Maulana Mohd Asri Yusoff

Laporan Khas Utusan: Tarekat Baharu Ancam Umat Islam (Bhg 2)

10 individu bergelar habib dan sheikh dari negara jiran dipantau pihak berkuasa.
Mereka masuk ke negara ini bagi mengadakan proram keagamaan.
Didakwa cuba promosi tarekat tidak mengikut akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Rakaman video Sheikh Muhammad Hisham Kabbani membaiah Habib Sheikh Abdul Kadir as-Seggaf tarik perhatian.
Habib Sheikh Abdul Kadir as-Seggaf popular di Malaysia melalui program selawat.

Kategori Berita:

Maulana Asri Yusoff: Buku Unik & Pelik Tentang Sirah Nabi Selepas Kewafatannya

Info Audio Video: 
Perempuan bukan Islam bermimpi Rasulullah s.a.w. mengislamkannya, keesokannya, dia boleh membaca surah al-Fatihah dan al-Ikhlas dengan baik. | Seseorang bermimpi Rasulullah s.a.w. membaca di mulutnya, seumur hidupnya mulutnya berbau wangi
Deskripsi: 

Maulana Muhammad Asri Yusoff menceritakan mengenai sebuah buku unik berbahasa Urdu. Tidak pernah ada kitab yang seumpamanya pernah ditulis. Ia tentang sirah Nabi s.a.w. Apa yang unik ialah, jika kitab sirah biasa, ia mengandungi perjalanan hidup Baginda s.a.w. sepanjang hidupnya. Dari saat Baginda s.a.w. dilahirkan sehinggalah diwafatkan. Namun kitab ini memuatkan kisah-kisah Nabi s.a.w. selepas kewafatannya. Iaitu kisah-kisah pelik dan ganjil mereka yang pernah bertemu Nabi s.a.w. di dalam mimpinya.

Berikut ini antara kandungannya secara ringkas:

  • Mimpi Rasulullah s.a.w. tertarik terhadap kitab-kitab tertentu
  • Mimpi Baginda s.a.w beri isyarat agar untuk lakukan di suatu tempat seperti sekolah dan sebagainya.
  • Bertemu dengan Rasulullah s.a.w. sebelum mereka memeluk Islam
  • Bermimpi Rasulullah s.a.w. minta agar lihat apa yang berlaku di kubur Mirza Ghulam Ahmad
  • Dalam mimpi Rasulullah s.a.w. memanggil mereka ke Madinah dan orang itu pergi ke Madinah.
  • Mimpi Rasulullah s.a.w. menyapu tubuhnya dengan air liur Baginda, dan tuubuhnya berbau harum
  • Bermimpi Rasulullah s.a.w. mengatakan mereka akan memenangi peperangan, dan ia jadi kenyataan
  • Perempuan bukan Islam bermimpi Rasulullah s.a.w. mengislamkannya, keesokannya, dia boleh membaca surah al-Fatihah dan al-Ikhlas dengan baik.
  • Seseorang bermimpi Rasulullah s.a.w. membaca di mulutnya, seumur hidupnya mulutnya berbau wangi
  • Jangan bermain-main mendakwa bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w. kerana buruk akibatnya
  • Seorang yang sakit mulut bermimpi Rasulullah s.a.w. beri petunjuk makan labu air, dan dia sembuh
  • Imam al-Bukhari bermimpi menghalau lalat dari Rasululah s.a.w. sebagai isyarat akan menulis Sahih al-Bukhari

 

I'lam al-Muwaqqi'in: Kitab Usul Feqh Untuk Aliran Ahli Hadis.. Dengar Penjelasan Maulana Asri

Info Audio Video: 
Siapa yang belum memiliki kitab karya Imam Ibnu Qayyim yang satu ini, mesti segera mencarinya di kedai-kedai buku. Ia telahpun diterjemahkan ke pelbagai bahasa termasuk bahasa Melayu/Indonesia. Ia antara karya agung imam ini.
Deskripsi: 

Siapa yang belum memiliki kitab karya Imam Ibnu Qayyim yang satu ini, mesti segera mencarinya di kedai-kedai buku. Ia telahpun diterjemahkan ke pelbagai bahasa termasuk bahasa Melayu/Indonesia. Ia antara karya agung imam ini. Sangat masyhur dan sangat bagus. Amat rugi jika kita tidak pernah membacanya.

Jika masing-masing mazhab ada kitab usul feqhnya, maka kitab usul feqh bagi aliran Ahli Hadis adalah kitab ini.

Apa makna I'lam al-Muwaqqi'in? Maulana akan menjelaskannya di dalam video berikut ini.

Untuk edisi ebook (pdf) anda boleh download 4 jilid lengkap kitab I'lam al-Muwaqqi'in terjemahan Indonesia di sini [DOWNLOAD]

Surat Hatib bin Abi Baltaah Kepada Quraisy Dipintas.. Apakah Beliau Seorang Munafiq?

Info Audio Video: 
Ringkasannya seperti berikut: Nabi s,a.w. mengutus Ali r.a. dan rakan-rakannya untuk memintas perjalanan seorang wanita yang merupakan seorang perisik phak kafir Quraisy. Misi yang Nabi s.a.w. berikan ialah mendapatkan sepucuk surat dari perisik berkenaan
Deskripsi: 

Penjelasan oleh Maulana Muhammad Asri ketika mensyarahkan Bab: Jasus (perisikan) dalam kitab Sahih al-Bukhari.

Ringkasannya seperti berikut:

  • Nabi s,a.w. mengutus Ali r.a. dan rakan-rakannya untuk memintas perjalanan seorang wanita yang merupakan seorang perisik phak kafir Quraisy.
  • Misi yang Nabi s.a.w. berikan ialah mendapatkan sepucuk surat dari perisik berkenaan.
  • Setelah ditangkap dan disiasat mereka berjaya mendapatkan surat berkenaan dan ia dibawa kepada Nabi s.a.w.
  • Apabila dibuka surat berkenaan, didapati ia adalah surat dari Hatib bin Abi Baltaah kepada beberapa kafir Quraisy di Mekah
  • Apakah tindakan Rasulullah s.a.w. terhadap beliau? Apakah benar beliau munafiq?

 

Ramai Yang Musykil Tentang Beza Antara Masjid dan Surau.. Ini Jawapannya

Info Audio Video: 
Apa beza antara masjid dan surau? Macamana boleh jadi masjid dan macamana boleh jadi surau? Bolehkah surau di-upgrade jadi sebagai masjid? Bolehkah pula masjid di-downgrade jadi surau? Bolehkah solat Jumaat di surau?
Deskripsi: 

Penjelasan dari Ustaz Azhar Idrus, Maulana Muhammad Asri Yusof dan Dr Zaharuddin Abd Rahman di sekitar masalah masjid dan surau:

  • Apa beza antara masjid dan surau?
  • Macamana boleh jadi masjid dan macamana boleh jadi surau?
  • Bolehkah surau di-upgrade jadi sebagai masjid?
  • Bolehkah pula masjid di-downgrade jadi surau?
  • Bolehkah solat Jumaat di surau? 
  • Dan banyak lagi..

Semua Dalam Satu: Info Semua Channel Kuliah Maulana Asri

Kuliah-kuliah Maulana Muhammad Asri Yusoff banyak bertebaran di ruang maya. Terutamanya di youtube.com. Maulana Asri banyak memberikan kuliah-kuliah hadis, samada di Kelantan atau di Lembah Klang. Antaranya ialah kuliah Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim....

Tahukah Anda? Apa Asal-usul Kata PUASA & Sembahyang?

Info Audio Video: 
Maulana Muhammad Asri menjelaskan apa asal-usul kata puasa dan sembahyang. Dari bahasa apa? Bolehkah ia digunakan sebagai istilah agama?
Deskripsi: 

Maulana Muhammad Asri menjelaskan apa asal-usul kata puasa dan sembahyang. Dari bahasa apa? Bolehkah ia digunakan sebagai istilah agama?

Setelah Mendengar Ini.. Marilah Kita Pakat-pakat Bantu Darul Kautsar

Info Audio Video: 
Pusat Pengajian Al-Qur'an Darul Kautsar (PPADK) yang telah diasaskan pada tahun 1986 oleh Maulana Muhammad Asri Yusof adalah sebuah pusat / institusi pengajian menghafaz al-Qur'an serta pengajian ilmu-ilmu Islam dan bahasa Arab...
Deskripsi: 

INFO PENUBUHAN

Pusat Pengajian Al-Qur'an Darul Kautsar (PPADK) yang telah diasaskan pada tahun 1986 oleh Maulana Muhammad Asri Yusof adalah sebuah pusat / institusi pengajian menghafaz al-Qur'an serta pengajian ilmu-ilmu Islam dan bahasa Arab yang berlandaskan kepada penekanan pengajian serta pengamalan al-Qur'an dan as-Sunnah di dalam kehidupan seharian. Kemuncak silibus pengajian kitab adalah Dauratul Hadits. Darul Kautsar memainkan peranan membimbing generasi Islam ke arah menjadi insan yang berilmu serta beramal berdasarkan galian dan sumber-sumber yang tulen dan sahih.

 

Objektif  PPADK

♦ Memimpin ke arah generasi ilmuan.

♦ Melahirkan generasi Rabbani yang berpegang kepada pada al-Quran dan as-Sunnah.

♦ Melahirkan ilmuan yang mantap dalam disiplin pengajian Islam dan bahasa Arab.

♦ Memulihara sebarang dakwaan / fakta yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam samada yang diseleweng mahupun yang direka.

♦ Memelihara sistem pengajian hadits (Dauratul Hadits) sunan sittah yang telah dilaksanakan dengan jayanya di pusat-pusat pengajian hadits di benua kecil India.

 

Visi PPADK

Melahirkan individu-individu yang memahami kan- dungan al-Quran dan al-Hadits serta beramal berdasarkan sumber yang benar dan sahih di samping  berkemampuan membersih dan menyebarkan fakta-fakta yang benar kepada masyarakat.

 

Kurikulum Yang Ditawarkan

· Sistem Hafiz bagi pengajian Tahfiz.

· Sistem Talaqqi bagi pengajian ilmu-ilmu Islam.

· Kurikulum Kementerian Pelajaran untuk UPSR, PMR & SPM (opsyenal).

· Kurikulum Yayasan Islam Kelantan untuk SMU & STAM (opsyenal).


Ingin Menderma?

Sumbangan dalam bentuk tunai atau bahan-bahan binaan amat-amat diperlukan. Pembangunan Kompleks PPADK ini bergantung sepenuhnya atas sumbangan orang ramai.

1) Akaun Bank Islam (M) Bhd

Nama: Pembangunan PPADK Kuchelong

No. Akaun: 030-180100875-82

2) Akaun Maybank Islamic

Nama: Pembangunan PPADK Kuchelong

No. Akaun: 5531 0456 5893

 [[{"fid":"1491","view_mode":"default","fields":{"format":"default","field_file_image_alt_text[und][0][value]":"","field_file_image_title_text[und][0][value]":""},"type":"media","attributes":{"height":960,"width":686,"class":"media-element file-default"}}]]


Kredit kepada DKS, team web darulkautsar.net, wan azhar (gambar latarbelakang, Hj Zamri dan semua yang terbabit secara langsung atau tidak dalam pembikinan video ini.

LENGKAP! Bacaan Terjemahan Sahih al-Bukhari (Bab Puasa) Maulana Asri

Info Audio Video: 
Bacaan lengkap terjemahan Sahih al-Bukhari bab puasa yang memakan masa hampir 3 jam. Mengandungi 94 bab (Puasa + Tarawih + Lailatul Qadr + I'tikaf). Ia dihimpunkan dan disunting dari 11 sessi kuliah. Bermula dari 02/08/2005 hingga 11/10/2005.
Deskripsi: 

Bacaan lengkap terjemahan Sahih al-Bukhari bab puasa yang memakan masa hampir 3 jam. Mengandungi 94 bab (Puasa + Tarawih + Lailatul Qadr + I'tikaf). Ia dihimpunkan dan disunting dari 11 sessi kuliah. Bermula dari 02/08/2005 hingga 11/10/2005.

Note:

  • Bab: 22, 23 & 24 tiada. Bab: 41, hadis ke-2 tidak diterjemah 
  • Download AUDIO. Format [MP3] atau [OGG]
  • Syarahan penuh untuk kitab Puasa Sahih al-Bukhari boleh ditonton di channel youtube.com

Indeks Kitab Puasa Tarawih + Lailatul Qadr + I'tikaf Sahih al-Bukhari:

Kitab: Puasa

  • 00:00:05 1. Bab: Kewajipan berpuasa Ramadhan
  • 00:04:13 2. Bab: Kelebihan berpuasa
  • 00:06:04 3. Bab: Puasa itu penghapus dosa
  • 00:08:23 4. Ar-Rayyan untuk orang-orang yang berpuasa
  • 00:10:49 5. Adakah boleh dikatakan: Ramadhan atau bulan Ramadhan dan orang yang berpendapat semuanya dibenarkan
  • 00:11:33 5.b. Bab: Melihat anak bulan
  • 00:13:47 6. Bab: Orang yang berpuasa dengan penuh keimanan, mengharapkan pahala atau dengan niat
  • 00:15:59 7. Bab: Keadaan paling pemurah Nabi s.a.w. ialah pada bulan Ramadhan
  • 00:17:18 8. Bab: Orang yang tidak meninggalkan ucapan dusta dan amalan dengan dusta ketika berpuasa
  • 00:17:48 9. Bab: Adakah seseorang itu boleh berkata: Saya berpuasa kalau dia dimaki
  • 00:19:42 10. Bab: Berpuasa bagi orang yang takut atas dirinya terlanjur dalam perkara maksiat
  • 00:21:06 11. Bab: Sabda Nabi s.a.w.: Apabila kamu nampak anak bulan hendaklah kamu berpuasa dan apabila kamu melihatnya juga, hendaklah kamu berbuka
  • 00:25:00 12: Bab: Dua bulan hariraya tidak kurang kedua-duanya
  • 00:25:56 13. Bab: Sabda Nabi s.a.w.: Kami tidak tahu menulis dan tidak tahu mengira
  • 00:26:26 14. Bab: Ramadhan tidak mendahului dengan puasa satu hari atau dua hari
  • 00:26:57 15. Bab: Firman Allah: Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu ia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa Yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu
  • 00:29:41 16. Bab: Firman Allah Taala: Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), Iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib)
  • 00:32:17 17. Bab: Sabda Nabi s.a.w.: Janganlah menegah kamu dari sahur kamu oleh azan Bilal
  • 00:33:11 18. Bab: Melewatkan (Sebahagian naskhah: Menyegerakan) bersahur
  • 00:37:15 19. Bab: Berapa jarak antara sahur dan sembahyang Subuh
  • 00:38:00 20. Bab: Keberkatan bersahur dengan tidak diwajibkan
  • 00:38:58 21. Bab: Apabila seseorang itu berniat puasa pada waktu siang
  • *22. Bab: Orang yang berpuasa dalam keadaan junub pada waktu subuh (tiada)
  • *23. Bab: Bercumbu bagi orang yang berpuasa (tiada)
  • *24. Bab: Mencium bagi orang yang berpuasa (tiada)
  • 00:40:10 25. Bab: Mandi orang yang berpuasa
  • 00:43:37 26. Bab: Orang yang berpuasa apabila makan atau minum dalam keadaan terlupa
  • 00:45:11 27. Bab: Berus gigi yang basah dan kering untuk orang yang berpuasa
  • 00:47:38 28. Bab: Sabda Nabi s.a.w.: Apabila seseorang berwudhuk maka hendaklah dia menghisap air ke hidungnya. Nabi tidak membezakan antara yang berpuasa dan yang tidak
  • 00:50:29 29. Bab: Apabila seseorang itu berjimak pada bulan Ramadhan
  • 00:52:52 30. Bab: Bila seseorang itu berjimak pada bulan Ramadhan dan dia tidak ada sesuatupun, lalu dia diberi sedekah, maka hendaklah dia kaffarahkan perbuatannya itu
  • 00:55:29 31. Bab: Orang yang berjimak pada bulan Ramadhan, adakah dia boleh ambil dari kaffarah untuk diberi makan kepada ahli keluarganya apabila mereka sangat memerlukan
  • 00:59:15 32. Bab: Berbekam dan muntah untuk orang yang berpuasa
  • 01:01:44 33. Bab: Berpuasa dan berbuka ketika bermusafir
  • 01:04:40 34. Bab: Apabila seseorang itu berpuasa beberapa hari dari bulan Ramadhan kemudian bermusafir
  • 01:05:20 35. Bab:
  • 01:06:02 36. Bab: Sabda Nabi s.a.w. kepada orang yang ditudung, dan keadaan cuaca terlalu panas: Bukan termasuk kebaikan berpuasa dalam perjalanan
  • 01:07:04 37. Bab: Tidak saling mencela para sahabat Nabi s.a.w. sesama mereka samada mereka berpuasa atau berbuka
  • 01:07:39 38. Bab: Orang yang berbuka/tidak berpuasa dalam perjalanan supaya dilihat oleh orang
  • 01:08:36 39. Bab: Mereka yang tidak mampu berpuasa wajib membayar fidyah
  • 01:10:20 40. Bab: Bilakah diqadha' Ramadhan?
  • 01:12:58 41. Bab: Perempuan yang haidh meninggalkan puasa dan sembahyang (Hadis ke2 tak diterjemahkan)
  • 01:14:15  42. Bab: Orang mati yang ada meninggalkan puasa
  • 01:17:30 43. Bab: Bila orang yang berpuasa itu boleh berbuka?
  • 01:20:18 44. Bab: Seseorang yang berpuasa itu berbuka dengan apa yang mudah kepadanya dengan air dan selainnya
  • 01:20:47 45. Bab: Menyegerakan berbuka puasa
  • 01:21:40 46. Bab: Apabila seseorang berbuka pada bulan Ramadhan kemudian terbit matahari
  • 01:22:30 47. Bab: Puasa kanak-kanak
  • 01:24:16 48. Bab: Puasa wishol (menyambung puasa), dan orang yang berkata tiada puasa pada waktu malam
  • 01:27:42 49. Bab: Celaan terhadap orang yang banyak menyambung puasa
  • 01:30:10 50. Bab: Menyambung puasa hingga ke waktu sahur
  • 01:30:48 51. Bab: Orang yang bersumpah kepada saudaranya agar dia berbuka dalam puasa sunat, dan dia berpendapat tidak perlu qadha' atasnya, jika itu lebih sesuai untuknya
  • 01:33:40 52. Bab: Puasa Sya'ban
  • 01:35:44 53. Bab: Apa yang disebutkan daripada puasa Nabi s.a.w. dan berbuka puasanya
  • 01:38:44 54. Bab: Hak tetamu dalam hal puasa
  • 01:39:23 55. Bab: Hak tubuh badan dalam hal puasa
  • 01:43:26 56. Bab: Puasa sepanjang tahun
  • 01:45:24 57. Bab: Hak keluarga dalam hal berpuasa
  • 01:48:19 58. Bab: Berpuasa sehari dan berbuka sehari
  • 01:49:17 59. Bab: Puasa Nabi Daud a.s.
  • 01:53:06 60. Bab: Puasa hari putih, iaitu hari ketiga belas, empat belas dan lima belas setiap bulan
  • 01:53:51 61. Bab: Orang yang menziarahi satu kaum dan dia tidak berbuka di sisi mereka
  • 01:56:50 62. Bab: Berpuasa pada akhir bulan
  • 01:58:20 63. Bab: Berpuasa pada hari Jumaat, dan bila dia berpagi-pagi dalam keadaan dia berpuasa hari Jumaat, maka hendaklah dia berbuka
  • 02:00:21 64. Bab: Adakah seseorang boleh mengkhususkan mana-mana hari untuk berpuasa?
  • 02:01:18 65. Bab: Berpuasa pada hari Arafah
  • 02:02:52 66. Bab: Berpuasa pada hariraya "idul Fitri
  • 02:04:40 67. Bab: Berpuasa pada hariraya Korban
  • 02:06:52 68. Bab: Berpuasa pada hari Tasyriq
  • 02:08:11 69. Bab: Berpuasa pada hari 'Asyura'

------------------------

Kitab: Sembahyang Tarawih

  • 02:12:01 1. Bab: Kelebihan orang yang mengerjakan sembahyang malam bulan Ramadhan

----------------------------

Kitab: Kelebihan Lailatul Qadr

  • 02:20:34 1. Bab: kelebihan Lailatul Qadr
  • 02:23:28 2. Bab: Carilah Lailatul Qadar pada tujuh malam terakhir
  • 02:27:10 3. Bab: Mencari Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam akhir Ramadhan
  • 02:33:54 4. Bab: Diangkat pengetahuan tentang Lailatul Qadar kerana pertengkaran manusia
  • 02:34:57 5. Bab: Amalan sepuluh akhir dari bulan Ramadhan

-----------------------

Kitab: I'tikaf

  • 02:36:06 1. Bab: I'tikaf pada sepuluh akhir Ramadhan dan i'tikaf dalam semua masjid-masjid
  • 02:39:02 2. Bab: Perempuan yang haidh boleh menyisir rambut orang yang sedang beri'tikaf
  • 02:40:08 3. Bab: Orang yang beri'tikaf tidak boleh masuk rumat melainkan kerana hajat
  • 02:40:50 4. Bab: Membasuh kepala orang yang sedang beri'tikaf
  • 02:41:26 5. Bab: Beri'tikaf pada waktu malam
  • 02:41:46 6. Bab: I'tikaf perempuan
  • 02:42:52 7. Bab: Khemah-khemah di dalam masjid
  • 02:43:46 8. Bolehkah seseorang yang sedang beri'tikaf itu keluar kerana hajatnya ke pintu masjid?
  • 02:45:44 9. Bab: I'tikaf dan Keluar Nabi s.a.w. pada pagi sepuluh Ramadhan
  • 02:47:52 10. Bab: I'tikaf perempuan mustahadhah
  • 02:48:46 11. Bab: Perempuan menziarahi suaminya yang sedang beri'tikaf
  • 02:50:34 12. Bab: Bolehkah seseorang yang sedang beri'tikaf membela dirinya?
  • 02:52:01 13. Bab: Orang yang keluar dari i'tikafnya pada waktu pagi
  • 02:53:40 14. Bab: Beri'tikaf pada bulan Syawal
  • 02:55:12 15. Bab: Orang yang tidak berpendapat mesti berpuasa apabila mahu beri'tikaf
  • 02:55:38 16. Bab: Bila seseorang itu bernazar semasa jahiliah kemudian memeluk Islam
  • 02:56:10 17. I'tikaf pada sepuluh pertengahan Ramadhan
  • 02:56:37 18. Bab: Orang yang mahu beri'tikaf kemudian timbul dalam fikirannya untuk keluar
  •  02:58:19 19. Bab: Orang yang beri'tikaf memasukkan kepalanya ke dalam rumah untuk dibasuh

 

Apa Pula Pandangan Maulana Asri Tentang Istihalah? Contoh: Najis Diproses Jadi Benda Lain

Info Audio Video: 
Kalau bangkai anjing terjatuh ke dalam satu gudang garam, kemudian bangkai berkenaan berubah menjadi garam. Pendapat manakah yang paling kuat dan kemas? Najis manusia diproses menjadi siling atau sebagainya. Apakah ia menjadi suci?
Deskripsi: 

Antara persoalan yang dijawab:

  • Kalau arak bertukar menjadi cuka melalui cara semulajadi. Bagaimana pula jika ia diproses dengan bahan lain?
  • Kalau bangkai anjing terjatuh ke dalam satu gudang garam, kemudian bangkai berkenaan berubah menjadi garam. Pendapat manakah yang paling kuat dan kemas?
  • Air kencing atau air najis diproses sehingga hilang sifat-sifatnya yang asal, bolehkah diminum?
  • Najis manusia diproses menjadi siling atau sebagainya. Apakah ia menjadi suci?
  • Bagaimana pula kalau segelas air diletak setitik arak?

 

Pages

Subscribe to Maulana Mohd Asri Yusoff