Khulasah Nurul Yaqin Oleh Umar Abdul Jabbar | Terjemahan Zainudin bin Yusro (zain y.s)
11. Kehidupan Baginda s.a.w. Sebelum Risalah
- Ketika usia baginda s.a.w. menghampiri 40 tahun, baginda s.a.w. gemar menjauhkan diri dari orang ramai dan gemar beribadah.
- Untuk beribadah, baginda memilih tempat di gua Hira’, iaitu gua yang berada di sebuah bukit di jalan Mekah.
- Baginda s.a.w. membawa bekalan bersamanya. Apabila habis, baginda s.a.w. pulang kepada isterinya saiyidah Khadijah untuk mengambil bekalannya yang lain.
- Baginda s.a.w. beribadah menurut agama datuknya Ibrahim a.s., tempohnya dari sepuluh hingga sebulan.
Soalan-soalan
- Sejak bila baginda s.a.w. gemar menjauhkan diri dari orang ramai?
- Di manakah baginda s.a.w. beribadah?
- Dari mana baginda s.a.w. memperolehi makanannya?
- Baginda s.a.w. beribadah menurut agama mana?
- Berapakah tempoh baginda s.a.w. beribadah?
Ringkasan
- Ketika usia baginda s.a.w. menghampiri 40 tahun, baginda s.a.w. gemar beruzlah.
- Baginda s.a.w. beribadah di gua Hira’ menurut agama nabi Ibrahim a.s.