Al-Syama'il: Bab 36. Gurau Senda Rasulullah (6 Hadis)

Primary tabs

 

No

Tajuk

الموضوع

BAB

36

Gurau Senda Rasulullah (6 Hadis)

بَابُ مَا جَاءَ فِي صِفَةِ مِزَاحِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

236

1. Anas bin Malik berkata:

Rasulullah pernah berkata kepada Anas bin Malik, “Wahai pemilik dua telinga.” (Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Abu Daud)

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَهُ: «يَا ذَا الْأُذُنَيْنِ» قَالَ مَحْمُودٌ: قَالَ أَبُو أُسَامَةَ: «يَعْنِي يُمَازِحُهُ»

237

2. Anas bin Malik berkata:

Rasulullah bergaul rapat dengan kami, sehingga beliau pernah berkata kepada adikku yang masih kecil dengan berkata, “Wahai Abu Umair, apakah yang sedang dilakukan oleh nughair (sejenis burung yang berparuh merah)?” (Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Tirmizi)

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: إِنْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيُخَالِطُنَا حَتَّى يَقُولَ لِأَخٍ لِي صَغِيرٍ: «يَا أَبَا عُمَيْرٍ، مَا فَعَلَ النُّغَيْرُ؟» قَالَ أَبُو عِيسَى: " وَفِقْهُ هَذَا الْحَدِيثِ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُمَازِحُ وَفِيهِ أَنَّهُ كَنَّى غُلَامًا صَغِيرًا فَقَالَ لَهُ: يَا أَبَا عُمَيْرٍ. وَفِيهِ أَنَّهُ لَا بَأْسَ أَنْ يُعْطَى الصَّبِيُّ الطَّيْرَ لِيَلْعَبَ بِهِ. وَإِنَّمَا قَالَ لَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «يَا أَبَا عُمَيْرٍ، مَا فَعَلَ النُّغَيْرُ؟» لِأَنَّهُ كَانَ لَهُ نُغَيْرٌ يَلْعَبُ بِهِ فَمَاتَ، فَحَزِنَ الْغُلَامُ عَلَيْهِ فَمَازَحَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «يَا أَبَا عُمَيْرٍ، مَا فَعَلَ النُّغَيْرُ؟»

238

3. Abu Hurairah berkata:

Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, adakah kamu bergurau dengan kami?” Rasulullah menja- wab, “Aku tidak pernah berkata perihal yang tidak benar.” (Diriwayatkan oleh Tirmizi)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّكَ تُدَاعِبُنَا قَالَ: «إِنِّي لَا أَقُولُ إِلَا حَقًّا»

239

4. Anas bin Malik melaporkan:

Ada seorang lelaki meminta kepada Rasulullah supaya dibawa menaiki tunggangan. Rasulullah berkata kepada lelaki itu, “Aku akan beri kamu menunggang anak unta betina.” Lelaki itu ber­kata, “Wahai Rasulullah, apakah yang dapat aku lakukan dengan anak unta betina?” Jawab Rasulullah, “Bukankah unta betina yang melahirkan unta yang lain?” (Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Abu Daud)

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، أَنَّ رَجُلًا اسْتَحْمَلَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: «إِنِّي حَامِلُكَ عَلَى وَلَدِ نَاقَةٍ» فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، مَا أَصْنَعُ بِوَلَدِ النَّاقَةِ؟ فَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «وَهَلْ تَلِدُ الْإِبِلَ إِلَا النُّوقُ»

240

5. Anas bin Malik melaporkan:

Ada seorang lelaki dari kampung yang bernama Zahir. Pada suatu hari, beliau datang menemui Rasu­lullah dan membawa hadiah dari kampungnya. Apabila beliau pulang, Rasulullah pula memberi bekal kepadanya. Rasulullah berkata, “Zahir adalah (pembekal barangan) kampung untuk kita dan kita adalah (pembekal barangan) kota untuknya.”

 

Rasulullah sangat suka kepada Zahir, walaupun beliau tidak memiliki wajah yang menarik. Pada suatu hari, Rasulullah pergi bertemu dengan Zahir ketika beliau sedang menjalankan perniagaannya. Tiba-tiba, Rasulullah memeluk Zahir dari belakang. Zahir tidak dapat melihat siapakah orang yang memeluknya dari belakang itu. Beliau berkata, “Siapakah ini? Lepaskan aku!” Beliau menoleh dan mengetahui rupa-rupanya Rasulullah yang berada di belakangnya. Tanpa membuang masa, Zahir merapatkan lagi badannya dengan dada Rasulullah bagi meraih keberkatan.

 

Kemudian, Rasulullah berkata, “Siapakah yang mahu membeli hamba sahaya ini?” Zahir membalas, “Wahai Rasulullah, demi Allah, saya ini tidak laku.” Jawab Rasulullah, “Tetapi di sisi Allah, kamu bukan tidak laku.” Atau, “Tetapi di sisi Allah, kamu sangat berharga.” (Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Ahmad)

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، أَنَّ رَجُلًا مِنْ أَهْلِ الْبَادِيَةِ كَانَ اسْمُهُ زَاهِرًا وَكَانَ يُهْدِي إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ هَدِيَّةً مِنَ الْبَادِيَةِ، فَيُجَهِّزُهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَرَادَ أَنْ يَخْرُجَ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِنَّ زَاهِرًا بَادِيَتُنَا وَنَحْنُ حَاضِرُوهُ» وَكَانَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُحِبُّهُ وَكَانَ رَجُلًا دَمِيمًا فَأَتَاهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمًا وَهُوَ يَبِيعُ مَتَاعَهُ فَاحْتَضَنَهُ مِنْ خَلْفِهِ وَهُوَ لَا يُبْصِرُهُ، فَقَالَ: مَنْ هَذَا؟ أَرْسِلْنِي. فَالْتَفَتَ فَعَرَفَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَجَعَلَ لَا يَأْلُو مَا أَلْصَقَ ظَهْرَهُ بِصَدْرِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حِينَ عَرَفَهُ، فَجَعَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: «مَنْ يَشْتَرِي هَذَا الْعَبْدَ» فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، إِذًا وَاللَّهِ تَجِدُنِي كَاسِدًا، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «لَكِنْ عِنْدَ اللَّهِ لَسْتَ بِكَاسِدٍ» أَوْ قَالَ: «أَنتَ عِنْدَ اللَّهِ غَالٍ»

241

6. Hasan al-Basri berkata:

Seorang wanita tua bertemu dengan Rasulullah dan berkata,"Wahai Rasulullah, tolonglah berdoa kepada Allah agar aku dapat masuk ke syurga.” Rasulullah menjawab, “Wahai ibu Fulan! Syurga itu tidak dihuni oleh orang tua.” Mendengar jawapan Rasulullah, wanita itu pergi dari situ sambil menangis. Rasulullah berkata, “Beritahu kepada wanita itu, dia tidak akan masuk ke syurga dengan usia tua. Allah berfirman, "Dan Kami jadikan gadis perawan, penuh cinta lagi sebaya umurnya."‘ (Al-Waqi'ah: 36-37) (Diriwayatkan oleh Tirmizi)

عَنِ الْحَسَنِ قَالَ: أَتَتْ عَجُوزٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَتْ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، ادْعُ اللَّهَ أَنْ يُدْخِلَنِي الْجَنَّةَ، فَقَالَ: «يَا أُمَّ فُلَانٍ، إِنَّ الْجَنَّةَ لَا تَدْخُلُهَا عَجُوزٌ» قَالَ: فَوَلَّتْ تَبْكِي فَقَالَ: «أَخْبِرُوهَا أَنَّهَا لَا تَدْخُلُهَا وَهِيَ عَجُوزٌ» إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى يَقُولُ: {إِنَّا أَنْشَأْنَاهُنَّ إِنْشَاءً فَجَعَلْنَاهُنَّ أَبْكَارًا عُرُبًا أَتْرَابًا} [الواقعة: 36]

 

Disediakan oleh: al-ahkam.net 2014