SJ-14-0192 : Maksud Hadis: Datang kepada kalian penduduk Yaman..

2 posts / 0 new
Last post
Offline
Joined: 02/05/2015 - 10:14am
SJ-14-0192 : Maksud Hadis: Datang kepada kalian penduduk Yaman..

Assalammualaikum ustaz.. mohon ustaz jelaskan sedikit apa yg dimaksudkan dgn hadis ini.. Rasulullah saw bersabda : " Datang kepada kalian penduduk Yaman mereka lebih ramah perasaannya dan lebih lembut hatinya, iman adalah penduduk Yaman dan hikmah kemuliaan ada pada penduduk Yaman ." (Shahih Al Bukhari)

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-14-0192 : Maksud Hadis: Datang kepada kalian penduduk Yaman..

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan ini dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

Hadith tersebut adalah dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah :saw bersabda :

عن أبي هريرة قال : قال رسول الله : أتاكم أهل اليمن, هم أرقّ أفئدة و ألين قلوبا, الإيمان يمان و الحكمة يمانية (متفق عليه)
"Penduduk negeri Yaman telah datang kepada kamu, mereka adalah orang-orang yang paling lembut hatinya, Iman itu ada pada Yaman, dan hikmah ada pada Yaman. [Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Menurut Imam al-Baghowi didalam Kitan Sharh al-Sunnah:"Ini merupakan pujian kepada penduduk Yaman kerana mereka merupakan kaum yang segera beriman dan baik keimanannya kepada Allah".

Didalam hadith lain, Abu Hurairah ra. berkata : 

عن أبي هريرة قال : لما نزلت : (إِذَا جَآءَ نَصۡرُ ٱللَّهِ وَٱلۡفَتۡحُ (١) وَرَأَيۡتَ ٱلنَّاسَ يَدۡخُلُونَ فِى دِينِ ٱللَّهِ أَفۡوَاجً۬ا (٢) ) قال رسول الله : أتاكم أهل اليمن, هم أرقّ قلوبا, الإيمان يمان و الفقه يمان و الحكمة يمانية
"Tatkala turun ayat (” Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. (1)Dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong, (2)” ) Rasulullah :saw bersabda: penduduk negeri Yaman telah datang kepada kamu, mereka adalah orang-orang yang paling lembut hatinya, Iman itu ada pada Yaman, dan Feqah ada pada Yaman, dan hikmah ada pada Yaman [Hadith Riwayat Imam Ahmad].

Imam Nawawi juga menyebut bahawa salah satu pendapat ulama dengan maksud "Penduduk Yaman" ialah, kaum al-Ansar, yang menjadi pendokong kepada dakwah Nabi :saw, dan mereka berasal dari Yaman. Pendapat ini juga merupakan pendapat Imam al-Qurthubi.

Menurut Imam Nawawi lagi, ada juga ulama'yang mengatakan bahawa ia merujuk kepada Mekah, dimana penduduk Mekah terdiri dari kaum Tihamah, dan Tihamah berasal dari Yaman.

Ibnu Taimiyyah ra. kata orang Yaman adalah kaum yang mencintai Allah dan Allah mencintai mereka. Didala, hadith Imam Ahmad menyebut bahawa orang Yaman ini ibarat gumpalan awan, mereka adalah sebaik-baik penduduk bumi.

Didalam riwayat Zaid bin Tsabit ra., Nabi :saw sendiri pernah mendo'akan agar orang Yaman ini menerima Islam.

عن أنس عن زيد بن ثابت رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم نظر قبل اليمن فقال اللهم أقبل بقلوبهم
"Bahawasanya Nabi :saw mengarahkan pandangannya ke arah negeri Yaman, kemudian beliau berkata : Ya Allah… jadikanlah di hati mereka kelapangan dalam menerima islam [Hadith Riwayat Tirmidzi]

Kesimpulannya, hadith-hadith ini menunjukkan terdapat beberapa kelebihan Yaman, dimana orangnya senang beriman, berilmu (feqah) dan juga mempunyai hikmah (wisdom). WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين