[02] Pengajaran Hadis 'Uraniyin: Apa Hukum Berubat Dengan Bahan Yang Najis?

Hadis uraniyin 02 hukum berubat dengan benda haram atau najis

'Uraniyin: Apa Hukum Berubat Dengan Bahan Yang Najis? 02/05

Oleh zain-ys

Sambungan dari masalah Hadis 'Uraniyin.

Kali ini kita masuk siri kedua. Ia jadi bertambah menarik. Memang benar-benar menarik. Dan yang penting klip video kuliah Maulana Asri cukup mudah difahami. Seperti klip video siri 1, ia dipenuhi dengan catatan-catatan ringkas dari awal hingga akhir yang akan membantu anda memahami kuliah ilmiah ini dengan mudah dan baik.

Apa yang dibincangkan untuk siri ini? Ia perbincangan di sekitar hukum menggunakan benda atau bahan yang diharamkan untuk perubatan. Contoh mengunakan bahan dari najis untuk berubat. Apakah ia boleh atau tidak. Halal atau haram?

Sebelum ini kita telah melihat bagaimana mazhab Hanbali dan Maliki begitu ringan dalam masalah kenajisan kencing dan tahi binatang yang halal dimakan, namun kali ini mereka agak keras. Kata mereka tidak boleh samasekali berubat dengan benda haram. Haramnya tanpa syarat.

Imam Abu Hanifah juga berpendapat tidak boleh. Namun yang menariknya, ramai ulama dari kalangan mazhab Hanafi yang tidak menyetujui pendapat ini.

Mazhab al-Syafi'i pula membenarkan berubat dengan benda yang haram selain dari benda yang memabukkan. Syaratnya ia diyakini dapat menyembuhkan.

 

Perbincangan setiap mazhab lebih menarik lagi. Begitu juga dengan hujah balasnya. Dengan mengikuti perbahasan ini dapat kita rasakan betapa luasnya feqh Islam itu. Betapa Islam itu mempunyai nas-nas yang mengundang berlakunya perselisihan pendapat. Di mana dengan cara begini umat Islam terus menerus dirangsang dan didorong untuk berfikir dan menggali khazanah lautan ilmu yang cukup luas dalam satu-satu masalah.

Yang uniknya ialah, semua mazhab menggunakan hadis 'uraniyin ini sebagai asas pendapat mereka. Namun masing-masing mempunyai sisi pandangan masing-masing melihat hadis berkenaan.

Selamat menonton!!

 [[{"fid":"1247","view_mode":"media_original","fields":{"format":"media_original","field_file_image_alt_text[und][0][value]":"Hadis uraniyin 02 hukum berubat dengan benda haram atau najis","field_file_image_title_text[und][0][value]":"Hadis uraniyin 02 hukum berubat dengan benda haram atau najis"},"type":"media","attributes":{}}]]

Kategori Berita: