assalamualaikum ustadz,
1. Bolehkah seseorang yang terkeluar air mazi/wadi lalu terkena pada seluar yg dipakainya lalu solat, walaupun dia sudah membasuh kemaluan dan mengulangi wuduknya tanpa menukar seluar(yg terkena air tersebut)? apakah sah solat saya atau seluar itu perlu ditukar?
2. bagaimana pula jika air mazi itu tiba2 keluar masa sedang solat spt(keadaan orang yg kerap keluar air mazi). bukan disebabkan jima sebelumnya. apakah saya perlu mengulangi solat?
3. apakah mazi itu najis sama spt air kencing?
:wassalam
Jawab:
[U]= Ulangan
1. Mazi adalah najis menurut kesepakatan ulama' (Fiqh Sunnah), jika terkena seluar, hendaklah dibersihkan kemaluan dan dipercikkan air pada seluar. Jika seluar itu tidak dipercikkan dgn air, maka solat tidak sah. Dalil: HR Termidzi, Abu Daud dan Ibn Majah dari Sahl bin Hanif.
2. Jika keluar semasa solat, maka batallah solat
3. Ya (disepakati akan kenajisannya) (Fiqh Sunnah) WA