Al-Syama'il: Bab 28. Ucapan Rasulullah s.a.w. Sebelum dan Sesudah Makan (7 Hadis)

Primary tabs

 

No

Tajuk

الموضوع

BAB

28

Ucapan Rasulullah s.a.w. Sebelum dan Sesudah Makan (7 Hadis)

بَابُ مَا جَاءَ فِي قَوْلِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَبْلَ الطَّعَامِ وَبَعْدَمَا يَفْرُغُ مِنْهُ

189

1. Abu Ayub al-Anshari berkata:

Pada suatu hari, kami berada di rumah Rasulullah. Baginda menghidangkan makanan. Aku belum pernah merasai makanan yang lebih berkat daripada makanan ini, semasa kami mula makan. Belum pernah juga aku lihat makanan yang lebih sedikit berkatnya daripada makanan ini, apabila kami selesai makan. Kami bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimanakah hal ini berlaku?” Jawab Rasulullah, “Sebab kita menyebut nama Allah semasa kita mahu makan.” Baginda duduk dan menyambung percakapan, “Sesiapa yang makan namun tidak menyebut nama Allah, syaitan makan bersama dengannya.” (Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Ahmad)

عَنْ أَبِي أَيُّوبَ الْأَنْصَارِيِّ قَالَ: كُنَّا عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمًا، فَقَرَّبَ طَعَامًا، فَلَمْ أَرَ طَعَامًا كَانَ أَعْظَمَ بَرَكَةً مِنْهُ، أَوَّلَ مَا أَكَلْنَا، وَلَا أَقَلَّ بَرَكَةً فِي آخِرِهِ، فَقُلْنَا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، كَيْفَ هَذَا؟ قَالَ: «إِنَّا ذَكَرْنَا اسْمَ اللَّهِ حِينَ أَكَلْنَا، ثُمَّ قَعَدَ مَنْ أَكَلَ وَلَمْ يُسَمِّ اللَّهَ تَعَالَى فَأَكَلَ مَعَهُ الشَّيْطَانُ»

190

2. Aisyah berkata:

Rasulullah berpesan, “Apabila kamu terlupa menyebut nama Allah sebelum makan, hendaklah kamu membaca Bismillahi awwaluhu wa aakhiruhu (Dengan nama Allah pada awal dan akhir). (Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Abu Daud)

عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ فَنَسِيَ أَنْ يَذْكُرَ اللَّهَ تَعَالَى عَلَى طَعَامِهِ فَلْيَقُلْ: بِسْمِ اللَّهِ أَوَّلَهُ وَآخِرَهُ

191

3. Laporan Umar bin Abi Salamah:

Beliau mengunjungi Rasulullah dan di sisi Baginda ada makanan. Rasulullah berkata, “Marilah anakku, sebutlah nama Allah dan makanlah dengan tangan kananmu. Makanlah apa yang dekat denganmu.” (Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Ibnu Majah)

عَنْ عُمَرَ بْنِ أَبِي سَلَمَةَ، أَنَّهُ دَخَلَ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعِنْدَهُ طَعَامٌ فَقَالَ: «ادْنُ يَا بُنَيَّ فَسَمِّ اللَّهَ تَعَالَى وَكُلْ بِيَمِينِكَ وَكُلْ مِمَّا يَلِيكَ»

192

4. Abu Said al-Khudri berkata: Apabila Rasulullah selesai makan, Baginda akan membaca, “Seluruh pujian untuk Allah yang memberi makan kepada kami, memberi minum kepada kami dan menjadikan kami orang Islam.” (Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Abu Daud)

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ: كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا فَرَغَ مِنْ طَعَامِهِ قَالَ: «الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَطْعَمَنَا وَسَقَانَا وَجَعَلَنَا مُسْلِمِينَ»

193

5. Abu Umamah berkata:

Apabila hamparan makan diangkat dari hadapan Rasulullah, Baginda membaca,“Seluruh pujian untuk Allah, pujian yang banyak tidak terhingga, pujian yang baik dan penuh dengan keberkatan, pujian yang tidak pernah henti, pujian yang selalu diperlukan oleh makhluk-Nya, ya Tuhan kami!” (Diriwayatkan oleh Bukhari, Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah)

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ قَالَ: كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا رُفِعَتِ الْمَائِدَةُ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ يَقُولُ: «الْحَمْدُ لِلَّهِ حَمْدًا كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيهِ غَيْرَ مُودَعٍ وَلَا مُسْتَغْنًى عَنْهُ رَبَّنَا»

194

6. Aisyah berkata:

Rasulullah makan bersama-sama enam orang sahabatnya. Tiba-tiba, seorang Arab Badwi datang dan terus makan bersama mereka sebanyak dua suapan. Melihatkan itu, Rasulullah berkata, “Seandainya dia menyebut nama Allah, pasti makanan ini cukup untuk kamu semua.” (Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Ibnu Majah)

عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ: كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْكُلُ الطَّعَامَ فِي سِتَّةٍ مِنْ أَصْحَابِهِ فَجَاءَ أَعْرَابِيٌّ فَأَكَلَهُ بِلُقْمَتَيْنِ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «لَوْ سَمَّى لَكَفَاكُمْ»

195

7. Anas bin Malik berkata:

Rasulullah berpesan, “Sesungguhnya, Allah meredai hamba-Nya yang makan ataupun minum dan kemudian memujiNya atas makanan ataupun minuman itu.” (Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Muslim)

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِنَّ اللَّهَ لَيَرْضَى عَنِ الْعَبْدِ أَنْ يَأْكُلَ الْأَكْلَةَ، أَوْ يَشْرَبَ الشَّرْبَةَ فَيَحْمَدَهُ عَلَيْهَا»

 

Disediakan oleh: al-ahkam.net 2014