SJ - 2713: Susulan SJ-2469: Tanah untuk bersuci

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2713: Susulan SJ-2469: Tanah untuk bersuci

:salam

Terima kasih kerana sudi menjawab soalan sebelum ini. Dalam jawapan ustaz, setelah menyemak terjemahan al-Quran bagi ayat2 yang ustaz nyatakan, saya dapati tanah yang disebut di situ ialah ciri tanah untuk bertayamum.
Adakah panduan untuk tanah bagi menyucikan najis mughalazah dan adakah tanah itu perlu kering sebelum dicampurkan dgn air? Terima kasih :grin:

Re: SJ - 2713: Susulan SJ-2469: Tanah untuk bersuci

:wassalam
Sahih Muslim # 279 menyebut "air tanah". Caranya terpulanglah kepada kita. Nak ambil tanah kering pun boleh, jika tanah itu kering, ia dilarutkan dalam air dan bertukarlah air itu menjadi keruh kerana di dalamnya ada sebatian dari tanah. Nak ambil air tanah yg sudah ready mix pun boleh, yakni dari perigi yg cetek atau parit air yg airnya sudah kelihatan keruh. yang paling mudah ambil tanah yg bersih, kering atau separuh kering dan larutkan ia dalam air. WA