Soaljawab Islam

SJ-13-0294 : Terapi Minda..

:salam

Semalam ana ada menonton Buletin TV3, iaitu berita bekenaan kes Nurin yg belum ditemui sehingga kini, pihak polis bahagian Forensik kini menggunakan kaedah terapi Minda utk mengesan Nurin. soalan: Apa itu terapi Minda? apakah ia mirip kepada pembomohan. Bagaimana mana pulak is disisi syarak, apakah ia dibolehkan. Mohon penjelasan..ana yg naif :wassalam

SJ-08-0053 : wudhu' semasa puasa

:salam

ada satu kemusykilan, pohon penjelasan...

saya ada terbaca satu hadis menyatakan bahawa nabi s.a.w menggalakkan berlebih-lebih dlm memasukkan air ke dlm hidung (semasa wudhu') kecuali semasa berpuasa (maaf,tak ingat matannya).

soalannya, adakah hadis ini sahih? dan jika sahih, adakah ini bermaksud memasukkan air ke dlm hidung semasa wudhu' dlm keadaan berpuasa dilarang atau hanya dikurangkan(tak berlebihan)?

jkk...

SJ-05-0243 : sujud lama semasa tahiyyat akhir

:salam

Benarkah tdk ade nas yg mengharuskan kita sujud lama sedikit semasa sujud tahiyyat akhir ? Maksudnya selepas baca bacaan sujud kite pun terus baca dlm hati doa2 tertentu. Sebab ada yg kata Nabi pun buat begitu jugak.

Mohon penjelasan dr ahli fikr sekelian. syukran

SJ-05-0242 : qada solat krn haid

:salam

Ada pendpt ( ckp2 orang ) yg mengatakan sekiranya seseorg prmpn yg mengakhirkan waktu solatnya cth dekat2 nak masuk asar baru nak solat zuhur tiba2 die mendapati dia kena haid. jadi, ade yg mengatakan slps die selesai haid nanti die kena mengqadakan semula waktu zuhur yg sengaja dilambat2kan dulu. adakah betul begitu ?

Mohon penjelasan dr pihak tuan . Syukran.... ::lol:

SJ-05-0241 : Tukar Imam Solat.

Salam,

Bolehkah seorang yang masbuk mengikut imam ke2(yang juga masbuk) setelah imam
pertama selesai solat? boleh beri penjelasan lanjut.

Cth: 2 orang sama masbuk pada rakat 4, pas tu imam selesai. Yang seorang solat mengimami yang sorang lagi untuk baki 3 rakaat.

wassalam.

SJ-15-0009 : KALAU FURU' MENGAPA NAK BIDAH?

Salam,

Ana x dapat menjawab soalan kawan ana apabila dia menyatakan isu yg ditimbulkan oleh Dr Asri dlm bukunya (Bidah Hasanah istilah yg disalahfahami), adalah isu furu' spt lafaz niat, ucapan wabarakatuh selepas salam dan talqin. jika furu' maka seharusnya kita bertolak ansur dan tidak membidahkan satu sama lain. Spt kes solat tarawih, diterima pendapat samda 8 atau 20 atau 36 rakaat. Jadi, isu furu' yg lain juga sepatutnya terbuka juga.ia khilaf.

Ana pening. tolonglah selesaikan kekusutan ini.

ALLAHUMMANSURNA

SJ-13-0292 : Mohon Penjelasan

Salam,
Dalam islam sekiranya terdapat perselisihan sesama muslim kita diperintahkan agar menyelesaikannya dalam tempoh 3 hari,jadi soalan saya seperti berikut;

1)Adakah perintah ini hanya untuk sesama islam?Bagaimana sekiranya kita pernah berselisih dengan orang dari agama lain,adakah tertakluk dalam perintah ini?

2)Bagaimana jika kita tidak bertegur sapa dengan sesama muslim itu melebihi tempoh yg ditetap islam atas sebab kita membenci perbuatan mungkar yang dilakukannya?

Mohon penjelasan berkenaan hal ini?

SJ-08-0052 : I'tikaf

Salam,
Berkenaan i'tikaf;

1)Dalam bulan ramadhan adakah kita perlu sentiasa berada dalam / sekitar masjid senantiasa pada 10 hari terakhir bulan tersebut?

2)Bagaimana sekiranya kita terpaksa balik/keluar dari tempat kita beri'tikaf cthnya balik ke rumah atau sebagainya?

Minta penjelasan ahli panel berkenaan hal ini?

wassalam..

SJ-10-0058 : makan bercakap atau diam

assalamualaikum. minta didatangkan dalil bagaimana Rasulullah Saw makan sama ada bercakap atau diam. Terdengar banyak pandangan. tak tahu yang mana benar

SJ-08-0051 : Hukum berenang di bulan puasa

Assalamuaikum. Minta penjelasan berkaitan hukum berenang ketika berpuasa. adakah membatalkan puasa

SJ-06-0052 : mana perlu didahulukan?

:salam

mana yang perlu didahulukan pada solat jama' ta'khir? Solat tuan rumah atau solat yg lebih awal. Minta disediakan dalil bg kedua2 (jika terdapat khilaf dlm hal ini).

Sekian, terima kasih.

SJ-07-0076 : tabik hormat,letak bunga kat tugu negara

assalamualaikum..kalau letak bunga atas tugu dan tabik hormat padanya dihukum haram kan?sila jelaskan boleh tak..?

bagaimana dengan menabbur,meletak bunga atas pusara atau kubur pula..adakah haram?..

SJ-13-0291 : Kitab nashoihul Ibad

Minta ilmuwan2 kongsi, apa pendapat tuan2 tentang kitab ini.

jkk.

SJ-10-0057 : telur yg bole dimakan

:salam

sy terbaca dlm sebuah buku mengatakan boleh memakan telur drpd haiwan yg tidak boleh dimakan . Asalkan ia dr haiwan yg tdk mendatangkan mudarat sprt penyu dll . Dlm mazhab syafie benarkah penyu ade khilaf memakannya ? Apakah pendpt yg rajih dlm mazhab ini?

kemudian yg mendtgkan mudharat sprt telur ular dll jelas tdk boleh.

sy inginkan kepastian jawapan yg sebenar . syukran

SU-00374 : Berjabat tangan dengan bukan mahram

Assalamualaikum,
Apa hukum berjabat tangan dengan perempuan bukan mahram.Terutamanya situasi dimana berjabat tangan itu sudah menjadi kelaziman dalam satu organisasi/rakan sekerja sebelum memulakan tugas dengan maksud untuk memperkenalkan diri beserta/seiring perbuatan berjabat tangan tersebut.terima kasih.