Sumber Rujukan Islam Anda..
Al-Syamail al-Muhammadiyah Melayu (LENGKAP)
16- Al-Syama'il: Bab 16. Topi Besi Rasulullah (2 Hadis) Anas bin Malik bercerita: Semasa Rasulullah memasuki kota Mekah ketika penaklukan kota itu, Baginda memakai topi besi. Seseorang berkata kepada Baginda, “Ini Ibnu Khathal sedang bersembunyi di dinding Kaabah.” Rasulullah menjawab, “Bunuhlah dia.” Total views: 688 |
17- Al-Syama'il: Bab 17. Serban Rasulullah s.a.w. (5 Hadis) Jabir meriwayatkan: Pada hari penaklukan Kota Mekah, Rasulullah masuk kota itu dengan memakai serban di kepala Baginda. Total views: 907 |
18- Al-Syama'il: Bab 18. Kain Sarung Rasulullah (4 Hadis) Abu Musa al-Asy’ari berkata: Aisyah menunjukkan kepada kami sehelai pakaian yang renyuk/bertampal dan kain sarung yang kasar. Total views: 1,113 |
19- Al-Syama'il: Bab 19. Cara Rasulullah Berjalan (3 Hadis) Abu Hurairah berkata: Aku tidak pernah melihat perkara lain yang lebih indah daripada Rasulullah, matahari seolah-olah beredar pada wajahnya. Aku juga tidak pernah melihat orang lain yang berjalan lebih cepat daripada Rasulullah, bumi ini seolah-olah dilipat untuknya... Total views: 1,175 |
20- Al-Syama'il: Bab 20. Kain Penutup Kepala Rasulullah (1 Hadis) Anas bin Malik berkata: Rasulullah selalu memakai kain kecil penutup kepala. Sehingga pakaiannya kelihatan seperti pakaian penjual minyak. Total views: 702 |
21- Al-Syama'il: Bab 21. Khatam Nubuwah (8 Hadis) Qailah binti Makhramah melaporkan: Qailah melihat Rasulullah di dalam masjid. Rasulullah sedang duduk merapatkan kedua-dua peha beliau ke perut beliau. Lalu Qailah berkata, “Apabila aku melihat Rasulullah duduk dengan begitu khusyuk, aku menjadi gementar.” Total views: 496 |
22- Al-Syama'il: Bab 22. Tempat Rasulullah Bersandar (5 Hadis) Jabir bin Samurah berkata: Aku melihat Rasulullah bersandar dengan sisi kiri tubuh Baginda diletakkan pada sebiji bantal. Total views: 487 |
23- Al-Syama'il: Bab 23. Cara Rasulullah Bersandar (2 Hadis) Anas bin Malik berkata: Semasa Rasulullah sedang sakit, Baginda keluar rumah dengan bersandar kepada Usamah bin Zaid. Baginda memakai kain Qithri yang diselempangkan ke bahunya. Kemudian, Baginda solat berjemaah bersama para sahabat. Total views: 559 |
24- Al-Syama'il: Bab 24. Cara Rasulullah Makan (6 Hadis) Kaab bin Malik berkata: Rasulullah menjilat jari-jari Baginda tiga kali sesudah makan. Total views: 728 |
25- Al-Syama'il: Bab 25. Jenis Roti Yang Dimakan Rasulullah (8 Hadis) Aisyah berkata: Keluarga Rasulullah tidak pernah memakan roti gandum sehingga kenyang selama dua hari berturut-turut, sehingga Baginda wafat. Total views: 3,560 |
26- Al-Syama'il: Bab 26. Lauk Rasulullah s.a.w. (34 Hadis) – Bahagian 1 Aisyah berkata: Rasulullah berkata, “Sebaik-baik lauk adalah cuka (alangkah baiknya lauk cuka).” Total views: 1,131 |
27- Al-Syama'il: Bab 26. Lauk Rasulullah s.a.w. (34 Hadis) – Bahagian 2 Ibnu Mas’ud berkata: Rasulullah menyukai bahagian kaki daging. Seseorang pernah membubuh racun pada bahagian itu. Baginda tahu yang melakukannya adalah kaum Yahudi. Total views: 732 |
28- Al-Syama'il: Bab 27. Wudhuk Rasulullah s.a.w. (3 Hadis) Ibnu Abbas berkata: Rasulullah keluar dari tandas, lalu dihidangkan makanan untuk Baginda. Para sahabat bertanya, “Perlukah kami menyediakan air wuduk untukmu?” Baginda menjawab, “Aku diperintahkan berwuduk semasa hendak solat.” Total views: 515 |
29- Al-Syama'il: Bab 28. Ucapan Rasulullah s.a.w. Sebelum dan Sesudah Makan (7 Hadis) Abu Ayub al-Anshari berkata: Pada suatu hari, kami berada di rumah Rasulullah. Baginda menghidangkan makanan. Aku belum pernah merasai makanan yang lebih berkat daripada makanan ini, semasa kami mula makan.... Total views: 613 |
30- Al-Syama'il: Bab 29. Cawan Minum Rasulullah s.a.w. (2 Hadis) Tsabit berkata: Anas bin Malik menunjukkan kepada kami cawan yang diperbuat daripada kayu dan dilapisi besi, kemudian berkata, “Wahai Tsabit, ini adalah cawan Rasulullah." Total views: 653 |