:salam
Terima kasih keranan memberi ruang untuk bertanya soalan di sini. Situasinya begini. Ketika solat fardhu, saya dipanggil oleh ayah. Soalan saya,
1. Adakah sah solat saya sekiranya saya tidak menguatkan bacaan (untuk menyahut panggilannya) dan meneruskan solat?
2. Apakah hukumnya saya berbuat seperti di atas?
3. Adakah sama sekiranya ibu yang memanggil?
Terima kasih
:wassalam
1. Solat anda sah
2. Tidak berdosa kecuali jika anda yakin ayah anda meminta tolong atau yakini dia dalam bahaya
3. Sama
Lihat Fiqh Islami, Jld 2