SJ-2516: Jima' - darah haid dan istihadah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2516: Jima' - darah haid dan istihadah

:salam
semoga Allah merahmati dan memberikan kekuatan kepada umat Islam seluruh dunia.....
pre: sebagaimana yang kita tahu secara umumnya wanita mempunyai kitaran haid yang unik dan kompleks. Ada yang 6 hari sehinggalah ada yang 20 hari.
soalan saya: selepas 10 hari dalam keadaan haid seorang wanita merasa yakin bahawa darah haid nya telah berhenti (setelah menunggu 2 waktu solat) dan ditakdirkan berlakunya jima' selepas itu. Masalahnya selepas 24jam wanita itu merasakan darah haid datang kembali (mungkin darah haid, mungkin darah istihadah). Adalah haram hukum jima' pada waktu selepas diyakini darah haid telah berhenti tetapi bersambung semula selepas 24 jam????(kemudian berhenti semula selepas 24 jam)
:wassalam (AlZaRq)

Re: SJ-2516: Jima' - Darah haid dan istihadah

:wassalam
Jawab:
Dalil: "Apabila mereka telah SUCI, maka campurilah mereka.." [terjemahnya, AQ 2: 222]
Jumhur (Syafi'iy-Baihaqee, Sunan alKubra: 1/309; Maliki-Bidayah alMujtahid: 1/45; Hanbali-alMughny: 1/338) menetapkan suci itu ialah darah telah berhenti dan selesai mandi janabah. Ia berdasarkan tafsiran Ibn Abbas ra mengenai ayat ahkam tsb.
Oleh itu, jika wanita itu telah yakin haidhnya berhenti dan mandi, maka halallah jima' itu. Namun jika darah datang semula, bermakna masih lagi haidh kerana waktu maksimum menurut Syafi'iyah ialah 15 hari. Tidak ada dosa jika tidak disengajakan, tapi hendaklah diperhatikan pattern atau waktu period itu 10 atau 12 hari bagi kes ini. WA