SJ-2613: [U] Gelatin

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2613: [U] Gelatin

Assalamualaikum wrmth,

soalan saya berkenaan gelatin yang digunakan di dalam pelbagai jenis ubat.

1. Saya tinggal di Eropah, dan baru-baru ini doktor telah memberi saya Ubat hormon yang tidak diambil secara oral, tetapi dimasukkan melalui lubang dubur atau qubul. Setelah bertanya ke pengusaha ubat tersebut saya mendapat jawapan yg kapsul yang digunakan memang benar mengandungi gelatin daripada kulit babi serta campuran dari binatang lain seperti lembu. Beliau mengaku pernah ditanya soalan yg sama oleh Muslim lain, dan beliau memberi hujah tentang sifat pemprosesan kulit babi yang sebegitu rupa sehingga menyebabkan hilangnya sifat-sifat asal kulit babi yang digunakan. Apatah lagi jika pengambilan ubat tersebut bukan secara oral.

2. Vitamin Pharmaton yang dijual di Malaysia, diimport dari Eropah oleh Diethelm(M) Sdn Bhd. Di situ tertera penggunaan gelatin yang "tidak mengandungi bahan porsin". Adakah ubat ini okay untuk Muslims, walaupun menggunakan bahan dari binatang selain babi yang tidak disembelih secara Islam?
JazakumuLlahukhairan.

Re: SJ-2613: [U] Gelatin

:wassalam
1. Oleh kerana ubat itu sudahpun diambil, maka status halal/haram ubat tidak dapat merubah apa-apa. Cuma di masa akan datang beritahu pada pihak hospital, bahawa anda mensyaratkan ubat-ubatan bukanlah pork-based atas alasan religious belief. Selalunya di Eropah, atau negara2 maju mereka amat menghormati keperluan pelanggan dan sensitiviti agama. Jika ubat itu satu2nya ubat yg ada, maka atas kaedah Fiqh Dharurat, maka ia diharuskan.
mengenai kapsul yg diperbuat dari babi atau binatang yg tidak disembelih, tiadalah madzhab yg paling keras melainkan madzhab Syafi'iy yg menegahnya secara mutlak, dan tiadalah madzhab yg paling ringan melainkan madzhab hanafi yg membolehkan jika produk itu spt kapsul sudah berubah bentuk dan sifat dari bahan mentahnya kerana siri proses yg kompleks dan panjang. Maka berdasarkan Fiqh Mutawasit (pertengahan), maka imbangilah pendapat yg keras dan ringan ini.
Mengenai pengambilan secara oral bukanlah alasan utk kita toleran dalam urusan halal dan haram, ini kerana walaupun ia masuk dalam badan kita dari bukan jalan yg lazim (tabi'iy), yg haram itu tetap haram. Cth: arak itu haram, tapi jika masukkan arak ke dalam badan kita melalui transfusion, pun tetap haram juga. Jika babi itu haram, tapi jika kita memasukkan pil daging babi melalui dubur pun tetap haram juga.

2. Kapsul Pharmaton yg menggunakan bahan binatang halal yg tidak disembelih dari negara Barat masih haram menurut Syafi'iyah tapi halal menurut majoriti madzhab yg lain kerana ia berasal dari negara Kitabiah (ahlil Kitab). (Ruj; Dr Qardhawi,Halal wal Haram fil Islam; Dr Na'eem Yasin, Fiqh Tibbiyah alMu'asirah) WA