Keputusan Muzakarah JK Fatwa: Hukum Wanita Membotakkan Kepala Dan Berhias Secara Aneh

Primary tabs

42. Hukum Wanita Membotakkan Kepala Dan Berhias Secara Aneh
1-3 Februari 2008 • Muzakarah Kali Ke-80

Keputusan:
Muzakarah berpandangan bahawa lelaki dan wanita Islam adalah ditegah menampilkan diri dengan penampilan yang bertentangan dengan sifat-sifat semulajadi mereka.

Muzakarah  bersetuju memutuskan bahawa wanita dilarang membotakkan kepala kecuali untuk tujuan rawatan perubatan bagi mengatasi masalah atau penyakit yang tertentu.

Muzakarah juga memutuskan bahawa perbuatan berhias secara aneh dan berlebih-lebihan seperti bertindik anggota badan selain daripada cuping telinga adalah dilarang oleh Islam.

Petikan: Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam, terbitan BAHAGIAN PENGURUSAN FATWA, JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA, Cetakan Pertama 2009, hal. 51