SU – 00057 : BERKAWAN DENGAN JIN

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SU – 00057 : BERKAWAN DENGAN JIN

:salam
Apakah hukumnya kita berkawan dengan jin atau pun erti kata lain mahluk halus?
:happydevi

Re: SU – 00057 : BERKAWAN DENGAN JIN


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************
SU – 00057 : BERKAWAN DENGAN JIN

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara tholiban di atas soalan yang dikemukakan .

Di antara soalan-soalan yang paling popular di carta Soal-Jawab ( SJ ) al-Ahkam Online ialah mengenai sah-batal wudhuk , samak , niat usolli dan nawaitu , sembahyang masbuq-muwafiq , solat musafir , zakat pendapatan dan gaji , talaq , gaji di antara halal- syubhat – haram , hubungan seks , masalah taqlid-talfiq- ittiba’-ijtihad-mazhab , ajaran sesat-Syi’ah-tareqat songsang dan tidak terlepas juga masalah JIN & MAKHLUK HALUS ini .

Topik mengenai JIN dan ALAM GHAIB sudah banyak kali dan kerap kami kupas di dlm al-Ahkam Online ini contohnya sbg mana di url berikut :

SJ – 2499 : MENGHADIRKAN ROH JIN
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=12317

SJ – 2441 : JIN BOTOL & RAWATAN ROHANI
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=11811

SJ-1752: Susulan Jin
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=7694

SJ - 1745 : BERUBAT DENGAN JIN MUSLIM
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=7676

SJ-2395: Hempapan/Tindihan Hantu Ketika Tidur
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=11549

SJ-2339: Iblis dan syaitan
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=11188

Siapa nak kenal Jin?
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB1&Number=11210

SJ – 2333 : HUKUM BELAJAR HAL-EHWAL GHAIB , JIN & MAKHLUK HALUS
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=11138

SJ – 2179 : ADAKAH SCAN & ULTRASOUND TERMASUK DI DALAM ILMU GHAIB DAN RAMALAN YANG DILARANG ?
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=9859

SJ – 2203 : PERSOALAN ROH & HANTU-SETAN DARI KUBUR
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=10107

SJ – 2320 : PERSOALAN HANTU-SETAN LAGI
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=10984

SJ-875: Dakwa tahu alam ghaib
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=4890

SJ - 1916 : SANTAU , SIHIR & RASUKAN SYAITAN
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=8293

SJ-2284: "Menangkap Jin ke dalam botol" bukan dari tradisi Islam?
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=10744

SJ-1905: JAMPI & AZIMAT : DI ANTARA HARUS DAN HARAMNYA
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=8277

SJ-1638: Pandang Tembus Bayi
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=7148

SJ-1479: jin, syaitan & iblis
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=6110

Iblis dan Syaitan
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB1&Number=4213

SJ-1074: Memagar Rumah Dari Makhluk Halus
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=5291

SJ-1135: Ujudkan Bunian?
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=5412

Kami agak hairan juga mengapa setelah banyak kali dijelaskan oleh para ulama’ dan para pendakwah ,malahan pihak al-Ahkam Online sendiri , masih ada di kalangan umat Islam yang masih mahu berkawan dengan jin .

Apakah keuntungan berkawan dengan Jin ? . Adakah sebab mahu gagah-perkasa ataupun dipandang hebat kerana dapat berbuat banyak perkara yang “ luar biasa “ ( super natural ) ? .

Kalau berkawan dengan jin boleh menyebabkan banyak kuasa luar biasa dimiliki , maka apatah lagi kalau “ berkawan “ dengan ZAT TERHEBAT yang telah mencipta jin itu !!! .

Zat itulah yang disebut sebagai Allah Ta’ala selaku Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa , Tuhan Yang Maha Hebat Lagi Yang Maha Agung . Tuhan yang mempunyai sifat yang tidak mungkin ada pada mana-mana makhluknya , seperti Maha Kaya , Maha Gagah , Maha Besar , Maha Perkasa dan di dalam masa yang sama Dia juga bersifat Maha Pemurah , Maha Pengasihani , Maha Berlemah-Lembut dan Maha Penyayang . Sifat-sifat yang bertentangan seperti itu tidak mungkin ada pada mana-mana makhluknya melainkan untuk zat-Nya sahaja semata-mata .

Maka marilah kita belajar “ berkawan “ dengan Allah Ta’ala . Itu lebih baik daripada kita berkawan dengan Jin . “ Berkawan “ yang dimaksudkan itu ialah merapatkan diri kepada-Nya dan sentiasa berusaha mencari kasih dan redha-Nya . Kalau Allah Ta’ala redha kepada kita , Insya-Allah semua hajat kita akan dipenuhi .

Adakah lagi di kalangan kita yang masih berkawan dengan jin ? .

Jin adalah makhluk yang tidak dapat kita lihat secara biasa . Walhal manusia pula adalah makhluk yang boleh kita lihat dengan mudah .

Kalau manusia yang senang dilihat ini pun dengan “ mudah-mudah “ boleh menipu dan memperdaya kita hari-hari , inikan pula Jin yang tidak dapat kita lihat itu !!! .

Tidak dinafikan , di kalangan Jin sendiri ada yang bertaqwa dan beriman ( yang kadang-kadang lebih tinggi imannya daripada manusia ) , akan tetapi tiada pula dalil yang memerintah kita agar menyeru mereka untuk mendapatkan hajat itu dan ini .

Kami kira cukuplah sekadar ini jawapan ulangan kami mengenai “ BERKAWAN DENGAN JIN “ , silalah kembali merujuk Soal-Jawab ( SJ ) yang telah kami berikan di atas untuk pengetahuan lanjut .

Elakkan diri daripada membaca banyak karangan seram dan hantu yang konon-kononnya “ KISAH BENAR “ . Kalau mahu dekati Allah Ta’ala , maka bukanlah dengan membaca buku-buku cerita hantu , bahkan yang sebenarnya ialah dengan cara membaca dan mempelajari al-Quranul Karim dan Sunnah Baginda Rasulullah s.a.w . Inilah jalan yang paling selamat dan paling sesuai dengan tuntuan Allah Ta’ala dan Rasul-Nya .

Ingatlah , makin kita cuba merapatkan diri kepada Allah Ta’ala dengan jarak selangkah . Maka Allah Ta’ala akan makin menghampiri dengan jarak sehasta dengan kita .

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad


æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
22 / Rabi’ul Awwal / 1424 H
23 / Mei / 2003 M

JUMAAT – Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum