Sumber Rujukan Islam Anda..
Soaljawab Islam
SJ-13-0343 : aurat perempuan tua |
:salam "Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haid boleh sesiapa terangkan pada saya maksud ayat ini?adakah aurat bagi seorang perempuan tua berbeza banding dengan yang lain? |
SU-00445 : duit biasiswa |
assalamualaikum.. saya diterima untuk mendapat biasiswa untuk menyambung pelajaran selepas Ijazah. Kemudian, selepas itu saya menerima duit tersebut di dalam akaun. Akan tetapi, ditangguhkan sehinggalah saya membatalkan hasrat untuk menyambung pelajaran. Duit itu masih ada di dalam akaun saya bertahun-tahun. Adakah saya boleh gunakan ataupun perlu dikembalikan. Saya pernah cuba mengembalian tetapi tidak tahu biasiswa ini perlu dikembalikan. Wallahua'lam |
SJ-13-0544 : Catatan Amalan |
:salam bila mana kita membuat dosa pada masa lampau..then kita bertaubat dgn sesungguh hati serta yakin x akan ulangi lagi kesilapan tersebut.. 1.adakah Allah akan menghapuskan segala catatan buruk yg pernah tertulis?? dan 2.adakah Allah akan paparkan kembali perbuatan jahil kita pabila di padang masyar nnt?? :wassalam |
SU-00422 : Hukum laki2 berambut panjang sampai mencecah bahu |
Assalamu'alaikum, Mungkin soalan yang saya kemukakan ini merupakan soalan ulangan. Kalau soalan ulangan, boleh ahli2 panel berikan no rujukannya. Kalau tidak, saya ingin mengemukakannya iaitu mengenai laki-laki yang berambut panjang sampai mencecah bahu, apa hukumnya? Apakah maksud yang ada mengatakan ianya mengikut sunnah nabi? Boleh ahli2 panel beri penjelasannya? Sekian, terima kasih. Wassalam. |
SU-00423 : Tidak sokong kerana PAS tidak ada dalam Al-Quran |
ASSALAMUALAIKUM, Seorang Ustaz di Surau tempat saya sering mengulang-ngulang kenyataannya dengan menyatakan bahawa PAS tidak ada dalam Al-Quran sebab itu katanya dia tidak menyokong mana-mana parti politik dan tidak mengundi. Harap Ahli panel dapat berikan hujah dan dalil kewajiban menyokong gerakan islam . kerana tujuan ustaz ini ingin mencelarukan pemikiran orang ramai. terima kasih. |
SJ-13-0341 : Batasan Isteri Berhias Utk Suami |
Assalamualaikum... |
SJ-05-0473 : Imam Tambah Sujud Sebelum Salam |
:salam ana ada dua kemusykilan ; 1) imam dalam solat hajat dia menambahkan sujud sekali (bukan sujud sahwi)selepas baca tahiyyat sebelum salam. apa yang perlu dilakukan oleh makmum.adakah kena sujud juga? 2) sekiranya imam yang melakukan sujud sahwi disebabkan terlupa rukun dll, adakah makmum juga perlu sujud atau tidak perlu sujud jkk |
SU-00438 : Apa amalan sunnah utk ganti tahlil? |
:salam Biasanya selepas berlaku kematian..org ramai akan mengadakan tahlil arwah. 1. Apakah sebenarnya amalan sunnah yang dianjurkan Islam ketika berlakunya kematian dalam keluarga? 2. Jika hanya ahli keluarga yang berkumpul untuk menyumbangkan sesuatu kepada si mati..apakah amalan dan ibadah yang sesuai? |
SJ-13-0540 : janggut tidak boleh dicukur? |
:salam benarkah janggut tidak boleh dicukur? |
Sj-08-0116 : Puasa |
Nak tanya panel al ahkam . Ada sahabat ni telah berzina dengan kekasih dia pada sembilan hari atau kali di bulan Ramadhan . Nak taubat saja ke atau bertaubat dan bayar . Kalau kena bayar kafarat , beliau hanya sanggup beri makan fakir miskin saja . Adakah mengikut bilangan hari atau kali . Terima kasih |
SJ-13-0542 : Ternak ikan dalam kolam kumbahan najis babi |
assalamualaikum.. |
SJ-05-0470 : Solat Dengan Isteri; Baca Kuat @ Perlahan |
:salam saya ingin bertanya.. jika ingin solat sunat di rumah dengan isteri contohnya solat tahajut.. adakah perlu baca secara terang atau pun perlahan? terima kasih.. |
SJ-13-0541 : Rawatan Alternatif |
1) Saya ada sedikit kemuskilan mengenai perubatan alternatif dan berharap tuan dapat memberi penjelasan mengenai hal ini. |
SU-00421 : Sunat Tahiyatul Masjid |
:salam Di sini saya ada sedikit kemusykilan. Biasanya bila ke masjid kita mesti buat solat sunat Tahiyatul Masjid dan beberapa solat sunat lain kan? Masalahnya, macam mana kalua kita pergi ke masjid awal untuk solat Maghrib. Adakah dikira haram kalalu kita buat solat sunat sebelum masuk Maghrib. Sebabnya waktu diharamkan solat ialah selepas solat Asar kan? Maksudnya kita kena tunggu azan Maghrib dulu baru buat solat sunat atau macam mana? Terima kasih :) |
SJ-14-0176 : hadis hina sahabat |
:salam saya tahu hadis kat bawah ni hadis yang diriwayatkan oleh perawi syia. tapi boleh terangkan tak kenapa tiga orang tu terkecuali? Al-Kulaini meriwayatkan dari Muhammad al-Baqir a.s. katanya: “Para sahabat telah menjadi murtad sepeninggalan Rasullullah s.a.w kecuali tiga orang dari mereka.” Aku bertanya (kata perawi): “Siapakah yang tiga itu?” Abu Jaafar menjawab: “Miqdad bin al-Aswad, Abu Zar al-Ghifari dan Salman al- Farisi.”(ar-Raudhah Min al-Kafi, jil. 8 hal 245) |