SJ - 2824: Adakah dagu termasuk Aurat

Primary tabs

4 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2824: Adakah dagu termasuk Aurat

:salam (nampaknya hilang lg soalan saya dr bank soalan. Ini adalah solana kedua saya hantar berkenaan soalan yg sama :-)

Baru-baru ini seorang Ustaz memberi tazkirah di Masjid sekitar KL. Antara kata-katanya yg saya ingin meminta clarification dr al-ahkam ialah "Dagu adalah tidak termasuk dalam kawasan muka. Disebabkan itu tidak disyaratkan utk melalukan/membasahkan air di kawsan dagu. Cukup hanya kawasan muka, hingga ke tempat anak rambut dan di depan telinga".

Berdasarkan hujah di atas, beliau juga menyatakan bahawa, oleh krn dagu tidak dalam definisi muka, jadi para wanita wajib menutup auratnya sehingga ke kawasan dagu yakni memakai tudung dengan menutup dagunya krn kawasan yg dibenarkan utk dibuka ialah muka dan kedua tapak tangan sahaja.

Bolehkah panel al-ahkam memebrikan nas berkenan perkara ini krn dlm tazkirah tersebut tidak pula dinyatakan nas atau ijtihad para ulama' muktabar berkenaan perkara ini. Jzk

Re: Adakah dagu termasuk Aurat

salam,

bang, soalan tu ada lagi dalam bank soalan pada muka surat 3/4. harap bersabar ye bang. tunggu ye jawapan.

Re: Adakah dagu termasuk Aurat

Firman Allah S.W.T:
“…Basuhlah muka-muka kamu…” (Surah Al-Maidah: ayat 6)

“dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka” (Surah An-nurr ayat 31)

Terdapat beberapa hadith yang mewajibkan (Riwayat Abu Daud dan disaahihkan oleh Al-Albani dalam Al-Irwa') agar menyelati janggut dgn wudhu' sekiranya janggut itu tebal (air tidak dapat melaluinya). Ini menunjukkan bahawa dagu adalah termasuk dlm daerah muka.

Wahbah Az-Zuhaili mendefinisikan daerah muka; panjangnya gigi rambut (anak rambut) biasa hingga ke bahagian akhir dagu. Atau dgn kata lainnya antara permulaan dahi sehingga ke bahagian bawah dagu. Hal dagu pula ialah tempat tumbuhnya rambut yang terletak di atas tulang rahang sebelah bawah. Dua tulang rahang ialah dua tulang yang menjadi tempat tumbuh nya gigi bawah seseorang. Lebarnya di antara 2 anak telinga.

Sekiranya dagu tidak termasuk dlm wudhu’, tentulah ia (membasuh) akan disebut dgn terperinci seperti mana membasuh tangan hingga siku.
"dan kedua tanganmu hingga siku." (Surah Al-Ma'idah : 6).

Leher tidak termasuk dlm daerah muka kerana ayat surah an-nuur dan tafsiran syeikh muqatil pada surah al-ahzab bahawa tabarruj itu ialah melepaskan tudung dari kepala dan tidak diikatnya sehingga kalung, leher nampak ke semuanya. Jadi, terdapat garis pemisah leher. Selain leher, disebut sebagai muka.

Lihat gambarajah berikut:

rujukan:
Fiqh Islami, Wahbah Zuhaili
Fiqhus Sunnah, Sayyid Sabiq
tatacara berwudhu', Syeikh Jibrin

Re: SJ - 2824: Adakah dagu termasuk Aurat

:wassalam
LULUS dgn Imtiyaz (excellent reply) JKK