SU-00133: Keutamaan berzikir bersama imam

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SU-00133: Keutamaan berzikir bersama imam

:salam
soalan 1. Apabila seseorang ke masjid lewat, lalu dia tertinggal beberapa rakaat. Sesudah dia selesai solat, manakah yang lebih utama / afdal dilakukan, adakah memulakan zikir sendirian ataupun mengikut imam yang sudah hampir tamat zikirnya?

Soalan 2. Apabila seseorang memasuki masjid semasa sedang diadakan kuliah, dan dia tak mempunyai niat lain selain untuk mendengar kuliah, adakah dia perlu solat tahiyatul masjid dahulu atau terus duduk dan mendengar kuliah?
soalan 3. Apakah maksud sebenar iktikaf. Saya bertanya ini kerana saya keliru ketika ingin berniat, kerana bila ingin bersolat saya boleh bayangkan apa itu solat, solat apa dan bilangan rakaat di dalam hati tapi bila beriktikaf saya tak tahu apa yang dikatakan iktikaf itu selain dari duduk dalam masjid? Harap dapat diperjelaskan. :confused:

Re: SU-00133: Keutamaan berzikir bersama imam

:salam

Soalan mengenai zikir berjemaah. Berikut saya lampirkan jawapan THTL mengenainya:

Perbuatan berzikir secara kolektif selepas solat itu memang disahkan perbuatan bid'ah oleh jumhur Imam muhaqqeqeen, antaranya Imam alHafeedz Ibn Qayyim (Zaad alMa'ad 1/66), Imam Muhd Rasyid Ridha (alFatawaa 4/1358), Imam asySyatibi Granada (al_I'tisyom 1/352), Asqalani, Fathul Bari 2/326 dan kitab Sunan wal Mubtadi'at , 70.
SJ-1964: [U] Zikir selepas solat

Lihat juga: SJ-2023: Dzikir, doa, selawat dlm tarawih serta berjemaah

Soalan 2:

Juga jwpn THTL sebelum ini:

Pendapat yg rajih ialah disunatkan solat tahyatul mesjid hatta kuliah agama sedang bermula. Dalilnya : HR Bukhari (Sahih: 1/315; Muslim: 2/597; Sunan Abu Daud: 1/291; Sunan Ibn Majah: 1/353; Musnad asySyafi'iy:1/63; Sunan alBaihaqee alKubra: 3/194; Sahih Ibn Khuzaymah: 2/353) dari Jabir ra," Sesungguhnya Nabi saw memerintah Sulaik alGhatfani ketika masuk mesjid dan Nabi saw sedang berkhutbah, lalu ia duduk sebelum ia solat dua raka'at supaya ia solat."
Adapun bagi si masbuq yg masuk mesjid dan qamat sudah dilakukan, maka gugurlah keperluan solat sunat ini berdasarkan hadis aljama'ah (kecuali Bukhari)," apabila telah diqamatkan utk solat, maka tiada lagi solat, kecuali solat fardhu."
Jalan penyelesaian:
Jika kita tahu ada kuliah agama di mesjid selepas Maghrib misalnya. Kita datang awal sikit ke mesjid, solat sunat tahyatul mesjid, solat sunat berjama'ah dan selepas itu kita duduk mendengar kuliah. Bila kita solat di rumah dan kemudian ke mesjid, maka jadilah isu spt di atas. WA

SJ-2305: Antara Mendengar Majlis Ilmu Vs Solat Sunat Tahhiyatul Masjid

Soalan 3

Bersambung....

:wassalam

Re: SU-00133: Keutamaan berzikir bersama imam

Soalan 3 sambungan.......

:salam

Maaf lewat mengemukakan sambungan. Saya akan menjawab berdasarkan kitab fiqhus sunnah karangan Sheikh Sayyid Sabiq.

I’tikaf ertinya ialah berada di sesuatu dan mengikat diri kepadanya, baik ia berupa kebaikan atau kejahatan.

Manakalah dari segi istilah, maksudnya ialah menetap atau tinggal di masjid dgn tujuan utk mendkatkan diri kpd Allah swt.

Telah ijma’ bhw I’tikaf ini disyariatkan oleh Islam. Hanya saja tidak terdapat sebarang dalil yg sahih mengenai keutamaannya.

Terdapat 2 jenis I’tikaf iaitu sunat dan wajib. I’tikaf sunat adalah sepertimana cth yg telah Rasulullah saw tunjukkan spt I’tikaf ketika bulan ramadhan dlln. Manakala I’tikaf wajib adalah I’tikaf yg mana telah diwajibkankan kpdnya spt nadzar utk melakukan I’tikaf. Dalil kewajipan ini ialah:

Telah bersabda Rasulullah saw, “Barangsiapa yg telah bernadzar akan melakukan sesuatu kebaikan(kebaktian) kpd Allah, hendaklah dipenuhi nadzar itu.”[Hadis Riwayat al-Bukhari]

Umar ra betanya kpd Rasulullah saw, “Saya telah bernadzar utk beri’tikaf di masjidil haram satu malam.” Nabi menjawab,”Penuhilah nadzarmu itu.”

I’tikaf sunat itu tidak wajib dilakukan utk satu jangkamasa yg tertentu sptmana I’tikaf wajib yg mesti dipenuhi menurut nadzarnya. I’tikaf sunat dapat berlangsung jika sseorang tinggal di masjid dgn niat I’tikaf. Ia akan memperolehi pahala selama mana ia berada di dalam masjid. Jika dia keluar, hendaklah ia perbaharui niat I’tikafnya.

Bila disebut niat, adakah perlu kita mengahfal niatnya. Jwpnnya tidak. Sheikh Sayid Sabiq mengatakan jika seseorang itu masuk ke dalam masjid dan kemudian duduk dgn hanya mengharap pahala, maka itu memadai. Hakikat I’tikaf itu ialah tinggal di masjid bertujuan utk mendekatkan diri kpd Allah swt. Walaupun seseorg itu duduk sahaja tanpa melakukan amal ibadat, dan dia berniat I’tikaf, maka selagi dia berada di dalam masjid, dia mendapat pahala I’tikaf.

Syarat2 I’tikaf:
1. Musllim
2. mumaiyiz
3. suci dari janabat, haid dan nifas

I’tikaf hanyalah boleh dilakukan di masjid tidak di tempat lain. Dalilnya ialah surah al-baqarah ayat 187.

Sekian. WA.

:wassalam