SJ – 2771 : MENGGUNAKAN GELAS , BOTOL & BEKAS ARAK

2 posts / 0 new
Last post
Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ – 2771 : MENGGUNAKAN GELAS , BOTOL & BEKAS ARAK

:salam

Berikut ini adalah soalan yang saya rasa masih belum saya jawab . Namun apabila hendak dikirim jawapannya , tidak pula saya temui soalan asalnya .

Soalan asal dikirim oleh Saudara Arizan .

Soalannya begini :

:salam

Apa hukumnya minum di dalam gelas arak (sekiranya gelas itu telah dicuci terlebih dahulu) ??

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ – 2771 : MENGGUNAKAN GELAS , BOTOL & BEKAS ARAK


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí

***********************
SJ – 2771 : MENGGUNAKAN GELAS , BOTOL & BEKAS ARAK

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara Arizan di atas soalan yang dikemukakan itu .

TIDAKLAH MENGAPA digunakan gelas arak setelah dipastikan ianya sudah dibasuh dan tiada lagi tinggal sebarang kesan arak , sama ada baunya , atau warnanya ataupun rasanya . Yang menjadi masalah ( yang haram ) adalah arak , bukannya bekas atapun gelasnya .

Begitulah juga dengan hukumnya menggunakan botol – botol arak untuk diisi dengan budu , sos , taucu ataupun kicap ataupun apa sahaja makanan / minuman yang halal , asalkan diikuti dengan langkah-langkah yang telah dinyatakan di atas , maka ia BOLEH DIGUNAKAN .

Namun , LEBIH BAIK menggunakan botol-botol lain kerana biasanya botol-botol arak mempunyai lambang yang diukir di atas botol tersebut sebagai TRADE MARK bagi syarikat yang mengeluarkannya dan agar kita TIDAK MENJADI mereka yang mempromosikan arak , walaupun secara tidak langsung !!! :devil .

Apakah perlu “ disamak “ bekas , gelas ataupun botol arak itu dengan tanah ? .

Tidak perlu ! . Yang perlu disamak dengan tanah ialah apabila sesebuah bekas, gelas ataupun botol itu dijilat oleh anjing .

Oleh itu , bekas , gelas dan botol arak itu BOLEH digunakan DENGAN SEKADAR membasuhnya dengan sabun dan air . Tidak perlu menyusahkan diri dengan melakukan perkara-perkara yang tidak dituntut dan diajar oleh agama kita yang memudahkan umatnya .

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad


æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
01 / Jumadi Tsani / 1424 H
31 / Julai / 2003 M

KHAMIS~ Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum