SJ-13-0593 : Hukum berjabat tangan dengan ayah angkat

2 posts / 0 new
Last post
Offline
Joined: 02/05/2015 - 10:14am
SJ-13-0593 : Hukum berjabat tangan dengan ayah angkat

salam..saya ada mslh mengenai adab bersalam. sye mempunyai keluarga angkt.. stiap kli dtg kerumah ayah angkat sye.. sye bersalam n cium tgn ayah angkat sye kerana sye hormat ayah agkat sye.. sye thu hukum bersalam dgn bkn muhrim adlh dosa tp kalau sbb hormat bgaimana? kira berdosa juga? boleh bagi pendapat untuk menyelsaikan mlsh sye nie.. terima ksh krn mmbce..

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-13-0593 : Hukum berjabat tangan dengan ayah angkat

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

Hukum berjabat tangan atau bersalaman ini agar sukar dan sulit untuk dibicarakan, maka disini diringkaskan  beberapa pendapat ulama' :-

a. Mazhab Syafie dan Maliki mengharamkan bersalaman antara bukan sejenis yang bukan Mahram secara  mutlak. Tidak mengira kecil (kanak-kanak) atau orang tua.

b. Mazhab Hanafi dan Hanbali mengharamkan bersalaman antara bukan sejenis yang bukan Mahram, tetapi membenarkan bersalaman dengan orang yang tua yang tidak ada syahwat.

c. Di kalangan ulama' moden seperti Sheikh Dr Yusuf al-Qaradhawi dan Shiekh Atiyah Saqr membenarkan bersalaman dengan 2 syarat :-

1. Bebas dari fitnah
2. Tidak disertai dengan syahwat.

Sheikh al-Qaradhawi juga menambahkan beberapa syarat lagi iaitu:-

3. Dibenarkan bersalaman dalam keadaan terdesak atau keperluan sahaja. Orang Islam tidak dibenarkan mendahulukan tangan untuk bersalam.

4. Hukum bersalaman ini bukanlah kebenaran umum, tetapi terhad kepada kes-kes tertentu sahaja.

5. Hendaklah diketahui bahawa budaya bersalaman ini bukan budaya Islam.

Anda boleh merujuk dan memahami hukum berjabat tangan yang dijelaskan oleh Shiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi melalui pautan dibawah ini :-

BERJABAT TANGAN ANTARA LAKI-LAKI DENGAN PEREMPUAN (1/3) oleh Dr. Yusuf Qardhawi
http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Kontemporer/Jabat1.html

Berikut juga merupakan beberapa pautan link soalan jawab al-ahkam yang lepas :-

1. SJ-13-0475 : Hukum bersalam 'anak saudara angkat'
http://www.al-ahkam.net/home/content/sj-13-0475-hukum-bersalam-anak-saud...

2. SJ-13-0476 : Hukum bersalam rakan-rakan anak
http://www.al-ahkam.net/home/content/sj-13-0476-hukum-bersalam-rakan-rak...

3. SJ-12-0155 : bersalam
http://www.al-ahkam.net/home/content/sj-12-0155-bersalam

4. SJ-13-0053: bersalam ...ruksah nak jaga air muka orang...??
http://www.al-ahkam.net/home/content/sj-13-0053-bersalam-ruksah-nak-jaga...

Sekian, wassalam

خيرالأمين