SJ-05-0554 : Imam sujud sajadah pada ayat yang tidak disunatkan sujud

2 posts / 0 new
Last post
Offline
Joined: 02/05/2015 - 10:14am
SJ-05-0554 : Imam sujud sajadah pada ayat yang tidak disunatkan sujud

Assalamualikum..saya nak tanya satu soalan..Apakah sah solat imam dan makmun yg mengikutnya jika imam melakukan sujud sejadah dimana dalam surah tersebut tiada sujud sejadah tetapi pada waktu itu imam yakin atau syak bahawa didalam suruh tu ada sujud sajdah..cth situasi seorang imam solat subuh dan dia membaca surah al-adiyat sampai di tgh surah tersebut si imam sujud sajdah kerana imam yakin atau syak bahawa ada sujud sajdah..lalu selepas sujud tersebut si imam bangun dari sujud dan terus berdiri menyambung bacaan surah al-adiyat tersebut.....Persoalannya adakah sah solat imam dan makmun? adakah dikira menambah rukun..?

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-05-0554 : Imam sujud sajadah pada ayat yang tidak disunatkan

wa'alaikumussalam. Alhamdulillah, kami akan cuba menjawab soalan dengan dengan kemampuan yang ada,  InSyaAllah.

 Sujud Tilawah (atau ada yang memanggil Sujud Sajadah, kerana bacaan surah Sajadah pada subuh Jumaat) hukumnya sunat. Sujud pada ayat yang tidak disunatkan untuk sujud tilawah dalam keadaan berpengetahuan dan sengaja, hukumnya batal solat tersebut. Kerana ini dikira sebagai menambah perbuatan didalam solat. Ada kemungkinan besar 3 keadaan boleh berlaku kenapa Imam sujud :

 1. Imam berkemungkinan melakukan "sujud syukur" ketika solat. Hukumnya menurut Imam Nawawi rh didalam kitab Majmu' :-

اتفق أصحابنا على تحريم سجود الشكر في الصلاة، فإن سجدها فيها بطلت صلاته بلا خلاف.
"Sepakat dari kalangan kami bahawa adalah haram sujud syukur didalam solat, kerana sesungguhnya sujudnya itu membatalkan solatnya tanpa perselisihan (khilaf)".

 Ibn Qudamah rh pun menyebut bahawa tiada sujud syukur didalam solat dan ia akan membatalkan solat.

 2. Imam berkemungkinan melakukan sujud ketika membaca surah Shad (ص) ayat 24 yang perselisihkan ulama'  mengenai wujudnya sujud tilawah. Dalam isu ini, Mazhab Syafie mengatakan batal solat jika sujud didalam surah Sad, kecuali lupa atau jahil. Ada sebahagian ulama' Hanbali mengatakan sujud tersebut tidak membatalkan solat. 

Menurut Mazhab Syafie, ayat 24 surah Sad itu bukanlah disunatkan untuk sujud tilawah, akan tetapi ia adalah disunatkan sujud syukur diluar solat sebagai ungkapan syukur Nabi Daud as ketika Allah swt menerima taubatnya. Batal solat dilakukan dalam solat dalam keadaan sengaja dan mengetahui hukum tersebut.

 3. Imam berkemungkinan yakin bahawa terdapatnya tanda sujud tilawah pada ayat tersebut, sebagaimana didalam persoalan ini. Hukumnya dapat dilihat dari beberapa sudut :-

 a. Batal solat Imam jika dia tahu dan sengaja melakukan sujud.

b. Sah solat Imam jika dia berkeadaan lupa atau jahil (tidak tahu hukumnya).

c. Sah solat makmum dalam keadaan dia pun jahil tentang hukumnya.

d. Batal solat makmum jika ia tahu hukumnya, tetapi masih mengikut Imam.

e. Sah solat makmum apabila menghadapi keadaan itu dia bermufaraqah (berpisah dengan Imam). Menurut  Ibn Ramli :

والعالم بحكمها لو سجد إمامه لم يجز له متابعته؛ بل يتخير بين انتظاره ومفارقته، وانتظاره أفضل
"bagi mereka yang mengetahui akan hukumnya, walaupun Imam sujud, maka dia tidak dibenarkan mengikuti Imam! Bahkan pilihlah untuk menunggunya (imam) dan mufaraqah, kerana menunggu adalah lebih baik".

Sekian, wassalam

 

خيرالأمين