SJ – 2800 : SALAH NIAT DALAM MENUNTUT ILMU

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ – 2800 : SALAH NIAT DALAM MENUNTUT ILMU

:salam

Orang-orang yang belajar ilmu hanya hendak menentang para ulama dan bukan kerana Allah Ta'ala, dimanakah tempatnya nanti diakhirat apakah balasan mereka kelak? Sekian. Syukran.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ – 2800 : SALAH NIAT DALAM MENUNTUT ILMU


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí

***********************
SJ – 2800 : SALAH NIAT DALAM MENUNTUT ILMU

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara/i Luckytool di atas soalan yang diajukan . Kami memohon maaf di atas kelewatan memenuhi permintaan saudara /i .

Menuntut ilmu-ilmu agama ialah menuntut ilmu-ilmu yang membicarakan secara langsung mengenai Allah Ta’ala , Baginda Rasulullah s.a.w dan agama Islam . Oleh kerana itu tidaklah hairanlah mengapa para penuntut di bidang tersebut diberikan begitu banyak pujian dan fadhilat oleh Allah Ta’ala dan Baginda Rasulullah s.a.w ,

Kami tidak bercadang untuk membawa kesemua ayat al-Quranul Karim ataupun sejumlah hadis-hadis mengenai fadhilat ( kelebihan menuntut ilmu – ilmu agama ) . Namun cukuplah dengan sepotong hadis berikut :

Sabda Baginda Rasulullah s.a.w :


Úóäú ÞóíúÓö ÇÈúäö ßóËöíÑò ÞóÇáó ÞóÏöãó ÑóÌõáñ ãöäó ÇáúãóÏöíäóÉö Úóáóì ÃóÈöí ÇáÏøóÑúÏóÇÁö æóåõæó ÈöÏöãóÔúÞó ÝóÞóÇáó ãóÇ ÃóÞúÏóãóßó íóÇ ÃóÎöí ÝóÞóÇáó ÍóÏöíËñ ÈóáóÛóäöí Ãóäøóßó ÊõÍóÏøöËõåõ Úóäú ÑóÓõæáö Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÞóÇáó ÃóãóÇ ÌöÆúÊó áöÍóÇÌóÉò ÞóÇáó áóÇ ÞóÇáó ÃóãóÇ ÞóÏöãúÊó áöÊöÌóÇÑóÉò ÞóÇáó áóÇ ÞóÇáó ãóÇ ÌöÆúÊõ ÅöáøóÇ Ýöí ØóáóÈö åóÐóÇ ÇáúÍóÏöíËö ÞóÇáó ÝóÅöäøöí ÓóãöÚúÊõ ÑóÓõæáó Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó íóÞõæáõ ãóäú Óóáóßó ØóÑöíÞðÇ íóÈúÊóÛöí Ýöíåö ÚöáúãðÇ Óóáóßó Çááøóåõ Èöåö ØóÑöíÞðÇ Åöáóì ÇáúÌóäøóÉö æóÅöäøó ÇáúãóáóÇÆößóÉó áóÊóÖóÚõ ÃóÌúäöÍóÊóåóÇ ÑöÖóÇÁð áöØóÇáöÈö ÇáúÚöáúãö æóÅöäøó ÇáúÚóÇáöãó áóíóÓúÊóÛúÝöÑõ áóåõ ãóäú Ýöí ÇáÓøóãóæóÇÊö æóãóäú Ýöí ÇáúÃóÑúÖö ÍóÊøóì ÇáúÍöíÊóÇäõ Ýöí ÇáúãóÇÁö æóÝóÖúáõ ÇáúÚóÇáöãö Úóáóì ÇáúÚóÇÈöÏö ßóÝóÖúáö ÇáúÞóãóÑö Úóáóì ÓóÇÆöÑö ÇáúßóæóÇßöÈö Åöäøó ÇáúÚõáóãóÇÁó æóÑóËóÉõ ÇáúÃóäúÈöíóÇÁö Åöäøó ÇáúÃóäúÈöíóÇÁó áóãú íõæóÑøöËõæÇ ÏöíäóÇÑðÇ æóáóÇ ÏöÑúåóãðÇ ÅöäøóãóÇ æóÑøóËõæÇ ÇáúÚöáúãó Ýóãóäú ÃóÎóÐó Èöåö ÃóÎóÐó ÈöÍóÙøò æóÇÝöÑò

Ertinya : Daripada Qais Bin Katsir rh , dia berkata : “ Pernah seorang lelaki dari al-Madinah datang menemui Saidina Abu Darda’ r.a di Damsyiq , maka Saidina Abu Darda’ r.a pun bertanya kepadanya : “ Apakah yang menyebabkan engkau datang ke sini wahai saudaraku ? “ . Jawab orang itu : “ Hadis . Itu disebabkan aku pernah mendengar yang engkau ada meriwayatkan ( hadis – hadis ) daripada Baginda Rasulullah s.a.w “ .

Tanya Saidina Abu Darda’ r.a lagi : “ Tidakkah engkau datang sebenarnya kerana ada hajat lain ? “ . Lelaki itu pun menjawab : “ Tidak ! “ .

Tanya Saidina Abu Darda’ r.a lagi : “ Tidakkah engkau datang ( ke sini ) kerana ada urusan perniagaan ? “ . Lelaki itu menjawab lagi : “ Tidak ! “ . “ Tidaklah aku ke sini melainkan untuk belajar hadis “ , tambah lelaki itu lagi .

Kata Saidina Abu Darda’ r.a pula : “ ( Baiklah kalau begitu ) , aku pernah mendengar sebuah hadis daripada Baginda Rasulullah s.a.w yang bersabda ( ertinya ) : “ Sesiapa sahaja yang melalui satu jalan demi menuntut ilmu , maka Allah nanti akan melalukan ( mempermudahkan laluan orang itu ) ke syurga . Dan sesungguhnya para malaikat rh sentiasa membuka sayap-sayap mereka kerana mengharapkan keredhaan ( Allah ) kepada para penuntut ilmu . Dan sesungguhnya orang ‘alim itu , sentiasa akan diminta ampun untuknya oleh setiap makhluk yang berada di langit dan di bumi , hinggakan ikan-ikan di dalam air . Dan sesungguhnya kelebihan orang ‘alim di atas seorang ‘abid ( orang yang suka beramal – ibadat ) adalah seumpama kelebihan ( kedudukan ) bulan di atas segala planet . Sesungguhnya para ulama’ itu adalah para pewaris Para Nabi ( a.s ) . ( Dan ) sesungguhnya Para Nabi ( a.s ) tidak pernah mewariskan ( meninggalkan ) sebarang dinar ( duit emas ) ataupun dirham ( duit perak ) melainkan mereka semua hanya meninggal ilmu semata-mata . Maka sesiapa sahaja yang mengambil warisan ( daripada Para Nabi a.s itu ) , maka sesungguhnya dia benar-benar telah mengambil keuntungan yang terlalu besar ~ Hadis diriwayatkan oleh Al-Imam at-Tirmidzie rh di dalam Kitab al-‘Ilm dan hadis ini merupakan hadis yang diriwayatkan dengan berbagai-bagai jalan ( sanad ) oleh ramai para ulama’ rh .

### Kelebihan yang begitu besar di dalam hadis di atas BUKAN SAHAJA dimiliki oleh mereka yang belajar di dalam jurusan Agama di sekolah-sekolah , pondok-pondok ataupun di pusat-pusat pengajian tinggi , malahan kepada mereka yang sentiasa ke rumah-rumah Allah Ta’ala ataupun ke majlis-majlis yang diadakan di situ pengajian agama Islam .

Alangkah besarnya fadhilat menuntut ilmu agama !!! .

Walaupun begitu , JANGAN LUPA DAN LALAI , di samping ada kelebihannya , ada juga kecelakaan yang besar kepada mereka yang belajar agama dengan niat yang SALAH ataupun TIDAK IKHLAS kerana Allah Ta’ala .

Sabda Baginda Rasulullah s.a.w lagi :


ãóäú ØóáóÈó ÇáúÚöáúãó áöíõÌóÇÑöíó Èöåö ÇáúÚõáóãóÇÁó Ãóæú áöíõãóÇÑöíó Èöåö ÇáÓøõÝóåóÇÁó Ãóæú íóÕúÑöÝó Èöåö æõÌõæåó ÇáäøóÇÓö Åöáóíúåö ÃóÏúÎóáóåõ Çááøóåõ ÇáäøóÇÑó


Ertinya : “ Sesiapa sahaja yang belajar ilmu agar kerana mahu digelar ulama’ ataupun kerana mahu berdebat dengan golongan yang lemah fikirannya ( bodoh ) ataupun agar manusia menjadi takjub kepadanya , ( maka kelak ) Allah akan masukkan dia ke dalam neraka “ ~ Hadis diriwayatkan oleh al-Imam at-Tirmidzie rh di dalam Kitab al-‘Ilm dengan status : Gharib . Hadis yang semakna dengan hadis ini ada juga diriwayatkan oleh al-Imam Ibnu Majah rh dan al-Imam ad-Darimi rh .

### SALAH NIAT MENUNTUT ILMU-ILMU AGAMA di sini ialah apabila meletakkan selain Allah Ta’ala sebagai sebab utama / tertinggi seseorang itu belajar . Contohnya : Lebih mengutamakan sijil daripada niat yang ikhlas kerana Allah Ta’ala . Ataupun : Mahu menunjuk-nunjuk ilmu yang dimilikinya , ataupun kerana mahu dianggap PANDAI BERDEBAT DAN BERHUJJAH , ataupun agar dapat MENGKRITIK DAN “ MENGONDEM “ para ulama’ rh dan para dakwah secara TIDAK BERADAB . Ataupun kerana mahu menjadi idola dan pujaan masyarakat , lebih daripada mahu menjalankan amanah yang Allah Ta’ala wajibkan ke atasnya .

Mudah-mudahan Allah Ta’ala sentiasa mengingatkan kita akan tujuan utama belajar dan dijauhkan kita semua daripada segala musibah dan sifat-sifat yang keji itu . Amin Ya Rabbal ‘Alamin . :doa

Jangan lupa juga untuk melihat kembali Soal-Jawab berikut :

SJ – 2721 : TANDA ORANG BAIK IALAH DIBERIKAN KEFAHAMAN AGAMA
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=15910

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad


æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
09 / Jumadi Tsani / 1424 H
08 / Ogos / 2003 M

JUMAAT ~ Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum