Al-Quran dan al-Hadis

  • Petikan: "Apabila seseorang itu meriwayatkan hadis dengan makna, maka hendaklah dia berkata selepasnya dengan suatu perkataan yang dapat menggambarkan bahawa periwayatan itu adalah dengan makna, seperti: Au Kama Qala (Atau sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w.) "

  • Hadith ini adalah di antara hadith yang popular dan sering digunakan oleh sebahagian masyarakat kita terutama dalam bidang perniagaan. Seperti yang telah kita sedia maklum - atau belum - , kesahihan atau kedhaifan sesuatu hadith tidak hanya diukur dengan popularitinya semata. Memang ada hadith yang sahih dan popular...tetapi dalam masa yang sama juga terdapat hadith-hadith dhaif malah palsu tetapi ia popular dan sering digunakan di mana-mana.

  • Ya'juj dan Ma'juj adalah dua suku besar, masih termasuk anak cucu adam. Berasal dari keturuanan Yafits putera Nuh a.s dan mereka tidak hidup di alam ghaib seperti para malaikat dna bangsa jin.

  • Setiap kita ingin memiliki anak, zuriat dan keturunan yang bisa membuatkan hati rasa gembira dan bahagia. Dan sudah tentu ukurannya pasti kita lihat dari sudut agama kerana ukuran agama lebih abadi sifat dan kesannya. Pernah seorang ibu bertanya kepada saya apakah yang harus diperbuat untuk menjadikan anak-anak menjadi soleh?

  • Tahukah anda bahawa pendapat Masyhur mazhab al-Syafi'i mengatakan bahawa Ibadah badaniyah pula seperti puasa, sembahyang, bacaan al-Quran dan zikir tidak sampai kepada si mati? Berikut ini artikel ringkas yang menghimpunkan pendapat para ulama serta dalil-dalilnya berkaitan apakah sampai amalan orang hidup kepada si mati. Artikel ini telah disemak oleh al-Fadhil Dr Abu Anas Madani dengan beberapa penambahan oleh beliau.

  • Siapakah wali Allah? Karamah wali. Silap faham bila dikatakan wali Allah ramai di kalangan ahli Tasauf. Sebenarnya ramai Wali Allah di kalangan ahli Feqh dan ahli Hadis.

  • Kuliah Sahih Muslim oleh Maulana Mohd Asri Yusoff pada 19 Disember 2010. Kali ini dibahaskan tajuk: 
    Bab: Nama-nama Nabi s.a.w.

  • Oleh zain-ys

    Dakwaan mengatakan bahawa hadis Nabi s.a.w. ditulis selepas beberapa ratus tahun selepas zaman Baginda s.a.w. adalah dakwaan yang tidak benar. Abdullah bin Amru bin al-Ash r.a telah dibenarkan oleh Baginda s.a.w. untuk mencatat hadis ketika Baginda masih hidup. Dan catatannya diberi nama as-Sahifah as-Sadiqah.

    Manakala Abu Hurairah r.a. juga mencatat hadis dari Rasulullah s.a.w. dan catatannya diberi nama as-Sahifah as-Sahihah.

  • Kepada sesiapa yang ingin mengkaji tentang hukum arak, alkohol dan yang berkaitan dengannya di samping mereka membaca pelbagai fatwa ulama kontemporari mengenainya, adalah dicadangkan juga untuk mengikuti isikandungan kuliah ini dan siri berikutnya. Ia akan membawa kita kembali kepada perkara paling asas atau bahan mentah berkenaan hukum-hakam arak dan alkohol. Kita akan didedahkan dengan ijtihad para imam salaf mengenainya.

  • Imam Abu Hanifah tidak memasukkan apa sahaja minuman yang memabukkan ke dalam kategori khamar. Ini tidak sebagaimana jumhur ulama yang mengatakan apa sahaja minuman yang memabukkan adalah khamar. Untuk mengatakan sesuatu itu khamar atau tidak, Imam Abu Hanifah membataskan beberapa bahan sahaja. Dan ada sebahagian bahan yang perlu dilihat pula cara pemerosesannya atau pembuatannya.

Artikel Berkaitan