5. Pendidikannya dan Kematian Datuknya
- Selepas kematian ibunya, datuknya Abdul Mutalib telah mengambil alih mendidiknya. Beliau sangat menyayangi baginda s.a.w. melebihi anak-anaknya sendiri.
- Ketika baginda s.a.w. berusia 8 tahun, datuknya telah meninggal dunia, iaitu selepas 2 tahun beliau menanggung baginda s.a.w.
- Selepas kematian datuknya, bapa saudaranya Abu Talib telah menanggunya. Beliau merupakan seorang yang fakir. Kemudian Allah telah meluaskan rezekinya.
- Sepanjang tempoh ditanggung oleh bapa saudaranya, baginda s.a.w. merupakan seorang yang bersifat memadai dengan apa yang telah Allah berikan kepadanya dan Allah memudahkan segala urusan baginda s.a.w.
Soalan-soalan
- Siapakah yang mengambil alih mendidik baginda s.a.w. selepas kematian ibunya?
- Bilakah datuknya meninggal dunia?
- Siapakah yang menanggung baginda s.a.w. selepas kematian datuknya?
- Bagaimanakah keadaan baginda s.a.w. sepanjang tempoh ditanggung oleh bapa saudaranya?
Ringkasan
- Datuknya Abdul Mutalib telah mendidiknya selepas kematian ibunya.
- Ketika datuknya meninggal dunia, baginda s.a.w. berusia 8 tahun.
- Kemudian, baginda s.a.w. ditanggung oleh bapa saudaranya Abu Talib.
6. Baginda s.a.w. Menggembala Kambing dan Musafir Pertamanya Ke Syam
- Baginda s.a.w. sejak kecil berkerja sebagai penggembala kambing untuk penduduk Mekah dengan upah yang akan digunakan untuk menyara hidupnya.
- Ketika baginda s.a.w. berusia 9 tahun, baginda s.a.w. telah bermusafir ke Syam bersama bapa saudaranya Abu Talib dengan barang dagangan.
- Semasa baginda s.a.w. menghampiri Bushra, pendita Buhaira telah melihatnya. Beliau memberitahu bapa saudaranya bahawa baginda s.a.w. akan menjadi kesudahan para nabi. Beliau meminta bapa saudaranya untuk pulang membawa baginda s.a.w. kerana bimbang ada musuh yang memerhatikannya.
- Rahib berkenaan telah mendapat petunjuk tentang kenabian baginda s.a.w. melalui tanda-tanda yang terdapat di dalam kitab-kitab ahli kitab.
Soalan-soalan
- Apa pekerjaan yang dilakukan dilakukan oleh baginda s.a.w. semasa kecilnya?
- Bilakah baginda s.a.w. bermusafir ke Syam?
- Baginda s.a.w. bermusafir bersama siapa?
- Siapakah yang melihatnya ketika permusafiran pertama ini?
- Apa yang beliau beritahu kepada bapa saudaranya?
- Apa permintaan beliau terhadap bapa saudaranya?
- Dengan apa beliau mendapat petunjuk tentang kenabian baginda s.a.w.?
Ringkasan
- Semasa kecil baginda s.a.w. telah menggembala kambing untuk penduduk Mekah.
- Baginda s.a.w. telah bermusafir ke Syam bersama bapa saudaranya ketika berusia 9 tahun atau 13 tahun.
- Rahib Buhaira telah melihat baginda s.a.w. dan mengetahui baginda s.a.w. mempunyai beberapa tanda kenabian.
7. Permusafirannya Kali Kedua Ke Syam
- Ketika berusia 25 tahun baginda s.a.w. telah bermusafir kali kedua ke Syam untuk menguruskan perniagaan saidah Khadijah.
- Beliau merupakan wanita mulia dan berharta. Beliau mengupah orang untuk menguruskan hartanya.
- Beliau telah memilih baginda s.a.w. untuk tugas ini kerana beliau mendengar tentang sifat benar, amanah dan akhlaknya yang mulia.
- Baginda s.a.w. bermusafir bersama hamba lelaki saidah Khadijah Maisarah. Mereka berdua melakukan urusan jual beli dengan keuntungan yang banyak.
Soalan-soalan
- Bila Rasulullah s.a.w. bermusafir ke Syam untuk kali kedua?
- Mereka baginda bermusafir?
- Bagaimana kedudukan saidah Khadijah?
- Mengapa beliau memilih baginda s.a.w. untuk melakukan tugas berkenaan?
- Kali ini, baginda s.a.w. bermusafir bersama siapa?
Ringkasan
- Baginda bermusafir ke Syam untuk kali kedua ketika berusia 25 tahun untuk berniaga barang dagangan saidah Khadijah.
- Beliau merupakan wanita kaya dan mulia.
- Baginda s.a.w. bermusafir bersama hamba lelaki saidah Khadijah bernama Maisarah.
8. Perkahwinan Baginda s.a.w. Dengan Saiyidah Khadijah
- Selepas baginda s.a.w. kembali dari permusafirannya yang kedua, baginda s.a.w. telah berkahwin dengan saiyidah Khadijah. Beliaulah yang meminang baginda s.a.w.
- Saiyidah Khadijah ketika itu berusia 40 tahun dan umur baginda s.a.w. 25 tahun.
- Sebelumnya, saiyidah Khadijah pernah berkahwin dengan Abu Halah. Suaminya meninggal dunia dengan meninggalkan seorang anak lelaki bernama Halah.
- Beliau hidup bersama Rasulullah s.a.w. selama 25 tahun, dan tidak pernah berkahwin dengan wanita lain sehingga beliau meninggal dunia.
Soalan-soalan
- Bilakah baginda s.a.w. dengan saiyidah Khadijah? Berapakah umurnya ketika baginda s.a.w. mengahwininya?
- Berapakah pula umur baginda s.a.w. ketika itu?
- Saiyidah Khadijah berkahwin dengan siapakah sebelum ini?
- Selama berapa tahun saiyidah Khadijah hidup bersama Rasulullah s.a.w.?
Ringkasan
- Selepas kembali dari bermusafir, baginda s.a.w. telah mengahwini saiyidah Khadijah.
- Saiyidah Khadijah ketika itu berumur 40 tahun.
- Sebelumnya beliau telah mengahwini Abu Halah.
- Beliau hidup bersama baginda s.a.w. selama 25 tahun.