan kepada kami, Abdul Rahman bin Mahdi telah menceritakan kepada kami, Sufian telah menceritakan kepada kami, daripada Ali bin al-Aqmar meriwayatkan hadis yang seumpamanya.

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ قَالَ: حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ مَهْدِيٍّ قَالَ: حَدَّثَنَا سُفْيَانُ، عَنْ عَلِيِّ بْنِ الْأَقْمَرِ نَحْوَهُ

142

5.  Ka’ab bin Malik berkata:

Rasulullah makan dengan tiga jarinya. Sesudah itu, Baginda menjilat ketiga-tiganya. (Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Muslim)

عَنِ ابْنٍ لِكَعْبِ بْنِ مَالِكٍ، عَنْ أَبِيهِ قَالَ: «كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْكُلُ بِأَصَابِعِهِ الثَّلَاثِ وَيَلْعَقُهُنَّ»

143

6. Anas bin Malik berkata:

Rasulullah pernah dihidangkan kurma. Aku melihat Baginda makan sambil duduk bersandar kerana lapar. (Diriwayatkan oleh Tirmizi, Muslim dan Abu Daud)

أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ يَقُولُ: «أُتِيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِتَمْرٍ فَرَأَيْتُهُ يَأْكُلُ وَهُوَ مُقْعٍ مِنَ الْجُوعِ»

 

Disediakan oleh: al-ahkam.net 2014