SJ-2349: Pelbagai mengenai solat berjemaah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2349: Pelbagai mengenai solat berjemaah

:salam

Harap tuan dpt menjawab kemusykilan saya ini dan sekiranya tak keberatan, berkongsi pengetahuan tentang dalil2nya.

1. Sekiranya imam sedar yang ada sesuatu yg menghalang air dari sampai ke kulit hanya setelah selesai solat berjema'ah, adakah dia wajib mengambil semula wudhu' dan mengulangi solatnya sendiri sahaja atau perlukah makmum2 yg mengikut imam itu turut mengulangi solat mereka?

2. sama seperti soalan 1, tapi kali ini imam tersedar ada najis pd pakaiannya setelah selesai solat berjema'ah. adakah wajib keseluruhan jema'ah mengulangi solat atau hanya imam sahaja?

3. adakah kedua-dua jawapan permasalahan di atas sama jika imam itu hanya sedar setelah habis waktu solat?

terima kasih

Re: SJ-2349: Pelbagai mengenai solat berjemaah

:wassalam
Jawab:
1. Imam wajib mengambil wudhu' sekali lagi dan Makmum ada dua kategori: Makmum yg perasan Imam ada penghalang wudhu': solatnya turut batal; jika Makmum yg tidak tahu, solatnya sah

2. Sama spt no 1

Dalil:
HR Muslim (Sahih: 2/133), Abu Daud (Sunan: 1/60) dari Abu Bakrah ra, bahawa nabi saw pernah batal wudhu'nya semasa mengimami solat, baginda mengsisyaratkan kami duduk menunggu baginda berwudhu' dan menyambung solat."
HR Bukhari (alsahih: 1/187) ..." sebaliknya imam tidak betul (tidak sah) maka solat itu bagi kamu dan tidak bagi dia (Imam)" (Imam Ibn Qudamah, alMughny:2/55; Mughny Muhtaj: 1/241; alMuhadzab: 1/97)

3. Jika habis waktu solat. Tidak wajib diulangi kerana jarak waktu itu sudah menimbulkan keraguan kemungkinan najis itu datang kemudian. WA