SJ-2613: [U] Gelatin

Primary tabs

2 posts / 0 new
Anonymous (not verified)
SJ-2613: [U] Gelatin

Assalamualaikum wrmth,

soalan saya berkenaan gelatin yang digunakan di dalam pelbagai jenis ubat.

1. Saya tinggal di Eropah, dan baru-baru ini doktor telah memberi saya Ubat hormon yang tidak diambil secara oral, tetapi dimasukkan melalui lubang dubur atau qubul. Setelah bertanya ke pengusaha ubat tersebut saya mendapat jawapan yg kapsul yang digunakan memang benar mengandungi gelatin daripada kulit babi serta campuran dari binatang lain seperti lembu. Beliau mengaku pernah ditanya soalan yg sama oleh Muslim lain, dan beliau memberi hujah tentang sifat pemprosesan kulit babi yang sebegitu rupa sehingga menyebabkan hilangnya sifat-sifat asal kulit babi yang digunakan. Apatah lagi jika pengambilan ubat tersebut bukan secara oral.

2. Vitamin Pharmaton yang dijual di Malaysia, diimport dari Eropah oleh Diethelm(M) Sdn Bhd. Di situ tertera penggunaan gelatin yang "tidak mengandungi bahan porsin". Adakah ubat ini okay untuk Muslims, walaupun menggunakan bahan dari binatang selain babi yang tidak disembelih secara Islam?
JazakumuLlahukhairan.