SJ-05-0243 : sujud lama semasa tahiyyat akhir

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0243 : sujud lama semasa tahiyyat akhir

:salam

Benarkah tdk ade nas yg mengharuskan kita sujud lama sedikit semasa sujud tahiyyat akhir ? Maksudnya selepas baca bacaan sujud kite pun terus baca dlm hati doa2 tertentu. Sebab ada yg kata Nabi pun buat begitu jugak.

Mohon penjelasan dr ahli fikr sekelian. syukran

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-05-0243 : sujud lama semasa tahiyyat akhir

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå
æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå æÈÚÏ

- Di dalam sembahyang fardhu, tiada diriwayatkan hadis2 Nabi memanjangkan sujudnya melebihi kadar biasa, malahan sembahyang Nabi SAW adalah sembahyang yg sangat pertengahan. Dan Nabi SAW mengarahkan imam2 supaya meraikan warga tua, kanak2, dan orang kurang upaya.

-Di dalam sembahyang gerhana matahari, sabit dalam hadis sahih bahawa baginda memanjangkan sujudnya, sehingga Aisyah r.a. berkata: "AKu tidak pernah sujud selama itu". HR Bukhari 1/357

-Di dalam qiyamullail (solat malam) baginda SAW pernah memanjangkan sujudnya, sebagaimana hadis Aisyah r.a. "Bahawa Rasulullah saw sembahyang 11 rakaat. Sembahyang baginda, sekali sujudnya adalah sekadar seseorang membahca 50 ayat".
HR Bukhari 1/378

-Cuma memanjangkan sujud hanya pada sujud terakhir (sebelum tasyahhud akhir) tidak ada dalil yg menunjukkannya.
kata syeikh Jibrain: "Aku tidak pernah ingat ada dalil yg menunjukkan dipanjangkan sujud terakhir. Yang ada ialah hadis2 yg menjelaskan tentang persamaan antara rukun2 smbahyang, atau rukun2nya adalah lebih kurang sama panjang".
-Fatawa Islamiyyah m/s 285

wallahu a'lam