SJ - 2744 : Umrah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2744 : Umrah

Soalan ini telah ditujukan kepada saya.
Kesudian Ustaz Untuk Menjawab Saya Ucapkan Terima Kasih :confused:
Pengirim:zanariah@coilcraft.com.my
Assalammualaikum...

Soalan.

1) saya ingin menanya sedikit kemuskyilan.Begini pada bulan september ni ibu saya akan mengerjakan "umrah" di mekah.Ibu saya pergi atas permintaan arwah suami adiknya ketika dia hidup,dia ingin menghantar adik-beradik ibu saya pergi menunaikan ''umrah".sebenarnya ibu saya tidak pernah pergi mengerjakan haji ataupun umrah sebelum ini kerana masalah kewangan sebab keluarga kami dlm keluarga yg sederhana.Ibu saya pun kurang faham tentang ini semua....lalu ibu saya sering belajar di masjid yg berdekatan di kg saya....di situ ibu saya telah di beritahu oleh org2x masjid yg lebih mengetahui...bahawa sepatutnya ibu saya hendaklah mengerjakan haji terlebih dahulu sebelum pergi menunaikan umrah..sebab haji itu hukumnya wajib...Ibu saya menjadi serba salah dan tak tahu nak buat keputusan sedangkan nak menunaikan haji duit tak mencukupi...semua perbelanjaan ibu pergi umrah makcik saya yg tanggung..

soalan saya apakah yg patut di buat oleh ibu saya..adakah boleh teruskan utk pergi mengerjakan umrah itu..ataupun ibu saya kena menunaikan haji terlebih dahulu?

wassalam

Re: SJ - 2744 : Umrah

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Akan kami cuba menjawab soalan sdri/Pn Zanariah (yang di forward oleh sdr yurizal) dengan semampu yang mungkin.

Tahniah kepada ibu anda yang akan menunaikan Umrahnya pada bulan September. Apa yang kami lihat disini ialah timbul dua atau tiga persoalan dari permasalahan diatas, seperti : Bolehkah Umrah sebelum Haji dan Apakah Wajib haji bagi si Ibu yang tidak mampu dari segi perbelanjaannya? Mungkin soalan lain yang timbul ialah, sahkan Umrah atau Haji dengah perbelanjaan orang lain?

1. Bolehkah menunaikan Umrah sebelum menunaikan Fardu Haji?

Ini merupakan satu persoalan yang sering kali dikeutarakan apabila membicarakan mengenai ibadat Haji. Biasanya jawapan-jawapan seperti, tidak boleh Umrah sebelum menunaikan fardu Haji kerana tidak ikut sunnah, dan tidak boleh melakukan Umrah didalam bulan-bulan Haji dan sebagainya.

Nabi saw sendiri melakukan umrah 4 kali, dimana semuanya didalam bulan Zulqaedah, yang merupakan salah satu dari bulan-bulan Haji, iaitu Syawal, Zulqedah dan Zulhijjah. Dan beliau tidak melakukan Haji bersama Umrah, kecuali Umrah terakhirnya didalam Haji Wadaa'.

Al-Bukhaari (4148) dan Muslim (1253) meriwayatkan :

[="#ff00000" size="3"]Úä ÃäÓ ÑÖí Çááå Úäå Ãä ÑÓæá Çááå Õáì Çááå Úáíå æÓáã ÇÚÊãÑ ÃÑÈÚ ÚõãÑ ßáåä Ýí Ðí ÇáÞÚÏÉ ÅáÇ ÇáÊí ãÚ ÍÌÊå :ÚãÑÉ ãä ÇáÍÏíÈíÉ Ãæ Òãä ÇáÍÏíÈíÉ Ýí Ðí ÇáÞÚÏÉ ¡ æÚãÑÉ ãä ÇáÚÇã ÇáãÞÈá Ýí Ðí ÇáÞÚÏÉ ¡ æÚãÑÉ ãä ÌöÚúÑÇäÉ ÍíË ÞÓã ÛäÇÆã Íäíä Ýí Ðí ÇáÞÚÏÉ ¡ æÚãÑÉ ãÚ ÍÌÊå .
"dari Anas r.h. bahawa Rasulullah saw melakukan Umrah sebanyak 4 kali, semuanya didalam bulan Zulqaedah melainkan hanya yang satu beliau melakukan Hajinya. Umrahnya dari Al-Hudaibiyah atau pada masa Al-Hudaibiyah adalah didalam Zulqaedah, Umrahnya pada tahun yang selepas itu pun didalam Zulqaedah, Umrahnya dari Ji'raanah semasa pembahagian ghanaa'im Hunayn adalah pada bulan Zulqaedah, dan Umrah dimana beliau melakukan Hajinya (juga didalam bulan Zulqaedah)"

Kesimpulan yang dapat kita ambil dari sini ialah, Umrah sebelum menunaikan fardu Haji adalah dibolehkan. Nabi saw sendiri melakukan Umrah sebanyak 4 kali dan akhir sekali dilakukanj bersama ibadat Haji, iaitu Haji Wadaa' (Haji Perpisahan).

-------------
2. Apakah wajib Haji bagi ibunya yang tidak kecukupan belanjanya?

Kenyataan "haji itu hukumnya wajib" jika dilihat dari sudut si Ibu tadi, adalah kurang tepat. Salah satu syarat WAJIB haji ialah 'Berkuasa'. Didalam buku Panduan Haji oleh Tabung Haji[1] menyatakan bahawa Berkuasa terbahagi kepada 2:

(1) Berkuasa dengan sendirinya : contohnya :- berkuasa membayar tambang dan segala perbelanjaan dengan sendiri, sihat tubuh badan, dengan izin suami atau wali, ditemani oleh suami atau mahram dsb.
(2) Berkuasa dengan pertolongan orang lain:- Mampu dari segi kewangan, tetapi tidak berkuasa melakukannya akibat uzur. Boleh mengupah orang untuk melakukan Haji bagi mengganti dirinya (Badal/Upah Haji)..

Sebagai tambahan kepada pembahagian no (2), mengerjakan Haji dengan bantuan/bayaran orang lain juga sebahagian dari syarat 'berkuasa'. Dengan kata lain, Mampu dari segi badan/kesihatan, akan tetapi tidak mampu dari segi kewangan. Persoalan ini kami akan jawab dipersoalan seterusnya (lihat no:3).

Sebagai tambahan, kami memetik fatwa yang telah dikeluarkan oleh jawatankuasa tetap Fatawa Saudi mengenai syarat KEMAMPUAN didalam menunaikan Haji :

Soalan :

Saya adalah ketua rumah, mempunyai seorang isteri dan 2 anak. Gaji saya mampu menanggung secara minima kehidupan kami, dan saya tidak mempunyai pendapatan lain. Saya bekerja disalah sebuah negara-negara Teluk selama 4 tahun, dan saya ada menyimpan duit yang dimasukkan didalam salah sebuah bank islam yang diperolehi dari gaji bulanan bagi tujuan menghadapi beban tanggungan didalam kehidupan harian. Pendapatan saya yang didepositkan hanyalah cukup untuk saya dan keluarga saya. Adakah saya wajib mendeposit duit untuk perbelanjaan Haji, dan apakah wajib untuk saya melakukan Haji didalam keadaan situasi ini. -- Jika saya bebelanja dari jumlah yang saya kumpulkan di bank untuk perbelanjaan haji, ia akan memberi kesan kepada pendapatan bulanan saya, dan ia akan menyukar keadaan kewangan saya. Apakah nasihat yang boleh anda berikan?

Jawapan Jawatankuasa Fatwa (Al-Lajnah al-Daa’imah, 11/35 ):

[="#0000ff" size="3"]ÇáÍãÏ ááå ,ÅÐÇ ßÇäÊ ÍÇáÊß ßãÇ ÐßÑÊ ÝáÓÊ ãßáÝÇð ÈÇáÍÌ º áÚÏã ÇáÇÓÊØÇÚÉ ÇáÔÑÚíÉ ¡ ÞÇá Çááå ÊÚÇáì : ( æááå Úáì ÇáäÇÓ ÍÌ ÇáÈíÊ ãä ÇÓÊØÇÚ Åáíå ÓÈíáÇð ) Âá ÚãÑÇä / 97 ¡ æÞÇá : ( ÝÇÊÞæÇ Çááå ãÇ ÇÓÊØÚÊã ) ÇáÊÛÇÈä / 16 ¡ æÞÇá : ( æãÇ ÌÚá Úáíßã Ýí ÇáÏíä ãä ÍÑÌ ) ÇáÍÌ / 78

"Alhamdulillah. Jika benar situasi yang anda nyatakan diatas, maka Haji TIDAKlah WAJIB keatas anda, kerana anda tidak MAMPU dari segi Syariah, Firman Allah swt :

"Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya "- [Aal ‘Imraan 3:97]
"Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu " - [al-Taghaabun 64:16]
"Dia [Allah] tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama" - [al-Hajj 22:78]"

----------
3. Apakah sah Haji/Umrah dengan perbelanjaan orang lain?

Seperti yang kita bincangkan diatas, kemampuan atau kuasa merupakan salah satu syarat Wajib Haji. Jika ia tidak boleh dipenuhi, maka haji tidak wajib baginya pada waktu tersebut (sehinggalah tiba keadaan yang seseorang itu mampu). Namun demikian, jika ada pihak-pihak yang tertentu yang ingin menaja (sponsor) perbelanjaan haji, maka bolehlah (sah) ia menunaikan Haji dengan menggunakan wang tersebut. Kami ingin memetiklah fatwa-fatwa yang telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa tetap Fatwa Saudi sehubungan dengan hal ini :

Soalan 1:
Wanita yang semua perbelanjaan hajinya dibiayai oleh seseorang. Apakah SAH Hajinya?

Jawapan:

[="#0000ff" size="3"]
ÃÏÇÄåÇ ÇáÝÑíÖÉ áÇ íÄËÑ Úáì ÕÍÊå ÃäåÇ áã ÊäÝÞ Úáíå ÔíÆÇð ãä ãÇáåÇ ¡ Ãæ ÃäåÇ ÃäÝÞÊ ÇáÔíÁ ÇáÞáíá æÞÇã ÛíÑåÇ ÈÅäÝÇÞ ÇáÔíÁ ÇáßËíÑ ãä ÊßÇáíÝ ÍÌåÇ ¡ æÚáíå ÝÅÐÇ ßÇä ÍÌåÇ ãÓÊßãáÇð ÇáÔÑæØ æÇáÃÑßÇä æÇáæÇÌÈÇÊ Ýåæ ãÓÞØ ÚäåÇ ÝÑíÖÉ ÇáÍÌ æÅä ÞÇã ÛíÑåÇ ÈÊßÇáíÝå .

"Kesahihan menunaikan Haji tidak terhalang jika beliau tidak membelanjakan keseluruhan Haji dengan duitnya sendiri, atau beliau hanya berbelanja dengan sedikit wang beliau dan orang lain membiayai perbelanjaan Haji. Maka jika haji tersebut mencukupi syarat keperluannya dan beliau melakukan semua syarat dan rukun haji secara sempurna, maka beliau telah menunai KEWAJIBAN Haji, walaupun orang lain yang membiayai perbelanjaannya." -(Fataawa Al-Daa’imah, 11/34)
-----------------

Soalan 2:
Hukum pergi Haji jika dibayar oleh pihak pemerintah.

Jawapan :

[="#0000ff" size="3"]íÌæÒ áåã Ðáß ¡ æÍÌåã ÕÍíÍ ¡ áÚãæã ÇáÃÏáÉ
"Adalah dibenarkan dan hajinya sah, kerana makna umum dalilnya" -(Fataawa al-Daa’imah, 11/36)

---------------
Soalan 3:
Haji menggunakan Hadiah memenangi sesuatu pertandingan, dimana hadiahnya berbentuk perbelanjaan pakej Haji

Jawapan :

[="#0000ff" size="3"]íÌÒÆ ÍÌß ¡ æíÚÊÈÑ ÃÏÇÁ ÇáÝÑíÖÉ Úä äÝÓß
"Haji anda sah, dan anda dianggap telah menunaikan kewajiban Haji" - -(Fataawa al-Daa’imah, 11/40):
----------

Soalan 4:
Haji menggunakan duit bapa

Jawapan :

[="#0000ff" size="3"]ÅÐÇ ÍÌ ÇáæáÏ ÝÑÖå ãä ãÇá ÃÈíå ÝÍÌå ÕÍíÍ
"Jika anaknya menunaikan kewajiban Haji yang dibayar oleh Bapanya, maka Hajinya Sah." -(Fataawa al-Daa’imah, 11/37):

---------
Sheikh Ibn Taimiyah didalam membicarakan mengenai menggunakan pembiayaan orang lain bagi menunaikan Haji, akibat banyak hutang. Kata Sheikh Al-Islam :

[="#0000ff" size="3"]
íÌæÒ Ãä íÍÌ ÇáãÏíä ÇáãõÚÓÑ ÅÐÇ ÍÌøÌå ÛíÑå æ áã íßä Ýí Ðáß ÅÖÇÚÉ áÍÞ ÇáÏíä ÅãÇ áßæäå ÚÇÌÒÇð Úä ÇáßÓÈ æÅãÇ áßæä ÇáÛÑíã ÛÇÆÈÇð áÇ íãßä ÊæÝíÊå ãä ÇáßÓÈ .

"Adalah dibenarkan bagi seseorang yang berhutang dan menghadapi krisis kewangan yang teruk, samada akibat tidak boleh mendapatkan wang atau orang yang memberikan hutang itu tiada maka dia tidak dapat menjelaskan hutangnya, pergi menunaikan Haji jika orang lain membawanya ke Haji, dengan syarat ia tidak akan menjejaskan keupayaannya membayar hutang" - (Majmu’ al-Fataawa, 26/16).

-------
Kesimpulannya, si Ibu boleh menunaikan Umrah walaupun belum menunaikan Haji. Sah Umrah dengan menggunakan pembiayaan orang lain, begitu juga sah Haji menggunakan pembiayaan orang lain. Haji tidaklah wajib bagi mereka yang kurang kemampuan.

-------
Rujukan :

1] Ibadat Haji : Umrah dan Ziarah. cetakan ke 12. Kuala Lumpur : Lembaga Tabung Haji, 1995. ms 30.

2] Fatwa dan kenyataan ulama'. Bolehkah Umrah sunat didalam bulan-bulan Hajiurl : http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB2&Number=9985&page=4&view=collapsed&sb=5&o=&fpart=1

3] Fatawa Al-Lajnah al-Daa’imah li’l-Buhooth al-‘Ilmiyyah wa’l-Ifta’ - Volume 11. cetakan ke 3. Riyad : dar Al-Mua'yad, 2000.

4] Mohammad bin Abdul Rahman Qasim. Majmu' fatawa Shiekh Al-Islam Ibnu Taimiyah - 26. Mekah : Percetakan Al-Hukumah, 1969.

خيرالأمين